Inovasi SteamFry bakal merombak masakan kegemaran ramai
Philips menempa pencapaian membanggakan dalam dunia masakan di rumah dengan memperkenalkan buat julung-julung kalinya inovasi paling canggih dan serba boleh iaitu Penggoreng Udara Philips Siri 5000, merekodkan penanda aras Baharu dalam segmen peralatan dapur di Malaysia. Direka untuk merombak gaya memasak di rumah, penggoreng udara model ini menggabungkan fungsi Mengukus, Menggoreng Udara dan Mengukus + Menggoreng Udara dalam satu peranti canggih yang dikuasakan oleh Teknologi RapidAir™ yang dipatenkan.
“Penggoreng udara ini bakal meningkatkan pengalaman memasak di rumah dengan menggabungkan fungsi mengukus, menggoreng udara serta pembersihan yang mudah dalam satu peranti, dikuasakan oleh Teknologi RapidAir™ kami untuk mendapatkan hasil yang sekata, rangup di luar, berjus dan lembap dengan penambahan fungsi mengukus. Kami yakin ini adalah permulaan kepada satu fry-volusi sebenar di dapur, dan kami semua amat teruja,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial, Philips Domestic Appliances Malaysia.
Ciri-ciri utama Penggoreng Udara Philips Siri 5000 termasuk:
Kapasiti 7.2L, sesuai untuk seisi keluarga dalam menyediakan hidangan lengkap dengan mudah
Teknologi RapidAir™ untuk memasak dengan pantas dan sekata tanpa kesan hangus
Fungsi mengukus untuk membantu mengekalkan kelembapan dan zat dalam makanan
Fungsi menggoreng udara untuk hasil rangup dengan menggunakan minyak yang minimum atau tanpa minyak
Fungsi Mengukus + Menggoreng Udara menggabungkan fungsi mengukus dan menggoreng udara menjanjikan tekstur, rasa dan kualiti makanan yang optimum
Fungsi SteamClean pembersihan sendiri, menggunakan wap untuk menanggalkan kesan minyak dan memudahkan pembersihan selepas memasak
Penggoreng Udara Philips Siri 5000 ini telah dilancarkan di sebuah acara media eksklusif di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh lebih 50 wartawan jemputan, pencipta kandungan gaya hidup serta personaliti popular untuk mencuba sendiri keupayaan peranti ini melalui demonstrasi memasak secara langsung, sesi merasa interaktif dan penerokaan produk secara peribadi. Acara ini mempamerkan bagaimana gabungan mengukus dan menggoreng udara mampu mengubah hidangan harian menjadi sajian bertaraf restoran dengan usaha minimum.
Sorotan utama program ialah demonstrasi memasak secara langsung oleh Pencipta Kandungan Jemputan, Shafique Cute yang menunjukkan cara Penggoreng Udara Philips Siri 5000 ini membantu mengekalkan kualiti makanan, zat serta meningkatkan tekstur melalui fungsi Mengukus + Menggoreng Udara. Ini diikuti dengan SteamFry Showdown yang meriah oleh Chef Sarah Huang Benjamin, dengan memberi peluang kepada tetamu jemputan untuk menguji sendiri keupayaan peranti tersebut, sekali gus membuktikan fungsi serba boleh, penggunaan mudah dan hasil masakan yang sekata.
Direka khas untuk keluarga Malaysia moden khususnya ibu bapa yang bekerja, Penggoreng Udara Philips Siri 5000 ini adalah sebuah evolusi sebenar dalam bidang masakan di rumah: Masakan Lazat Kini Lebih Mudah. Dengan menggabungkan kapasiti besar, teknologi memasak paling canggih dan penyelenggaraan yang mudah dalam satu peranti, peranti ini memudahkan isi rumah yang sibuk untuk menyediakan makanan sihat dan berkualiti untuk seisi keluarga dengan cepat dan mudah setiap hari.
Wakil daripada Philips Domestic Aplliances dan Harvey Norman turut hadir ke acara tersebut, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha meningkatkan pengalaman memasak di rumah melalui kemudahan, penjimatan masa dan kualiti makanan yang berterusan.
.jpeg)
kena ada satu nie... senang nak masak menu sihat bulan puasa nanti
ReplyDelete