Assalammualaikum semua...Syukur Ali Imran dah dapat tempat belajar yang terbaik buat masa ini. Kolin suami isteri bersyukur yang anak ini sendiri serah diri. Serah diri nak belajar.
Sebenarnya kolin mengaku lah ye, kolin "telan balik cakap" kolin balik huhuhu. Dedulu cakap tak mahu anak umur 13 tahun masuk asrama bla bla bla. Nak membesar depan mata kunun..amek ko..ini lah dia anak kolin DAH MASUK ASRAMA lerrrr...
Okay selepas dia dapat title PELAJAR TERBAIK DI SEKOLAH (aku memang bangga uii) melalui keputusan UPSR. Dia terus dapat temuduga tau. Zaman aku dulu mana ada wei..aku belajar tak pandai hahahha. Jadi memang teruja lah..surat tawaran yang SMKA tu dapat dari sekolah. So cikgu dan kerani sekolah call cakap dapat tawaran temuduga. Buat pengetahuan korang, aku cuai, sampaikan aku terlepas temuduga SBP. Cuai gilerrrrr...SMISTA under MAIWP tu nasib aku cek online selepas salah sorang parent minta aku semak. Iyeee..nasib temuduga tu esoknya hari Ahad.
Seawal jam 8.00 pagi kami sekeluarga dah sampai di SMKA KL yang terletak dekat area Damansara. Nasib tak jauh dari rumah, masa sampai cek nama dan barisan mana. Ramaiiiii oii..masa tu selepas ali imran di bawa beratur dan masuk surau. Bukan senang ye, arahan hafazan surah Al-Mulk. Haaa hampir 30 ayat anak kena hafaz....Kami ibubapa masuk dewan dan diberikan taklimat. Terus terang kolin katakan gerun. Gerun dengan pelajar ini akan lalui. Tak mudah tau, kolin sendiri rasanya macam tak mampu. Hampir jam 12 tengahari segalanya selesai. Masa Ali Imran tanya lah dia macam-macam, tapi dia nampak relaks.
Esok tu ahad, pepagi buta kami ke SMISTA Cheras. Sekolah Integrasi Sains Tahfiz bawah MAIWP pula. Nak masuk sini bukan senang...nak 55 orang pelajar aje. Kat sini lamaaa kami tunggu..memang alisa maisara asyik shopping makan kat sini. Hampir jam 2.00 petang baru ali imran keluar dari temuduga.
Tapi rezeki Ali Imran dapat sekolah lain. Maklumlah sekali awak terima tawaran, tawaran lain semua tutup. So MRSM pun jadinya gagal tak dapat. Padahal itu yang kami tunggu ...rezeki tak ada kan. Dan ada result lagi tak cantik, tapi golongan B40 dapat MRSM ramai. Tak apalah..semoga dema dapat mengubah nasib keluarga mereka setelah masuk sekolah bagus kan. Percaya setiap yang ditakdirkan ada hikmah.
Semoga Ali Imran dipermudahkan urusan belajar di sekolah baru. Kehidupan dalam asrama dan aliran pun agama. Pilihan dia, kami ibu bapa tak pernah paksa pun. Alhamdulillah, dia serah diri!!! Lagi pun tawaran tu datang dari Kementerian, bukan sekolah yang boleh masuk sesuka. Sooo bangga lah aku selaku mak...korang nanti kalau dapat merasa, mesti korang faham. Terasa macam aku menunjukkan kan, ..sumpah tak ada niat. Aku niat berkongsi sahaja beb..doakan kami anak beranak terus dilindungi ye.
Satu lagi Beb..tipu lah aku tak nangis, sampai nak menaip pun sebak tau. Anak aku tak ada depan mata hari-hari. Inilah harga nak belajar, pengorbanan yang aku perlu buat. Hatta dari Kepong nak ke Segambut sekolah dia tu dekat nak mampus tak sampai setengah jam pun. Tapi lain tau, dia tak ada dalam rumah hari-hari macam biasa. Kecik lagi baru tingkatan satu, duduk lah sendiri uuuwaaaa
Doakan anak kolin berjaya yaa korang....mami sedih, tapi happy!!!!
Love,
Kolin Zainal
tahniah kolin utk ank sulung mu..yela mak kalo bole nk ank dkt dgn die...tp dh rezeki die dpt ke asrama tu kan
ReplyDeleteha aaa rezeki dia...rinduuu weii
DeleteTahniah Ali Imran dan Kolin sekeluarga..insyaallah Ali Imran akan buat yang terbaik dan banggakan mamanya...
ReplyDeletesemoga dia dapat apa yang dia idamkan....terima kasih SA
DeleteAssalamu'alaikum sis Kolin.boleh ke sis bg tips persediaan utk hadir temuduga maiwp/smista? Selain hafal surah al Mulk apa lagi soalan2 lain ye? Mohon perkongsian sebagai panduan utk anak2 yg akn hadir temuduga maiwp/smista. Thnk u soo much sis Kolin❤️❤️❤️
ReplyDeletesalam..setakat kolin tau..al mulk tu memang surah biasa yang akan ditanya. So hafal yang itu dan lelain surah lazim. all the best ya
ReplyDelete