Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tahniah - Kempen CSR TOP dengan kerjasama MYDIN

KEMPEN CSR TOP MENYUMBANGKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KEPADA 500 ORANG PELAJAR DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH, DENGAN KERJASAMA MYDIN


Tahniah buat jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia iaitu TOP yang telah menceriakan seramai 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan bersama TOP. Dah pun masuk tahun ke empat, kempen yang baik ini menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolah kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 rumah kebajikan. 

Dan usaha ini adalah kerjasama di antara TOP dan juga peruncit utama iaitu MYDIN  yang telah pun bermula dari 15 November sehinga 15 Disember 2018, tahun lalu lah. Di mana 30 sen dari setiap jualan produk terpilih TOP di semua cawangan seluruh negara telah disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia antara 7 sehingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan. 

Objektif kempen ini ada dua, iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu dan  memberi mereka motivasi untuk mereka mencapai sesuatu yang lebih tinggi. Ianya juga mengalakkan mereka menyediakan pakaian yang bersih dan wangi dan tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. 


Pengurus pemasaran Southern Lion Sdn Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberikan harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak yang telah terpilih. 

Pada masa yang sama, kolin nak berkongsi dengan korang iaitu TOP juga telah menawarkan inovasi dan manfaat produk mreka. Dan kalau korang nak tahu, TOP ada anti sebum tau. Itu kolin pun suka dan terus memilih top. Dan buat masa ini kolin suka TOP BLOOMING FRESHNESS, memang wangi betul.

Tahniah TOP dan juga MYDIN kerana telah berjaya melancarkan kempen CSR ini dengan gemilang. Buat korang yang nak tahu 18 rumah kebajikan tu boleh terus layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.




Terima kasih TOP & MYDIN

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. alhamdulillah, bagus csr top. sabun dia pun memang selalu jugak dok guna ^_^

    ReplyDelete

loving me..loving you