Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Makan di Restoran Rimbun Mat Top, Sg. Petani, Kedah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 

Restoran yang kebetulan kolin jumpa semasa travel balik kampung bulan Disember yang lalu memang memikat hati. Restoran ini terkenal dengan nama Mat Top ini rupanya menawarkan pelbagai menu untuk korang. Sesiapa yang teringin nak makan lauk pauk kampung dan menu masakan orang utara boleh lah datang ke sini untuk jumpa. Lagi unik tempatnya bersebelah betul dengan sawah padi. Dan ada ruang atas pokok juga untuk yang nak makan adventure sikit. 



Ruang untuk parkir kereta pun banyak. Untuk makluman,  restoran Mat Top ini dibuka dari jam 10 pagi sehingga 11.30 malam. Tapi untuk malam minggu sampai jam 12 malam. Hari jumaat tutup yee.



Terkenal dengan menu SOTONG BUNCIT jangan korang tak cuba. Nak ikan bakar, try set ikan siakap bakar. Kuah dan perapan sangat sedap dan ada ikan pekasam uollssss. Ulam-ulaman dan sambal belacan pun meletopss. Ada juga Mee Udang, Mee Ketam, Mee Tulang, Nasi Ayam dan banyak lagi. Memang pening kepala nak pilih makan tau. Tapi untuk lunch hari tu, kami memilih makan lauk pauk laa..kiranya makan berhidang. 








Harga sangat berpatutan tak lah mahal sangat atau mencekik darah. Pada kolin memang bakal repeat lah kalau trip balik kampung lagi. Macam mana kolin jumpa, kolin pakai waze lahhhh hehehe. Sebab agak susah nak cari restoran macam ini tau kalau ke Sg. Petani. Itu yang kolin terpikat terus berkongsi dalam blog. Tempat menarik kita kena lah share kan. 








Jangan lupa waze Restoran Rimbun Mat Top kalau ke Sg. Petani okay. Nak adventure amek lah bahagian ruang makan bahagian atas pokok tu, syokkkk....


Love,

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Cerca dengan belacan. memang umppss~! Sedapnya..

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete

loving me..loving you