Assalammualaikum buat semua yang sudi baca blog kolin hari ini. Semoga korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ye hari ini💓
Perkongsian hari ini ialah MASTER PASTO. Mesti korang tertanya-tanya apa laah dia kan. Ianya adalah makanan Ready To Eat Meal in Malaysia yang dikeluarkan oleh Lioco Food Industries Sdn. Bhd. Ianya Malaysia Food yang berlokasi di Penang. Pasta Segera atau Instant Pasta ini hanya perlukan 3 minit sahaja untuk disediakan samada mengunakan microwave atau pun rendaman di dalam air panas. Tak sabar kolin nak tunjuk kepada korang semua Instant Spaghetti yang telah sediakan untuk sarapan anak kolin minggu lalu. Sangat senang disediakan dan paling penting rasanya sedap!!!
Di rumah kolin tak ada microwave, so kolin gunakan cara panaskan air dalam periuk dan rendamkan paket tu. Dan bila dah panas mengelegak, ikut arahan seperti kat kotak tu, rendam selama 3 minit sahaja tu. Terus angkat, bila gunting paket tu memang bau sedap sangatlah. Anak kolin si Alisa memang tak sabar nak cuba. Itu yang lepas siap tuang kat pinggan, terus zasss suap masuk mulut.
Agak terperanjat sebab memang sedap. Lepas ini korang yang nak travel oversea dah ada pilihan lain ye. Makanan segera yang senang disediakan ini memang berbaloi ye. Untuk menyenangkan korang kolin share lah maklumat mereka di bawah ini.
Facebook : Master Pasto Lioco
Instagram : @masterpasto
Kilang pengeluar Lioco Food Industries SDN BHD
11, Lengkok IKS Simpang Empat 1,
Taman IKS Simpang Empat, 14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang, Malaysia.
Hubungi talian :
+604-502 3230
Yang paling penting ianya di jamin HALAL, tanpa perasa tiruan, tiada bahan pengawet, ianya telah siap dimasak hanya perlu dipanaskan sahaja. Gunakan microwave atau macam kolin rendam dalam air panas selama 3 minits. Lagi best tak perlu guna peti sejuk pun. Nak makan buka kotak dan terus ikut aje langkah yang diberikan. Itu sahaja !! Nak order sila ke maklumat yang telah kolin share kat atas tu okay.
Ada 3 pilihan buat korang nak order, SPAGHETTI BLOGNESE, SPAGHETTI CARBONARA DAN SPAGHETTI OGLIO OLIO. Dan ketiga-tiga adalah dengan ayam, so jangan risau anak confirm suka. Setakat ini kolin baru cuba Oglio Olio dan tak sabar nak makan yang lain tu. Korang beli laa weii..try dulu !
Mana yang mak macam kolin, selalu busy tu mesti nak stok yang ini kat rumah kan. Senang disediakan kalau anak-anak lapar dan paling penting trip ke luar negara selepas ini, confirm Master Pasto ikut sekali lah.
Mak malas 5%,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you