Thursday, January 24, 2019

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan - No. 1 di Selangor

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua !!! Haa..baca tajuk mesti dah macam ye ke! Betul ke No. 1 di Selangor, adakah semua itu betul. Bab ini jujur kolin cakap D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini memang harga patut. Murah sangat untuk seisi masyarakat yang datang makan bersama-sama. Apa tidaknya untuk seorang dewasa hanya RM33 nett dan kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 11 tahun hanya RM12.50 nett untuk seorang. Nak refill atau tambah sup steamboat tu FREE malah buat korang yang datang dan berbelanja lebih dari RM150, kad diskaun RM10 akan diberikan. Makan apa sahaja, dengan harga RM33!!




KENAPA KOLIN SUKA TEMPAT MAKAN INI?


Suka sebab murah ....murah sebab segala-gala ada. Dari makanan laut, daging, yong tau foo, mee, sayur, kek, buah dan banyak lagi lah. Asalnya Steamboat BBQ Buffet D' Kayangan hanya ada stimboat sahaja. Dengan 2 kuah pilihan iaitu ayam atau pun tomyam. Tapi sekarang dah ada grill atau BBQ untuk semua orang. Kalau sos untuk pencicah atau penambah selera pula ada Sos Cili Pedas, Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Yang penting ikut lah selera korang, nak ambil semua pun boleh tapi jangan membazir ye. Tak bazir makanan tau~










Chef yang bertanggungjawab untuk semua ini ialah seorang chef yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun iaitu Chef Shahnizam. Semua menu grill diperap dengan ramuan istimewa tau. Termasuk lah daging, udang, sotong, udang, ayam, ikan dan pelbagai lagi. Rempah ratus dan herba yang digunakan pun segar. Antara yang korang patut cuba ialah Chicken Mozza, The Toretto Meat, Patin Annabel, Pari Perry, The Krusty Krab, Super Prawn, Squidward, Dory Drive, dan paling mengiurkan ialah Kambing Gril yang diperam dengan 15 jenis rempah. Dan semua ini dikawal selia oleh chef tau, bukan sesuka hati. Itu lah pasal kolin cakap ianya No. 1 di Selangor, dah lah kualiti ada, murah pula tu. Korang yang nak buat reunion sila ke sini ye. Kolin percaya menu yang ada boleh 'accomodate' atau memberi pilihan kepada semua orang yang datang ke sini. 



mesra buat anak-anak ye...
 

ada dua ruang, di luar dan di dalam premis. Boleh pilih laa
 
terima kasih abang, jadi chef masakkan untuk mami makan hihih
 


Dan kalau ada rezeki malam sabtu tu, ada badut datang tau. So korang yang bawa anak-anak makan sini boleh lah dapat belon free. Dan korang nak pun boleh, badut tu nama dia Atan sangat peramah dan baik hati. 
 



Kat sini ada 150 hidangan atau pilihan menu bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai dan selesa memang boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa. Macam kolin di ruangan terbuka dalam 200 orang dan di ruangan dalam 400 orang. Kalau nak buat parti pun boleh wei. Malam kolin datang disebabkan sabtu malam, siap ada kehadiran badut comel yang menceriakan kanak-kanak. Suka laa dapat belon kan.

Ada surau dan tandas juga, so kalau korang datang jangan risau pasal kemudahan yang itu. Malahan tempat letak kereta pun banyak. Mesti korang tak tahu kat mana kan..nah kolin share info mereka:

D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT
Sri Acapella Service Apartment
No. Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13, Shah Alam 
40100 Selangor Darul Ehsan 
No. Telefon: 0122971091 / 017-6274015
steamboatBBQBuffetDkayangan di facebook atau instagram mereka dkayangansteamboat


Dah nak musim gaji ni, korang jangan lupa belanja yang tersayang makan di sini okay. Harga murah dan siapa yang suka kerang, kepah, siput pahat, bebola yong tau fu semua tu kat sini makan lah sepuasnya. Sebab semuanya ada, "mak abah" aje tak jual hahahha

Kolin sekeluarga memang suka dan ini lah perkongsian kali ini. Jangan lupa tengok video ini di youtube channel kolin dan subscribe terus okay. Terima kasih sudi membaca entri makan ini!!



Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. fuh meriah wei...mcm2 ado...lapar plak aku tgh puasa tgk steamboat bbq ni kn..ada kesempatan bole singgah nanti

    ReplyDelete
  2. Alahai..bila turn SA ni...dh banyak kali postponed ni...kena pergi jugak la nanti...

    ReplyDelete

loving me..loving you