Friday, March 30, 2018

REVIEW: EUCERIN PROACNE SOLUTION A.I. - KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA 2 MINGGU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Holla...Ada Jerawat tak !!! Siapa sahajalah yang suka jerawat kan. Tapi itulah dia masalah kulit yang biasa kita hadapi. Kalau dah tumbuh jerawat ni, mulalah nak picit. Dan akibatnya makin teruk dan meninggal kesan hodoh kat kulit muka. Kolin bukan ngata korang pun, kolin mengata diri sendiri ni. Sebab kolin memang mengalami masalah muka berjerawat teruk ini. Dan kalau tersalah cuba produk pulak, kulit kering dan mulalah masalah lain pulak timbul kan. Eucerin, salah satu jenama derma-kosmetik yang terkenal di seluruh dunia ini, telah menghasilkan satu produk terbaru yang membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.  


Thursday, March 29, 2018

KONGSI: Hidangan buat si cilik di NY Steak Shack - Pelancaran "Just For Kids' Menu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Buat si cilik atau anak-anak yang kurang bernasib baik, NY Steak Shack memberikan sesuatu buat mereka. Disebabkan itulah NY Steak Shack bersama dengan 'Rumah Titian Kaseh' bersama-sama memberikan kegembiraan buat mereka. Atas dasar itu juga lah, menu terbaru iaitu 'Just For Kids' telah pun dilancarkan. Ini salah satu pencapaian NY Steak Shack untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tau. Buat makluman, baru-baru ini NY Steak Shack belanja la adik-adik dari Rumah Titian Kaseh makan bersama di outlet Melawati Mall tau. Best kan...untung adik-adik😍 Bersyukur masih ada yang prihatin kan.


Wednesday, March 28, 2018

REVIEW: Nasi Lemak Kukus Shah Alam dari Abg Zack

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Salam hari rabu korangggg......Rasanya lah kan, sebab kolin dah makan nasi lemak ini dua hari berturut kan..kena laa review dan berkongsi dengan korang semua. Wahai warga Shah Alam, ini dia nasi lemak kukus yang tidak mengecewakan dari Nasi Lemak Kukus Shah Alam. Lauknya memang aduhai...banyaknya. Ikutkan kolin beli kat Cafe bawah pejabat ajer so mesti harga dah up sikit. 

Rasanya mungkin kalau beli dengan dia RM4.50 or RM4.00, tapi kat cafe pejabat ni jual RM5.00. Pada kolin still berbaloi, sebab kalau kolin dah makan nasi lemak dia ni pepagi, memang lunch tak makan nasi lah gamaknye. Makan roti aje karang lunch, malam makan nasi kat rumah. Bukan diet pun, tapi kalau korang nak still makan dan tampil langsing, kurus, berat badan maintain, PM kolin tepi yaaa...makan dan makan tapi tak lah debab hahahaha.


Tuesday, March 27, 2018

Kelantan Trip Part 4: Makan MSR Stimbot di Pantai Senok & Shopping di Wakaf Che Yeh

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kesinambungan dari Part 1, Part 2 dan juga Part 3. Kolin memang suka cerita sesikit macam ini. Kenangan pun iye dan satu lagi banyak sangat nak share pun. Itu lah sebab nya..nasib baik percutian 3 hari 2 malam, kalau 10 hari, bertabah lah korang membaca ye. Tapi ada ke orang suka blog baca blog sendu kita ni. Terima kasih yang masih lagi berkunjung dan membaca tau. Kita hargai sangat !!!

1. Makan di MSR Steamboat Pantai Senok

Kan part 3 tu kolin sekeluarga melepak kat Pantai Senok, ala-ala Nami Island tu kan. Kat situ adalah perkampungan nelayan tau, jadinya kami terus cari tempat makan lah. Inilah dia yang kami jumpa iaitu MSR Stimbot. Harga dalam RM20 kanak-kanak RM12. Murah kan! So konsep samalah ambil apa sahaja dan makan. Kat luar aje kolin dah suka giler konsep tradisional mereka ni. Ada bawah bumbung dan ada juga pondok-pondok kecil. Ikut korang nak melepak makan kat tempat mana satu lah kan. 


Monday, March 26, 2018

Nak beli ikan atau peralatan membela ikan, jom ke pasar pudu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang membesar ni bukan lah mudah. Lagi pulak suami kita tu memang penyokong besar anak-anak. Bab ini mami kalah lah..dema nak bela ikan oiiiii. Dulu akuarium kaca tu dah jadi tempat bubuh kasut sebab belanya hangat-hangat tahi ayam aje pun. Tapi kali ni semangat dema ni, sampai beli dan beli dan beli habis dekat RM100 tau. Bertabah !!!


Sunday, March 25, 2018

KONGSI: akibat asyik minum air manis

Assalammualaikum & salam sejahtera

Tak tahu lah kolin sejauh mana kebenaran tweet ni. Tapi secara umum, kita tau kita kena minum air masak secukupnya. Faham kan, air masak atau air putih kena cukup! Kalau nak tahu berapa banyak baru cukup mungkin korang boleh rujuk gambar kat bawah ni. Nak cantik, nak kurus, nak sihat kena minum air masak tau. Nak jelas tengok sini


Saturday, March 24, 2018

KONGSI: berniaga online pun kena zakat

Assalammualaikum & salam sejahtera 

Siapa yang berniaga online? Samada dropship macam kolin atau mungkin korang founder produk ke, amek barang kat china ke, meniaga makanan ke, atau apa saja lah janji dalam talian atau online. Mungkin selama ini korang tak perasan atau tidak tahu bahawa korang ada tanggungjawab untuk berzakat juga tau. Sebenarnya kolin sendiri kurang maklum pasal hal ini. Tapi terima kasih kepada PPZ WILAYAH kerana sudi berkongsi mengenai ini. 

Friday, March 23, 2018

REVIEW: Menginap di Dorsett Grand Subang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini kita staycation yang dekat-dekat sahaja. Dorsett Grand Subang ini terletak betul-betul sama area dengan SJMC tu. Dan lebih kurang 5 minit aje dari Subang Parade Mall. Yang best pasal hotel ini ianya sunyi dan sentiasa ada bau aroma spa bila melangkah masuk ke dalam hotel ini tau. Suka sangat...Bila masuk aje kawasan lobby hotel yang luas tu, terus rasa tenang dan relaks aje lah. Itu faktor yang sangat 'win' buat pengemar tidur hotel macam kolin hahahaha. Kolin memang suka tidur kat hotel, bila rasa penat sebulan kerja tu, tidur hotel kan best. Tak payah nak mengemas dan buat kerja lain pun. Tidur, relak, tengok tv dan kalau hotel yang ada bath tub tu sebelum tidur boleh lah kita berendam. Sedap badan berendam lepas tu tidur. Nikmat !!



Wednesday, March 21, 2018

REVIEW: Beli Samsonite di hujung jari

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Berita baik buat pengembara dan pelancong spesis kolin atau lebih atas sedikit hihi. Buat korang semua yang suka melancong, mesti tercari-cari beg atau bagasi yang lebih sesuai dan berpatutan bukan.  Dan siapalah yang tak kenal dengan jenama terkenal untuk bagasi iaitu Samsonite Malaysia.

Apa yang kolin nak share ni, bahawa korang semua dah boleh shopping online tau. Di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, samada Samsonite, Samsonite Red dan juga American Tourister. Ini setelah Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melancarkan buat pertama kali Official Samsonite E-Commerce Platform di Malaysia yang membolehkan korang semua shopping bagasi online sahaja. Dan paling best semua range atau koleksi mereka terpapar dalam website tu tau. 



Tuesday, March 20, 2018

Kelantan Trip Part 3: Menginap di Holiday Villa Hotel & Suites dan Pantai Senok

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kolin nak sambung cerita dari Part 2 ni, kalau ada yang missing boleh lah baca dari Part 1 jugak. Maklumlah mana tahu korang pun macam kolin dah lama tak pergi Kota Bharu Kelantan kan.  Macam part 2 tu, kami dah pun makan tengahari dan mula buka Waze sebab mencari di mana Holiday Villa Hotel & Suites yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Senang aje nak cari pun, lagipun guna pakcik waze kan..Alhamdulilah...jumpa dah...sebelah hotel ini ada Macdonald tau..Watson, Ariani dan jua klinik.


Saturday, March 17, 2018

Tips merawat hati yang terluka

Assalammualaikum & salam sejahtera

Tips terbaik dari DMFK di Sinar Pagi. Tips merawat hati yang terluka. Kolin suka.. Hope korang suka jugak. Happy watching


Jangan tak tengok korang weii.. Lagi lagi kalau kita ni pernah dilukakan oleh kawan sekerja, kawan rapat, atau sesiapa sahaja. Thk u DMFK di atas tips yang super manafaat ni. 


Love

Kolin Zainal 

Friday, March 16, 2018

Kolin Review #LolaMango Viral

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Heyyy korang....dah try ke minum Lola Mango yang viral tu. Kolin dah try dan nak share review sikit ajeerrr.. 


Sedeh perangai

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat hari Jumaat korang. Kolin nak share satu benda aje hari ini

KALAU AWAK RASA PANGKAT AWAK TU BOLEH BAWAK MATI, SILA KAN LAH. 

INGAT, MANA TINGGI PUN PANGKAT, TAPI SELAMA AWAK PIKUL PANGKAT TU DENGAN MENYAKITI ORANG LAIN, MENYUSAHKAN ORANG DAN DUDUK DI TEMPAT TINGGI SAMBIL GELAK TENGOK ORANG MENDERITA. 

SAYA PERCAYA DOSA TETAP SAMA, TIADA DISKAUN PUN WALAU DI DUNIA PANGKAT AWAK 'PEGAWAI'

INGATLAH SETIAP PERBUATAN KEJI DAN JAHAT AWAK, PASTI ADA KIFARAH

Sekian terima kasih

Kolin Zainal 

Tuesday, March 13, 2018

Kelantan Trip Part 2: Lunch di Warung Pak Mat, Kota Bharu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Macam part 1 kolin cakap kami semua dah lapar kan. Perkara pertama kolin cari tempat makan viral la kat Kota Bharu ini. Warung Pak Mat sememangnya terkenal dengan Teh Tarik Madu atau 'Teh Beng' melimpah ruah ini memang membuatkan kolin terliur, kagum dan terus menerus terpedaya. Itu sebabnya order sampai empat tau, sorang satu sebab tak mau KONGSI !!! Memang nak minum seorang segelas weii...Menikam-nikam kalbu tengok buih tu kan...

Sunday, March 11, 2018

KONGSI: BERAPA KM KENA LARI YE?

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kita tak pernah tahu kan, apa yang kita makan tu berapa kilo kita kena lari nak hilangkan lemak tu. Haaa korang kolin nak kongsi ni. Memang melalak laa korang kat bucu katil la, macam kolin. Baru perasan kenapa gemuk, tak kurus kurus punnn 

Saturday, March 10, 2018

Kelantan Trip Part 1: Penerbangan bersama AirAsia KLIA2 ke Kota Bharu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Holla korang...ini lah dia, bermula episod kolin sekeluarga bercuti ke Kelantan baru-baru ini. Hari pertama, kami semua dah bersiap pepagi lagi sebab dari Kepong nak ke KLIA2 kan. Selalu kolin pilih Fireflyz, tapi sajalah ajak family naik AirAsia. Kebetulan masa kolin booking last year memang murah habis laa. Kos penerbangan kami sekeluarga pergi dan balik dalam RM400 sahaja. Murah dari naik bas kan hehehee, kalau pandai cari tiket flight time promosi memang murah tau korang. Kami ke KLIA2 naik grab aje, kos kami RM65 dari rumah terussss ke airport. Senang wei...harga pun sama aje kalau kami naik bas dan train tu.


Friday, March 9, 2018

Perkhidmatan Sos Layan Diri

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apa pendapat korang dengan sistem perkhidmatan sos layan diri yang sekarang jadi amalan di semua restoran makanan segera kebanyakkannya. Kolin rasa kan 'Malaysian is not ready yet" untuk sistem layan diri macam ini lah. Tahap kebersihan masih diragui dan ini antara yang sempat kolin rakamkan. Bersepah !!




Thursday, March 8, 2018

Selamat Hari Wanita Sedunia 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua pengunjung blog kolin...
Selamat Hari Wanita Sedunia korang semua..
Semoga kita terus gagah perkasa dan terus menghormati diri sendiri sebagai seorang wanita yang berjaya ye. 

Berjaya dalam mendidik anak-anak, berjaya dalam hidup dan lagi penting kita semua happy-happy aje selalu. Semoga semua terus sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan okay..

Have fun girls!!! Its your day ...#siscutimasaktoday hihihi



Love,

Kolin Zainal 

Wednesday, March 7, 2018

SHOPEE dan HONOR berkerjasama bagi pelancaran eksklusif honor 9 Lite

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Hari ni kolin nak berkongsi dengan korang semua yang Shopee telah pun menandatangai usahasama rasmi dengan Honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang bakal dijual secara eksklusif di platform membelah belah atas talian SHOPEE tau. Usahasama hebat ini bakal memberi manafaat kepada lebih 9 juta penguna shopee di Malaysia termasuk lah kolin kaki shopping hihih. Telefon pintar 4 kamera ini akan diberikan tawaran harga istimewa iaitu RM699 sahaja (harga pasaran RM749 korang oii). Jadi kalau siapa yang nak harga meletops tu kena lah beli online sahaja pada masa terhad pada 9 Mac 2018. Honor merupakan jenama baharu yang menyertai Shopee Mall. 


Thursday, March 1, 2018

Teknik bergambar bila muka tak senonoh

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernah tak korang pergi satu tempat tu, tapi kena berjalan banyak, berpeluh-peluh dan for sure muka memang tak senonoh. Kolin pernah, jadinya kolin nak kongsi dengan korang teknik bergambar bila muka tak senonoh hahahahha. Ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati tau. Ini semua teknik sahaja, jangan lah pulak ada yang kecam sis haaa...sis berkongsi aje...

Pertama sekali, korang pergi tempat cantik-cantik, mesti hati tu meronta-ronta nak share gambar dengan kawan-kawan kan. Teringin wei...ye lah zaman sekarang ni ada media sosial. Sure korang nak tunjuk tempat menarik tanpa gagal dalam berposing kan

Nah..ini antara yang kolin posing masa pergi melawat di sekitar Negeri Selangor. Haaa..begitu gaya kolin posing hahaha...memang menimbulkan marah-marah sayang dari kawan-kawan tapi kita kan nak share ini. Itulah dia tips kolin  hahahahhaha