Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KONGSI: berniaga online pun kena zakat

Assalammualaikum & salam sejahtera 

Siapa yang berniaga online? Samada dropship macam kolin atau mungkin korang founder produk ke, amek barang kat china ke, meniaga makanan ke, atau apa saja lah janji dalam talian atau online. Mungkin selama ini korang tak perasan atau tidak tahu bahawa korang ada tanggungjawab untuk berzakat juga tau. Sebenarnya kolin sendiri kurang maklum pasal hal ini. Tapi terima kasih kepada PPZ WILAYAH kerana sudi berkongsi mengenai ini. 



Nampak kan cara pengiraan bagi peniaga online. Simple sangat, kita berniaga dropship dapat untung RM50 sehari terus didarab selama sebulan dan juga setahun. Mesti korang macam kolin kan, meniaga online untuk tambah pendapatan. Kolin sendiri kurang ilmu pasal ni, tapi bila dah tahu, baru lah perasan kewajipan berzakat kan. Bagi korang yang dah tahu ni, jangan lupa berzakat dengan agensi yang dilantik macam PPZ WILAYAH ni. Malah sebarang keraguan boleh terus tanya online aje, mereka ada IG dan FB juga tau. Zaman dah canggih sekarang, tak tahu mesej aje terus, senang kan. 

Kolin doakan kita semua jadi jutawan dropship satu hari nanti hikhikhik. Dah kaya dan jutawan, jangan lupa sedekah dan berzakat tau. 

Yang benar, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you