Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Kolin nak sambung cerita dari Part 2 ni, kalau ada yang missing boleh lah baca dari Part 1 jugak. Maklumlah mana tahu korang pun macam kolin dah lama tak pergi Kota Bharu Kelantan kan. Macam part 2 tu, kami dah pun makan tengahari dan mula buka Waze sebab mencari di mana Holiday Villa Hotel & Suites yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Senang aje nak cari pun, lagipun guna pakcik waze kan..Alhamdulilah...jumpa dah...sebelah hotel ini ada Macdonald tau..Watson, Ariani dan jua klinik.
Bila dah sampai, masa check pun pukul 2.00 petang kan. Memang kami terus nak masuk bilik lah. Parking kereta di bahagian belakang hotel sahaja. Masa check in agak kelam kabut, sebab front office pekerja ada seorang tapi ramai sangat nak masuk check in. Itu aje lah yang kurang best sikit sebab memasing dah panas and penat kan. Tapi jangan risau, banyak positif side di hotel ini yang kolin sekeluarga enjoy sangat. Nanti kolin buat satu entri review hotel ini atas sampai bawah okay..lokasi menarik, makan sedap itu yang penting. Bilik punya view pun not bad lah.
Dah siap berehat, tiba masa kami semua ke destinasi pertama untuk beriadah. Kami ke Pantai Senok, atau Kelantan Nami Island. Dari hotel ke tempat ini lebih kurang 30 minit sahaja. Maklumlah jalan di sini memang sempit, jadinya agak jem. Siapa sangka kami masuk jalan kampung wei, memang macam terpinga-pinga lah. Tiada langsung signboard kat sini, terfikir lah kan. Kalau di indahkan dengan signboard, lawa dengan kemudahan yang lengkap mesti ramai yang hendak berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan kan. Tempat menarik, orangnya ramah dan makanan pun sedap-sedap.
Perkara pertama kami sekeluarga berposing lah dahulu. Bukan senang kan nak dapat tempat menarik untuk bergambar. Yang penting bawa monopod okay. Jangan lupa !!!
Dapat gugak merasa etok-etok salai kat sini. RM1 sahaja untuk satu bungkus tu. Murah kan...Kolin beli 3 nak makan sampai melepak.
Makcik ni comel sangat....kelakar sangat. Ajar kolin cakap kelate
Sesambil tu kami posing la sesikit buat kenangan sekeluarga. Rugi lah kalau tak posing kan. Punya lah jauh nak mai naik belon. Tak sangka kan, Kota Bharu best untuk dilawati.
Pantai Senok ni angin kuat sangat. Laut pun bergelora. Jadi aktiviti memancing, main layang-layang, bina istana pasir dan melepak aje yang sesuai la buat sekeluarga. Sempoi melepak ramai-ramai di waktu petang. Angin kuat, tapi sebelah sini tak ada sunset lah. Puas jugak tungu sampai nak Maghrib. Tapi kalau nak tengok matahari terbenam kat sini memang tak ada lah.
Dah puas melepak kami dah mula mencari makan malam yang istimewa di sini. Kalau korang nak tahu, area Pantai Senok ini perkampungan Nelayan tau. Sepanjang jalan nak masuk ke pantai, tengok orang jual ikan kering dan pelbagai makanan laut. Kalau lah menyewa homestay puas membeli dan makan ni. Tapi kali ini kolin sekeluarga nak rehat aje. Jadinya kali ini lebih mencuba local food atau makanan tempatan. Lagi pun lama giler tak datang Kota Bharu. Kalau korang rasa Penang syurga makanan, kelate tak kurang hebatnya tau. Tak sabar nak sambung part 4 mana kami makan malam dan pesta beli belah di pasar wakaf che yeh.

Lawa sangat kan....lawa kannn..
Jurugambar sila ke sini please !!! Lawa giler koranggg
Ni kolin tangkap gambar guna Huawei Nova 2i aje tau
Sesambil tu kami posing la sesikit buat kenangan sekeluarga. Rugi lah kalau tak posing kan. Punya lah jauh nak mai naik belon. Tak sangka kan, Kota Bharu best untuk dilawati.
Pantai Senok ni angin kuat sangat. Laut pun bergelora. Jadi aktiviti memancing, main layang-layang, bina istana pasir dan melepak aje yang sesuai la buat sekeluarga. Sempoi melepak ramai-ramai di waktu petang. Angin kuat, tapi sebelah sini tak ada sunset lah. Puas jugak tungu sampai nak Maghrib. Tapi kalau nak tengok matahari terbenam kat sini memang tak ada lah.
Dah puas melepak kami dah mula mencari makan malam yang istimewa di sini. Kalau korang nak tahu, area Pantai Senok ini perkampungan Nelayan tau. Sepanjang jalan nak masuk ke pantai, tengok orang jual ikan kering dan pelbagai makanan laut. Kalau lah menyewa homestay puas membeli dan makan ni. Tapi kali ini kolin sekeluarga nak rehat aje. Jadinya kali ini lebih mencuba local food atau makanan tempatan. Lagi pun lama giler tak datang Kota Bharu. Kalau korang rasa Penang syurga makanan, kelate tak kurang hebatnya tau. Tak sabar nak sambung part 4 mana kami makan malam dan pesta beli belah di pasar wakaf che yeh.
Terima kasih membaca ye ..
Yang benar,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you