Tuesday, March 13, 2018

Kelantan Trip Part 2: Lunch di Warung Pak Mat, Kota Bharu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Macam part 1 kolin cakap kami semua dah lapar kan. Perkara pertama kolin cari tempat makan viral la kat Kota Bharu ini. Warung Pak Mat sememangnya terkenal dengan Teh Tarik Madu atau 'Teh Beng' melimpah ruah ini memang membuatkan kolin terliur, kagum dan terus menerus terpedaya. Itu sebabnya order sampai empat tau, sorang satu sebab tak mau KONGSI !!! Memang nak minum seorang segelas weii...Menikam-nikam kalbu tengok buih tu kan...


 Harga segelas tu RM4.20 tau. Ada juga yang letak aiskrim kat atas harga dalam RM10. Selain Teh Beng yang sememangnya glamor habis kat sini, mereka ada juga lauk pauk dan sup kepala ikan. Ha...tapi kami tak ambil sup kepala ikan lah, kami ambil sup daging untuk makan tengahari tu..Beratur panjang sis ...beratur..




Buat pengetahuan dan makluman korang, kami sekeluarga tak reti cakap dialek kelantan hahahaha. Udah terpinga-pinga masa nak minta nasi lah, lauk lah. Penyudahnya kolin yang memang sengal tak reti berbahasa pantai timur, main tunjuk-tunjuk aje lah hahahaha. Ini lah menu yang kolin ambil untuk semua orang hari tu. Maklumlah tempat duduk pun berebut wei..ramai sangat orang

 Nasi putih, sambal belacan dan telur dadar buat makan dengan sup.


Semangkuk besar tu macam RM30 lah lebih kurang. Sedapnya tak tipu, sedap sangat. Cukup bahan, paling best daging lembut dan padu. Memang patutlah restoran ini viral uolsss..siap kuar JJCM TV3 tu. Kalau ke Kota Bharu, jangan lupa try okay...


Memang harganya agak mahal lah, tapi kolin rasa berbaloi jugak. Tempat duduk agak terhad. So kalau korang datang waktu tengahari bertabahlah tunggu tempat duduk. Kos kami makan tengahari hari pertama kat sini di bawah RM50 untuk 4 orang. Okay lah kan. Alisa tu kolin suap aje, biasa lah budak kan..bukan nak makan sangat pun. Dua tiga suap dah kata kenyang sebab nampak aiskrim.


Kalau korang nak tahu, Warung Pak Mat di terletak di tepi sungai tau. Kat tepi sungai ni boleh lah nak melepak sambil ambil angin. Ada juga bot menyusuri sungai rupanya. Tapi cuaca terlampau panas, kolin tak pergi tanya pun. Tapi ada aktiviti yang best gak rupanya kat kawasan ini. 


Dah selesai makan, kami pun gerak lah ke hotel. Walaupun perjalanan flight tu sejam, tapi panas kat Kelantan menyebabkan kami nak check in dulu. Maklumlah dah tahu tempat beradu malam ini baru lah aman damai otak kan. Ini lah dia kalau travel dengan keluarga. Kalau kawan-kawan mau bantai dah sampai baru cari hotel hahahahha. So korang tunggu kolin review Holiday Villa Hotel Kota Bharu Kelantan yang terletak betul-betul kawasan Wakaf Che Yeh tu. Siapa tak tahu apa ada kat sana, nanti kolin cerita panjang-panjang okay. Terima kasih membaca uolsss

Yang benar,

Kolin Zainal

4 comments:

  1. Lama juga LeYa tak ke Kelantan..

    ReplyDelete
  2. aku yg kg klate pn tk smp lg...tp parent and adikku dh smp...tehbeng klate mmg sodap tp tula dgr juga kt sini mhl tp mhl sedap tkpe..kalo mhl tk sedap tu yg angin kn haha...haussss weiiii cuaca panas kl ni ..tgk plak tehbeng tu

    ReplyDelete
  3. dah lama x balik kelantan..hehehe

    ReplyDelete

loving me..loving you