Wednesday, March 28, 2018

REVIEW: Nasi Lemak Kukus Shah Alam dari Abg Zack

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Salam hari rabu korangggg......Rasanya lah kan, sebab kolin dah makan nasi lemak ini dua hari berturut kan..kena laa review dan berkongsi dengan korang semua. Wahai warga Shah Alam, ini dia nasi lemak kukus yang tidak mengecewakan dari Nasi Lemak Kukus Shah Alam. Lauknya memang aduhai...banyaknya. Ikutkan kolin beli kat Cafe bawah pejabat ajer so mesti harga dah up sikit. 

Rasanya mungkin kalau beli dengan dia RM4.50 or RM4.00, tapi kat cafe pejabat ni jual RM5.00. Pada kolin still berbaloi, sebab kalau kolin dah makan nasi lemak dia ni pepagi, memang lunch tak makan nasi lah gamaknye. Makan roti aje karang lunch, malam makan nasi kat rumah. Bukan diet pun, tapi kalau korang nak still makan dan tampil langsing, kurus, berat badan maintain, PM kolin tepi yaaa...makan dan makan tapi tak lah debab hahahaha.




haaa..siapa yang kawasan sekitar Shah Alam mungkin dah boleh order lah kalau-kalau terliur. Ada pilihan nak biasa, telur goreng, sambal telur puyuh, paru berlado, sambal sotong, sambal talang masin, ayam goreng berempah, ayam masak merah, ayam rendang, kerang sambal, kerang rendang dan juga rendang daging.


Kalau korang nak tengok tokey dia, boleh lah search FB nama tu. Nama dia Zairy Zainal Abidin atau dikenali dengan Zack. Nak call terus pun boleh tau. 013-3274613. Haa..bagus marketing abang zack ini. Terus letak segala kat situ. Siap tanda lagi lauk apa. Lepas ini nak order makan reramai atau bersedekah dan boleh call terus aje. Dan dua hari ini kolin memula rasa rendang kerang. 
  

Kerang penuh...penuh bebenar. Ikan bilis tu terbaik..suka. Cuma kuah rendang dan sambal tak banyak sangat. Kalau lebih sikit kolin suka. Tapi overall tak tipu, memang sedap, lauk sedap, nasi sedap..cuma kolin memang suka berkuah lebih. Tapi sedap !!! Berbaloi RM5 makan pagi, senyum sampai ke petang tu. 


hari ini kolin ambil paru berlado pulak. Tak liat, sedap sangat lado nya. Tak pedas pun. Yang ini kuah sambal cukup hahahaha. So memang sedap laa eh. Itulah dia menu sarapan pagi kolin 2 hari ini dah. Terasa sangat kena share dengan korang semua sebab sedap. Jangan tanya kolin nak beli kat mana okay. Call aje no Abg Zack tu dan tanya mana dia letak nasi lemak tu. Dengar cerita orang panggil dia nasi lemak kubur. Sebab kedai dia dekat dengan kubur. Tak pasti lah kolin eh..tapi nak kata aje lah.. Nasi Lemak ko memang sedap lah abang zack oi...Disebabkan sedap, kita selfie satu hahahahhahah. Have a great day ahead ya...


Love, 

Kolin Zainal 

6 comments:

  1. lapar plak nengoknye...sbb xlunch haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..kalau makan nasi dia ni. memang tak perlu lunch dah..kenyang sungguh

      Delete
  2. hahaha..oii kak jadi duta nasi lemak pulak dahhh..tapi mmg masyukkk weh lauk dia..x kedekut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lah blog..kita share personal story hahaha.. membantu biz org melayu..

      Delete
  3. nasi lemak sambal paru tu yang sedap nya

    ReplyDelete
  4. Liez tak suka kerang.. tgk paru sambal dia mmg meletop je..

    ReplyDelete

loving me..loving you