Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KONGSI: Hidangan buat si cilik di NY Steak Shack - Pelancaran "Just For Kids' Menu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Buat si cilik atau anak-anak yang kurang bernasib baik, NY Steak Shack memberikan sesuatu buat mereka. Disebabkan itulah NY Steak Shack bersama dengan 'Rumah Titian Kaseh' bersama-sama memberikan kegembiraan buat mereka. Atas dasar itu juga lah, menu terbaru iaitu 'Just For Kids' telah pun dilancarkan. Ini salah satu pencapaian NY Steak Shack untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tau. Buat makluman, baru-baru ini NY Steak Shack belanja la adik-adik dari Rumah Titian Kaseh makan bersama di outlet Melawati Mall tau. Best kan...untung adik-adik😍 Bersyukur masih ada yang prihatin kan.



Menurut kata Noor Sabrina Abu Yaziz, Assistant Marketing Manager dari NY Steak Shack, bukan semua orang bernasib baik kan. Jadi dengan usaha ini kami memberikan kembali kepada semua dengan menu terbaru "Just For Kids" yang memberikan anak-anak makan dengan harga yang mampu dan jua menu yang sedap. Untuk anak-anak berumur 12 tahun ke bawah, mereka ada pilihan untuk memiliah Fish n Chip, Petite Chicken, Mighty Chicken Meatball Pasta, Chick N Cheese Sandwich, Cheese Chick Sausage atau pun Beef Stroganoff. Sedapnya lah..menu NY Steak Shack ini. Kalau kolin yang dewasa pun dah terliur, budak-budak ni pastilah suka makan di sini kan. Harga pun bermula dari RM9.90 tau. Selain itu menu yang diberikan siap ada aktiviti untuk anak-anak bermain semasa makan. Boleh lah uji minda kan, ada kuiz tu.


Sementara tunggu hidangan siap, ada juga aktiviti buat anak-anak. Bagus betul konsep kat sini, kolin memang lah suka. Dan buat korang yang nak tahu lebih banyak mengenai kempen menu terbaru ini boleh lah layari www.facebook.com/nysteakshackmy/ 

Semua hidangan ini dapat sijil HALAL okay. So tak perlu lah rasa risau nak bawa sekeluarga makan kat sini. Dan outlet pertama mereka ada di Mid Valley tu. Kolin pernah bawak mama kolin makan sana sambutan birthday dia. Siapa suka steak, burger, ayam dan ikan yang grill atau dimasak secara sihat tu, sila ke sana ya. 


Tahniah buat NY Steak Shack ye. Nanti kita pergi serbu reramai, bawak anak-anak makan kat sini. Kolin nak try Beef Stragonoff tu!

Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. tak pernah cuba lagi ny steakshack.. nnt boleh la bawak dekat mnelawati mall la..

    ReplyDelete

loving me..loving you