Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Kesinambungan dari Part 1, Part 2 dan juga Part 3. Kolin memang suka cerita sesikit macam ini. Kenangan pun iye dan satu lagi banyak sangat nak share pun. Itu lah sebab nya..nasib baik percutian 3 hari 2 malam, kalau 10 hari, bertabah lah korang membaca ye. Tapi ada ke orang suka blog baca blog sendu kita ni. Terima kasih yang masih lagi berkunjung dan membaca tau. Kita hargai sangat !!!
1. Makan di MSR Steamboat Pantai Senok
Kan part 3 tu kolin sekeluarga melepak kat Pantai Senok, ala-ala Nami Island tu kan. Kat situ adalah perkampungan nelayan tau, jadinya kami terus cari tempat makan lah. Inilah dia yang kami jumpa iaitu MSR Stimbot. Harga dalam RM20 kanak-kanak RM12. Murah kan! So konsep samalah ambil apa sahaja dan makan. Kat luar aje kolin dah suka giler konsep tradisional mereka ni. Ada bawah bumbung dan ada juga pondok-pondok kecil. Ikut korang nak melepak makan kat tempat mana satu lah kan.
MSR Steamboat Pantai Senok Korang boleh search dalam Facebook jugak tu. Agak terkenal lah dengan Grill & Seafood mereka. Mungkin kat Kelantan memang jadi port sekeluarga makan lah kut. Like pun ada 5k tau, so kami memang tak pikir apa, makan malam hari pertama kami di sini lah gamaknya. Apa yang bestnya ialah cara stimbot dan grill mereka, guna arang !!!
Nampak tak arang merah-merah tu
Dengan mengunakan satu lagi lapisan mangkuk yang direka khas, mereka letakkan di atas tempat bara tadi. So ada lekuk keliling tu boleh tuang sup ayam atau tomyam dan korang boleh grill di bahagian atas tu. Nampak tak betapa kreatif betul mereka ini. Kalau kat kl pakai laa api tong gas tu. Ini memang 'win' sangat sebab pakai arang, Tau tak manis kalau masak pakai arang ni. Semua lauk manis laaa kan. Sedap ni..hatta belum mula makan lagi.
haa..nampak tu, belum apa-apa dah penuh meja hahaha. Nampak sangat kami memang kaki melantak aje kan. Anyway jom kolin tunjuk korang ada apa kat sini. Tak sebanyak mana pun lah, tapi kolin rasa padan dengan harga. Satu lagi kalau tempat lelain, harga air tu asing kan. Tapi di sini ada pelbagai air dan semua termasuk pakej dah. Murah..murah sangat..berbaloi dengan pelbagai menu
Ada juga jenis siput yang kolin tak pernah makan. Kat sini ada, kita bedal lah. Dapat merasa semua
Sayur-sayuran ada, pelbagai jenis mee pun ada. Nasi pun ada
yang ini pula pelbagai bebola ada. Macam yong tau fu lah. Sos pun ada bermacam-macam. Yang penting korang pilih aje lah nak makan yang mana. So kalau bebudak datang memang seronok la berwarna warni tu haa. Boleh makan dengan sup ala yong tau foo
Daging ada, udang ada, sotong ada, ketam ada..semua ada lah. Yang penting makan jangan tamak. Ambil dan habiskan dahulu, dah habis dan rasa tak cukup boleh lah tambah lagi. Duduk lah makan sampai malam buta pun tak pe eh. Lagi best boleh dengar deruan air laut dan angin berdesir. Memang best sangat melepak kat sini. Tak lupa juga, kuih-muih kat sini memang sedap giler. Kolin lupa nak tangkap gambar sebab sedap sangat. Bubur pun sedap, apa aje yang tak sedap hahahahah. Kami makan bertambah-tambah tau
Seronok rupanya masak-masak gini. Tapi jangan risau, bila arang korang tak panas lagi, mereka akan tambah bebila masa aje. Termasuk lah sup atau tomyam tu. Memang tak kedekut. Jadi sesiapa yang nak pergi trip ke Kelantan, jangan lupa masukkan makan di MSR Steamboat, Pantai Senok dalam list ya. Kami nak balik hotel dah. Sebab acara malam ni bershopping di Wakaf Che Yeh pulak...shopping lerrr kami oiii.
2. Shopping di Wakaf Che Yeh
Buat makluman, hotel kami duduk Holiday Villa Kota Bharu tu memang bertentangan aje dengan Wakaf Che Yeh ini. Sebab itu lah kolin ambil hotel ini sebab tak mahu drive malam-malam dan tak mahu sangkut dalam jem nak ke sini. Ikutkan korang boleh aje menginap di tepi laut kat sini, lawa-lawa resort. Tapi kolin nak duduk tengah bandar. So jom kita tengok apa yang ada di sini.
Kalau kelantan ni memang tudung bawal terkenal lah. Kalau korang nak tahu, semua corak batu pun ada. Murah la, kena pandai juga tawar menawar. Yang penting korang jangan cakap macam aku "Ni Berapa" hahaha..sah dia tau ko orang luar. So guna ni "bape ya" ...haa berapa ya...ya ya...itu boleh lah berlakon 2 saat ko orang sana dan mungkin dapat diskaun. Jangan tunjuk ramah sangat laaa..kalau tak mau kantoi. Tunjuk mana nak, bayar duit dan senyum. Masa blah..cakap lah terima kasih ..so masa tu dah okay dah. Harga dah murrrr...hahahha. Tapi serius pasar malam ini besar giler. Segala barangan ada..dari siam pun ada..
Baju, tudung, mainan dan banyak lagi lah. Yang penting ke sini kalau ada RM bawa lah lebih-lebih. Kolin cuba satu benda teringin. Buah kundang..akhirnya kat bumi Kelantan kolin makan banyak giler.. RM30 sekilo wei..tapi memang manis giler
Masa menaip ni pun dah meleleh ayaq liuq oiii. Pergi awal bulan Mac, masa menaip ni dah nak penghujung Mac tapi masih tak ada lagi kat kedai buah MBG tu haaa. Kalau kedai lain takut masam, selalu beli kat MBG aje lah. Mahal tapi berbaloi lah kan.
Dah melepak makan buah, makan roti bakar, makan macam-macam. Badan memang dah penat giler kami ni. Dari pagi keluar kan, terus pusing-pusing bandaraya Kota Bharu ini. Kami pun pulang lah ke hotel kami ni haaa...
So korang, tunggu kolin update hari kedua kami di Kota Bharu ye. Macam-macam tempat tau menarik kat sini. Barulah tahu, kalau tak pergi sendiri tak pernah tahu. Yang selalu orang kata, mana ada apa kat Kota Bharu !!! Tapi rupanya best wei...best ..sebab makan sedap hahahhaha. So terima kasih baca Kelantan Trip Part 4 ye..
Love food,
Kolin Zainal
dah lama tak pegi kelantan.. almost 10 years..
ReplyDeleteSally ni kalau blk kampung xde berjalan pun...dok rumah je haaa manjang...LOL..
ReplyDeleteGlad you had a very good time there kakak! :D
buah kundangggg...mmg fav tapi susah nak cari yang manis..
ReplyDeletesiapa yang suka steamboat mmg kena g MSR Steamboat tu...mmg sedap