Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PERKHEMAHAN SATU MALAM DI PANTAI CUNANG, TANJUNG SEPAT SELANGOR

Assalammualaikum semua

Sekarang dah boleh rentas negeri kan! Harap campsite di Selangor ni tak lah padat hahaha. Ni yang sempat kolin pergi selepas fasa 3 di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya di umumkan. Dari KL ke sini dalam sejam lebih juga. Kenapa pilih Pantai Cunang sebab ramai kongsi dalam FB tempat ini cantik untuk berkhemah. 


Selesai subuh kami sekeluarga gerak terus ke Pantai Cunang. Sampai memang dah padat kereta parking di dalam ladang kelapa sawit.Jalan agak sempit tau, parking pun tak banyak. Pepandai korang lah selit-selit kereta antara pokok kelapa sawit tu.

Lawa betul tinggalan pokok bakau mati ni dalam gambar....

Selepas itu, ada kaunter yang dijaga oleh orang asli. Bayaran  memula kami kena RM1 untuk parking dan kami berempat, so RM5 semua sekali lah. Kami nak tengok tempat dahulu sebelum berkhemah. Masa sampai memang dah penuh padat. Pada masa kami nak berputus asa balik, khemah depan kami nak balik..Nah rezeki!!

GUARDIAN DERMA 10,000 PEK #GUARDIANCARE BERNILAI RM400,000 KEPADA KANAK-KANAK SEKOLAH DARI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH SEMPENA ULANG TAHUN KE-54


Inisiatif #guardiancare beri tumpuan kepada tiga teras utama

Kesihatan, Komuniti dan Alam Sekitar
 
 
Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-54 selepas dua tahun berdepan dengan ujian berikutan ancaman wabak, Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif #guardiancare untuk memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan para pelanggan dan masyarakat.

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd berkata: “#guardiancare adalah sebuah inisiatif yang lestari, yang prihatin terhadap pelanggan kami, keluarga mereka, pilihan membeli-belah yang mereka miliki dan juga komuniti dimana mereka tinggal.

“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan dalam membuat pilihan yang sihat dan lestari ketika memilih jenama-jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka percayai di Guardian. Paling utama, kami ingin pelanggan untuk ‘peduli’ tentang apa yang mereka beli dan seterusnya menjadikan persekitaran lebih baik. 


 

TAMAN TEMA AIR WET WORLD SHAH ALAM DIBUKA DAN SEMAKIN MENARIK


 Assalammualaikum korang semua. 

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba! Wet World Shah Alam, Taman Tema Air berkonsep Hijau yang pertama di Malaysia, secara rasmi dibuka semula untuk umum pada 9 Oktober 2021. Setelah ditutup beberapa bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Wet World Shah Alam kini kembali dengan pengalaman yang lebih hebat dan menarik!


KETAM MASAK SALTED EGG PALING SENANG

 Assalammualaikum korang.

Nak memasak ni ada style memasing kan. Kadang-kadang tu kalau ikut sangat resipi pun susah juga.Dengan bahan-bahan yang mahal dan susah nak dapat memang potong minat nak memasak. 

Untuk kolin sendiri pula, memang memasak ni ikut aje cara sendiri. Tu kadang orang mengata, alah..masak simple pun nak kongsi ke dalam blog! Kita kongsi dikk..mana tahu ada yang baru nak belajar masak senang boleh lah google jumpa resipi ini. Haa..ilmu kena panjangkan, pahala tau. 

KETAM MASAK SALTED EGG PALING SENANG

Korang nak tahu tak kenapa kolin cakap paling senang! Sebab bahan sikit aje hahahah. Tapi sedap wei...


HAPPY 12TH BIRTHDAY, ALISA MAISARA

Assalammualaikum korang :)

Alhamdulillah anak dara kolin dah 12 tahun wei. Masa berlalu terlalu pantas kan..mami dah tua weii :)


HAPPY 12TH BIRTHDAY, ALISA MAISARA


BERKELAH DI TEMPLER PARK, FASA 2 PPN

Hey korang semua. Assalammualaikum


Hari Malaysia yang lalu, 16 September sempat kami berkelah di Templer Park. Dah lengkap 2 dos dan jarak dari rumah kami pun tak sampai 10km sebenarnya. Punya takut sendat dan penuh, awal pagi kami dah sampai, seawal 8.30 pagi tau. 

Polis memang ada buat rondaan. So pastikan yang nak mai sini, lengkap 2 dos vaksin selepas 14 hari. Kalau tidak penat aje, polis akan arahkan balik. Sebab ada aje pengunjung yang diarahkan untuk balik. Ambil vaksin tak kata kita kebal, tapi ikhtiar kita terhadap penyakit ini. Usaha pun dapat pahala kan...pls ambil vaksin okay

LAMPU COMEL UNTUK HIASAN RUMAH

Assalammualaikum korang semua. Korang perasan tak bil letrik makin tinggi dan kadang rasa kalau dah baring malas betul tak bangun tutup suis lampu. 

Nak tak kolin share dengan korang, lampu yang caj sejam dan boleh stay sampai jam 6 pagi. Dah lah comel, cantik dan siap tambah ruang rumah korang so comfy aje kalau guna lampu ini.

Lampu comel ini sesuai kalau korang ada anak kecil tapi takut nak on lampu sepanjang malam guna plug. Jimat elektrik tau, itu memang selling point dia. So kalau bangun nak ke toilet tu, ada aje lampu..tak payah teraba-raba cari suiz.

Kolin letak dekat situ, comel kan. Selalu lepas dinner kolin akan tutup semua lampu dan on 2 lampu comel ini. Caj sesiap dalam sejam dua dan kalau korang nak tau, ianya akan terang sehingga jam 6.00 pagi nak bangun subuh tu. 

FLAGSHIP KILLER REALME GT MASTER EDITION ENTERS MALAYSIA

FLAGSHIP KILLER REALME GT MASTER EDITION ENTERS MALAYSIA

together with Joe FIizzow, Hullera, and Bunga as realme 5G Ambassadors

 realme Malaysia today released the realme GT Master Edition in the market followed by its global launch during the realme Fan Festival 2021. The realme GT Master Edition is furnished with a Qualcomm Snapdragon 778G processor chip, 120Hz Super AMOLED Fullscreen, and supports 65W SuperDart Charge. realme fans will be able to purchase the long-awaited flagship series of realme smartphones lineup starting from 9 September via its official first sale on Lazada.

 


“Two weeks ago, we have just launched realme Book in Malaysia, and today we are thrilled to bring another product which many Malaysian fans have been waiting for, the realme GT Master Edition. The realme GT Master Edition is the birth of another masterpiece through realme’s collaboration with Mr. Naoto Fukasawa. This Master Edition of realme flagship smartphones is the first brand to introduce 3D vegan leather technology in the smartphone industry. Fans can expect realme to continue its Dare to Leap spirit by developing and presenting more comprehensive devices and flagship experiences to them in the future,” said Tiffany Teh, Brand Director of realme Malaysia.

 

KAMBING PERAP DARI MR PEPPER

Hello semua, buat yang suka kambing atau lamb grill macam kolin, sila baca sampai habis okay. Kalau di pasaran memang banyak sangat pilihan kambing yang siap diperap ini. Tapi pastinya rasa lain-lain dan pilihan kambing tu lain juga. Yang ini memang pertama kali kolin cuba dan terus jatuh cinta. Punya la sedap perapan dan kambing dia lembut sangat. Siap dalam masa 10 ke 15 minit dah boleh hidang kepada keluarga. Jangan lupa rebus brocoli dan rebus kentang tuk buat mash potato untuk keluarga tercinta.



GARIS PANDUAN YANG DISARANKAN UNTUK KUARANTIN BAGI PESAKIT COVID19

 Assalammualaikum semua

Siapa sangka tarikh 9 ogos 2021, kolin sekeluarga di uji dengan wabak covid19. Kisahnya tengah bersiap nak ke kerja pagi isnin. Suami pula batuk-batuk, sementara bersiap suruh buat ujian self kit. Kan kolin ada share dalam posting sebelum ini. 

https://alialisakreatif.blogspot.com/2021/08/pengalaman-guna-antigen-covid-19.html


gambar dari google


Sekali tengok result positif. Allahuakbar. Terus suruh dia mandi duduk bilik. Kolin settle beli-beli barang, sanitasi rumah semua ruang. Masak...selesai semua kami sekeluarga bersiap ke klinik untuk swab test. Kolin buat yang hidung RTK. 15 minit dapat tahu, Ali Imran pun positif. Mengalir air mata masa tu..Allahuakbar...

Simpan sini buat kenangan

tak tahu kena dari siapa atau dari mana. Jangan lah tanya..Kami pun speechless. 

Berikut merupakan garis panduan yang disarankan untuk kurantin kendiri:

  • Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.

  • Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.

  • Tinggal di bilik berasingan dan menggunakan tandas yang berasingan (INI PENTING)

  • Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.

  • Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.

  • Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.

  • Sekiranya bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.

  • Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.

  • Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.

  • Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.

  • Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.

Ni antara tips yang sempat kolin cari. Harap sementara 14 hari kuarantin ni, kolin mampu buat dan berjaya kekal negatif dengan alisa maisara. 

Doakan 22 Ogos ni hari ke 14 kami akan swab untuk pastikan kami okay. Tak ada apa yang kolin perlukan..doa sahaja. 

Semoga semua doa yang baik-baik tu berbalik kepada kawan-kawan sekeluarga. Harap di jauhkan wabak ni dari semua orang. Tak lalu..tak tahu..dah lalu..baru tahu..

Allahuakbar..
Ujian..Allah Sayang :)

PENGALAMAN GUNA ANTIGEN COVID-19 ANTIGEN - GMATE

Assalammualaikum korang semua :)

Sedia maklum kolin sekarang kan naik public transport untuk ke tempat kerja. Pergi KL Sentral, lepas tu naik LRT, lepas tu naik grab. Sampai opis...takut juga kluster tempat kerja. 

Tiba-tiba minggu lepas rasa tak sihat sangat. Demam dedar aje rasa badan, tu pergi la klinik ingat nak swab test. Tapi kebetulan doktor tiada, so balik dengan perasaan hampa. Masa tu tak keluar rumah, takut kena orang lain. 

End up, terpaksa ke pejabat. Tapi kolin tak buka mask dan sentiasa sanitise badan dan tangan. Balik singgah farmasi beli lah GMate Covid19 Saliva Antigen tu. 


DUGAAN PPN FASA 1, KERETA KESAYANGAN DIROMPAK!

Assalammualaikum korang semua :)

Kejadian ini berlaku masa 7 Julai 2021 yang lalu. Tak sangka kali ini kolin terpaksa lalui keadaan macam ni. Kalau korang nak tahu, kereta tu dah tua dah 17 tahun, dari 2004 kolin guna pergi balik kerja sampai sekarang. Kalau jalan jauh ada kereta lain, maknanya satu kolin guna, satu lagi suami yang guna. 

 


Nak dijadikan cerita, kereta buruk tu  last kolin pakai Isnin, balik kerja park kat situ jam 3 petang. Selasa tu memang tak ke mana-mana. Rabu tengahari nak pos barang, ada rezeki orang beli daging salai, sekali pergi tengok kereta dah barai. Aduhaii...memang akui kolin menangis teruk masa tu. Masa menaip ni pun sebak aje mengalir air mata.

MICROALGAE+ BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN SAKURA COLLAGEN+ UNTUK KECANTIKAN SEMULAJADI

Assalammualaikum korang semua. Sebagai seorang wanita dan menginjak umur 40an, kolin memang suka supplement yang memberikan kesan positif kepada tubuh badan sendiri. Kali ini dapat berkenalan dengan produk terbaru iaitu Microalgae+ dan Sakura Collagen+ dari Vii Nutrition Sdn. Bhd. 


Vii Nutrition Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat pembekal dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan berkualiti dan patented dari Spain, Jerman dan Jepun. Disebabkan itu produk mereka mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Dan sudah tentu, kolin pun nak cuba juga kan. 

 

MICROALGAE+ (MA+)


1. MA+ adalah suplemen antioksidan diformulasi dari TetraSOD marin mikroalga, Bioenhanced tocotrienol (T3) dan 76 mineral makro dan surih.

2. MA+ berfungsi untuk meningkatkan sistem imuniti, membaik pulih sel  yang rosak, mengurangkan sakit otot, memperlahankan penuaan serta mengoptimumkan kesihatan secara menyeluruh. 

3. Ma+ diperakui dan disahkan oleh GMP, Pematuhan ISO22000, ISO9001, HACCP, HALAL serta MESTI KKM

4. Dalam 2.5gram satu sachet tu ada tenaga 9.73kcal, karbohidrat 2.36g, gula 0.69g, protein 0.01g, lemak 0.03g. 

Arahan pengunaan

Satu sachet sehari, terus di makan dari paket. 

Bahan/Ramuan MA+

Campuran buah-buahan & sayuran, mannitol, inulin, tocotrienol & tocopherol, campuran mineral, mikroalga (TetraSOD. Tetraselmis Chuii 30mg).

 

Adakah anda #imBAXinAction?

Tidak disangka bahawa pandemik COVID-19 adalah suatu yang baharu dan amat mencabar bagi rakyat Malaysia. Penguatkuasaan langkah-langkah sekatan pergerakan juga menyebabkan perniagaan terpaksa digulung dan individu kehilangan pekerjaan.

 

Di peringkat global, barisan pertahanan pertama bagi penyakit berjangkit adalah untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik dengan kerap mencuci dan menyahkuman tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan berasaskan alkohol.

 


Sehubungan itu, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, memperkenalkan kempen “I am Back In Action” (“Saya Kembali Beraksi”) atau singkatannya #imBAXinAction yang bertujuan untuk menghimpunkan rakyat untuk bersatu-padu dengan lebih kukuh dalam era norma baharu.

 

Clorox Malaysia Menzahirkan Sokongan Terhadap Bantuan COVID-19

 

Sumbangan akan membantu dalam kerja-kerja pembersihan, disinfeksi fasiliti dan juga bagi kegunaan petugas barisan hadapan, pesakit serta pelawat



Clorox Malaysia sudah sekian lama menyokong usaha-usaha bantuan bencana menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa dan organisasi-organisasi bukan kerajaan. 

Sebagai tindak balas terhadap peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, Clorox Malaysia telah menzahirkan sokongan bagi bantuan yang dijalankan dengan memberikan sumbangan kepada dua pusat kesihatan awam utama rawatan pesakit COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sumbangan turut diberikan kepada badan bukan kerajaan, MERCY Malaysia. Clorox Malaysia telah menyumbang sebanyak RM80,000 dalam bentuk produk yang akan dimanfaatkan bagi mengekang penyebaran virus berkenaan terhadap kehidupan seharian, serta di tempat kerja ketiga-ketiga organisasi terbabit.  

BANTUAN BARANGAN DAPUR DARI EBIT LIEW

Assalammualaikum semua. Pertama sekali kolin cukup kagum dengan insan ini. Tak tahu macam mana datang kekuatan dia menolong semua rakyat Malaysia dengan tak berbunyi apa. Tak kondem sesapa, tak kritik sesapa pun. Terus menerus menolong tanpa kisah agama, politik mahupun bangsa. Kagum gile..

gambar dari google



Kaya dia, kaya semua orang. Bukan kaya duduk dendiam. Habis semua orang dia bantu. Dan kolin berdoa supaya kolin mampu bantu semua orang macam dia. Biar semua orang sesama tak merasa susah. 

Untuk korang yang malu nak kibar bendera putih kerana putus bekalan dapur, korang boleh juga call terus ke nombor yang diberikan di laman Instagram Ebit Liew. 

iCitra dari KWSP

iCITRA dari KWSP

Zaman pandemik ini memang ramai terkesan. Ramai yang kehilangan kerja dan mencari-cari rentak hidup baru untuk sara keluarga. 

Kalau tanya kolin, siapa yang teruk dan kewangan dah mula goyang. Ada EPF tu, boleh lah keluarkan. Hak memasing, macam kita cakap tu saving kita masa tua, tapi sempat ke kita ni semua tua kan. Dengan keadaan dah huru hara sekarang ini. 


EXPLORE THE TASTE OF AUSTRALIAN BEEF

Assalammualaikum semua. Sesekali kita pakai tajuk English boleh kan. Kali ini kolin ingin kongsikan pengalaman kolin memasak daging dari Australia. Biasanya kita takut nak cuba kan. Jangan risau ada sijil HALAL ye. Kalau tak halal, kita tak lah berkongsi di blog. Kita bagi semua mak-mak idea untuk try bahan masakan baru.


Buat pengetahuan semua, makan daging merah dalam masa 3 ke 4 hari dalam seminggu adalah disarankan oleh pakar nutrisi. Dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat, korang boleh dapatkan Australian Beef. Buat pengetahuan korang semua, daging ni memang memasak tempoh dia sekejap ya. Tak perlu lama, sebab tekstur daging tu lembut dan mudah empuk. Dan kalau nak tahu, daging adalah sumber protein, iron, zink dan pelbagai lagi nutrien terutama buat anak-anak. 

HALAVITA MAKANAN TAMBAHAN FORMULASI TERBAIK BUAT MASA KINI

Assalammualaikum semua. Zaman pandemik ini memang ramai memilih makanan yang lebih sihat untuk memastikan sistem imun badan dalam tahap terbaik. HALAVITA diformulasikan sebagai makanan tambahan yang berkualiti tinggi atau BCG. Apa itu BCG? Ianya adalah singkatan kepada tiga bahan dari sumer SUPERFOOD iaitu Habbatussauda atau black seed oil, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil dan juga ekstrak bawang putih atau garlic extract. 

Kalau korang nak tahu, 3 bahan ini memang terbaik untuk tubuh badan. Dengan itu, HALAVITA mengabungkan 3 bahan ini di dalam satu botol. Jadinya korang tak perlu beli satu-satu dah. Dalam satu botol ada 3 bahan terus! Nak makan pun senang, 1 biji pagi dan 1 biji malam. Didatangkan dalam bentuk softgel memang senang nak telan. Satu botol ada 60 kapsul softgel dan cukup untuk bekalan 1 bulan. 

ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK

 ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK

Buat pengetahuan korang semua, pada sebatang rokok ada pelbagai jenis bahan yang beracun antaranya mengandungi tar, dan karbon monoksida yang berbahaya dan ianya terbukti merbahaya dan memudaratkan kesihatan.  

Namun kini, kajian demi kajian yang telah dilakukan dan ternyata ada teknologi yang mampu mengurangkan kemudaratan bagi si perokok tegar dan orang sekeliling. Namun tabiat merokok bukanlah satu yang baik bagi seisi masyarakat. Bukan nak menggalakkan orang merokok, tapi lebih memberikan satu pilihan yang lain buat si perokok tegar.




KETAGIHAN MEROKOK

Bercakap secara dasar memang senang. Namun ketagihan merokok ini adalah sukar untuk diberhentikan. Buat pengetahuan semua, si perokok tegar tetap ada niat mencari pelbagai alternatif bagi mengurangkan kemudaratan akibat dari tabiat merokok.

Pelbagai kempen telah pun dilaksanakan oleh pelbagai pihak mahu kerajaan dan juga swasta, malah data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) lebih tujuh juta orang mati akibat merokok atau disebabkan menghidu asap rokok. 

 


Kesedaran dalam memberitahu masyarakat akibat bahaya rokok dan pelbagai kempen mengenai penyakit akibat dari tabiat merokok juga telah dikongsi secara meluas melalui media massa dan jua elektronik. Namun ianya bukan kerja senang untuk dilaksanakan.  


ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK TEGAR

Mengenalpasti asap rokok adalah sangat memudaratkan bagi  si perokok dan orang di sekeliling, sekarang terdapat alternative terbaru yang boleh membantu si perokok tegar mengurangkan kemudaratan dari rokok tembakau.

Buat pengetahuan korang, perokok sendiri memang mencari-cari cara mengurangkan merokok atau mungkin cara untuk berhenti. Malah Kerajaan pun ada membuka klinik khas untuk bantu golongan ini untuk berhenti terus dari tabiat merbahaya ini. Bukan nak cerita lah, pelbagai barang seperti vape, nano stick, produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran (heated tobacco products) dan pelbagai lagi alat atau ubat dicuba untuk mengurangkan ketagihan merokok ini. 


Paling menarik adalah informasi tentang produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran. Nama tu dah jelaskan yang ia ‘tiada pembakaran dan tiada asap’. Malah ianya dapat mengurangkan kadar kemudaratan disebabkan tiada asap pembakaran tembakau berbanding rokok biasa. 

Bukan itu sahaja, ia cuma memanaskan tembakau pada kadar yang betul dan cukup untuk melepaskan nikotin  dan rasa tetapi di bawah paras yang diperlukan.

Menurut laman web https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html memberitahu beberapa Fakta Membimbangkan Golongan yang dikenalpasti berpotensi menjadi perokok adalah seperti di bawah:

1.50% dari golongan lelaki Malaysia adalah perokok.

2. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.

3. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang tidak merokok. 

4. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.

5. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 billion setiap tahun untuk membeli rokok. 

KURANGKAN KEMUDARATAN TEMBAKAU

Buat pengetahuan korang, semakin banyak negara di Eropah sudah mula beralih kepada alternatif-alternatif. Walaupun ini produk altenatif namun ianya tidak bebas dari risiko. Masih boleh memberikan pilihan atau manafaat bagi perokok jika berjaya beralih sepenuhnya kepada produk alternatif berbanding merokok secara konvensional.

Buat korang yang ingin berhenti merokok, itulah tindakan yang paling tepat. Tapi kalau masih hendak meneruskan tabiat ini, korang haruslah memahami tentang alternatif lain yang kurang memudaratkan.

Tepuk dada, tanya selera! Setiap orang dari kita ada pilihan dan alternatif terbaru yang kurang memudaratkan bagi si perokok tegar sudah ada. Pilihan di tangan anda, ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK




MANJAKANI

Assalammualaikum semua. Manjakani adalah herba yang selalu dikaitkan dengan wanita. Dan kalau nak tahu orang dulu-dulu mana ada produk, semua yang mereka amalkan berasaskan herba dan ulam-ulam untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Menginjak umur 40an, kolin mula lah sedar diri sikit hahhhaha. Kalau dulu memang vitamin C, pil multivitamin, minuman kolagen dan pelbagai lagi produk kesihatan yang dijual difarmasi kolin amalkan. Jangan tak percaya, imedeen pun pernah makan. Tapi mahal tu kadang-kadang buat terputus bekalan. Maklumlah kadang-kadang ada bulan kita sesak juga oii.

MANJAKANI


SYUKUR DAH DAPAT TARIKH VAKSIN!

Assalammualaikum semua. Akhirnya kolin sendiri dah dapat tarikh vaksin untuk kurangkan kemudaratan kalau dijangkiti Covid19. Kena faham, vaksin bukan bermakna kita kebal tau, tapi kurang mudarat kalau kita dijangkiti. So korang buat pendaftaran kat aplikasi MySejahtera tu. 

Kalau korang nak tahu, ini pengalaman sendiri. Baru-baru ini kolin ke pasaraya, dan pegawai keselamatan situ tak bagi dah tulis nama kat buku, semua diwajibkan mendaftar masuk dengan mengunakan aplikasi MySejahtera. Jadinya ramai juga patah balik tau, sebab tak ada aplikasi tu. Macam pelik juga, bukan seorang dua tapi ramai. Mungkin mereka tak ada telefon cukup canggih nak adakan aplikasi tu.

MASAK LAUK KERANG

Assalammualaikum korang, selalu kalau dapat lauk kerang korang buat apa. Untuk kolin, kadang-kadang suka rendang kerang atau sambal kerang. Kadang kalau nak rasa manis kerang tu, kolin bakar atau rebus sahaja. Dan sekarang ini memang mahal betul kerang kan. Bila dapat kerang besar tu memang terasa juicy sangat. 

CARA MASAK LAUK KERANG PALING SIMPLE


Memula korang basuh kerang tu bersih-bersih

CARA SIANG UDANG KETAK ATAU UDANG LIPAN

Assalammualaikum korang, buat yang suka makanan laut dan belum pernah mencuba udang ketak atau udang lipan, nah kolin kongsi dengan korang macam mana nak siang udang ini. Kena hati-hati sebab cengkerang dia tajam. Satu lagi ada juga orang yang tak buang kepala dia. Tapi kolin memang kakak ipar ajar suruh buang. 



Udang ni kolin beli kat peniaga tepi jalan aje. RM7 sekilo, udang ni kira lauk rare tau susah nak dapat. Kalau balik ke sebelah kedah memang banyak. Tapi kalau kat KL nak dapat yang fresh memang sukar. Tu yang bila jumpa terus beli. Cuma kalau beli fresh kena masak terus, sebab kalu simpan nanti isi dia tak sedap dah. 

Ibu hamil perlu divaksin untuk mengurangkan risiko COVID-19

Peningkatan catatan kes COVID-19 di seluruh negara membimbangkan Dr. Premitha Damodaran, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti COVID-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan. 

Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Walaupun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman tentang vaksin Pfizer sebagai pilihan vaksin yang sesuai untuk golongan ibu hamil dan menyusukan, Dr. Premitha masih menerima pelbagai soalan daripada pesakitnya tentang keselamatan vaksin tersebut terhadap kandungan mereka. 



KEKAL SEGAR DAN HIDRASI DENGAN BOMBOLA ANTIBAC FACIAL MIST

 Assalammualaikum korang

Bermula sekarang kita semua kena duduk rumah kan. Namun jangan dilupakan penjagaan kulit dan wajah juga. Dan disebabkan itu, kolin nak kongsi dengan korang semua 1 produk yang memang kolin amalkan hari-hari walaupun bekerja dari rumah. Facial Mist dan Bombola yang terbaik untuk kita gunakan sekeluarga. Dari hujung kuku ke seluruh badan tau boleh guna. Tambahan pula, sekarang ni memang musim virus dan seperti yang kita ketahui kita masih belum menang menentang isu Covid19. Apa pun kena usaha kan, betul tak!

Salah satu yang kolin cuba ialah 

BOMBOLA ANTIBAC FACIAL MIST 

(antibacterial, moisturizing, antiseptic, antioxidant, nourishing, soothing dan antifungus)

Produk ini masih baru di pasaran tau korang. Harga jualan produk ini ialah RM29 sahaja. Bombola Antibac Facial Mist ini berfungi membunuh bakteria di persekitaran kita. Boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti antaranya semasa bersenam, di pejabat, ke pasaraya, semasa berkelah, di sekolah dan juga ketika kita sedang berkebun. Untuk apa jua tujuan kita boleh gunakan untuk menentang sebarang bakteria atau virus di sekeliling dengan hashtag mereka #extrajaga.

'MASK EXTENDER' BERKILAU, KOLEKSI NAZRAI HIJABPIN

 NAZRAI HIJABPIN

BE BOLD, BEAUTIFUL AND BE IN LOVE

 

Perempuan mana yang tak suka barang perhiasan berkilau-kilau kan. Kolin memang seorang peminat barangan hiasan yang ada kilau-kilau ini. NAZRAI jenama yang telah bermula berada di pasaran semenjak 2013, pengasasnya En. Ahmad Nazli Zulkifli bermula dengan koleksi eksklusif tudung sifon, pin dan juga jarum hijab. Koleksi yang telah pun mendapat pasaran ini memang ramai sangat selebriti dah pakai. Korang kena ke laman IG lah tengok sendiri www.instagram.com/nazrai_hijabpin2020 untuk pelbagai rekaan mengikut pilihan hati.

BERBUKA PUASA MAKAN BAMBOO BRIYANI, MENU ISTIMEWA DARI HOTEL ANCASA KUALA LUMPUR

Assalammualaikum korang semua. Dah 15 Ramadan hari ini, semua okay aje kan. Sebenarnya puasa memang buat badan kita sihat kan. Dan masa ini lah sesiapa nak kurus atau kurangkan berat badan memang akan berjaya dengan berpuasa. Namun begitu, berbuka puasa menu kena sedap hahaha. Bukan apa, berpuasa ini kita makan OMAD atau ayat panjang dia ONE MEAL A DAY. Untuk kolin yang memang makan besar sekali sehari kalau berpuasa memang mencari-cari hidangan sedap. Kali ini kolin nak share dengan korang MENU ISTIMEWA DARI HOTEL ANCASA KUALA LUMPUR iaitu Bamboo Briyani.

 

 

Bamboo Briyani dari Hotel Ancasa Kuala Lumpur ini ada 3 pilihan. Ada udang, ayam dan juga daging. Kolin dah rasa daging dan juga ayam!! Memang sedap buat berbuka. Dan kalau korang nak tahu, satu hidangan tu memang boleh makan 2 orang! Portion besar sangat. Harga tak lebih dari RM40 untuk 2 orang memang jimat, satu lagi ada penghantaran juga. Call nombor yang kat atas tu dan order aje terus. Dari nak makan kat hotel penuh dengan SOP dan nak solat pun susah bagi sesetengah orang, baik bawak pulang hidangan hotel ke rumah dan berbuka lah puasa dengan selesa bersama yang tersayang. 

‘CAPTURE INFINITY’ RAYA INI DENGAN TELEFON PINTAR PERTAMA REALME DENGAN 108MP KAMERA & PENGECASAN PANTAS 50W

Pra-pesanan ‘Raya Syokmo dengan 8 Pro’ bermula hari ini

realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan produk heronya tahun ini - realme 8 Pro. Ini adalah peranti realme pertama yang menampilkan Kamera Ultra Quad 108MP, iaitu megapiksel tertinggi yang terdapat dalam industri telefon pintar semasa. Peminat fotografi dan videografi akan dapat merakam momen-momen yang luar biasa tanpa batasan dengan realme 8 Pro, terutamanya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

 


Selain itu, peminat yang membuat pra-pesanan peranti semasa kempen 'Raya Syokmo dengan 8 Pro' bermula 22 hingga 30 April dan mengambil pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei akan mendapat kotak hadiah pra-pesanan dan tambahan 1 tahun jaminan. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang peranti AIoT realme sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu sejumlah 352 hadiah termasuklah realme Smart TV 43 ", realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale.

 


"Sebagai jenama Dare to Leap, kami dengan bangga memperkenalkan telefon pintar realme pertama kami yang dilengkapi dengan Kamera 108MP Kejelasan Tanpa Batasan yang menggunakan piksel tertinggi yang ada di industri. Dengan adanya realme 8 Pro, ia pasti dapat memuaskan kehendak anak muda di Malaysia yang mencari telefon pintar dengan reka bentuk ‘trendy’ dan ciri kamera yang hebat. Sekali lagi, ia adalah 108MP dan anda pasti akan menikmati gambar-gambar indah dan pemandangan spektakuler yang ditangkap dengan lensa kameranya," kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

BUFFET RAMADAN 2021 DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

Assalammualaikum semua! Jom korang tahun ini kita raikan bulan puasa atau Bulan Ramadan yang mulia ini dengan kesyukuran. Maklumlah last year 2020, puasa kat rumah, berbuka pun kat rumah sebab PKP. Tahun ini Mardiyyah Hotel & Suites, Shah Alam mengalu-alukan kedatangan korang sekeluarga ke Buffet Ramadan 2021 di Mardiyyah Hotel & Suites. 


Buffet Ramadan kali ini menawarkan aneka masakan tempatan dan juga pilihan antarabangsa, pendek cerita memang segala menu yang dingini ada. Kalau nak merasa makan western ada, kalau teringin nak makan lauk pauk kampung pun ada juga. Maklumlah kalau berpuasa memang kita teringin macam-macam menu kan. Paling best kalau bawa sekeluarga menikmati buffet ramadan di Mardiyyah Hotel senang nak memenuhi citarasa semua orang. Kita sebagai mak bapak memang gembira lah bila anak-anak yang belajar berpuasa berselera makan. 

RESIPI SOTONG GORENG KUNYIT

Assalammualaikum semua. Lama tak share resipi kan. Tak lama lagi dah nak ramadan dah. Lebih kurang 7 hari menjelang bulan puasa ni mesti ramai suri hati mencari resipi. Kali ni kolin nak berkongsi cara kolin masak sotong goreng kunyit!

 


ISTIMEWA PAKEJ BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADAN BERSAMA ME'NATE STEAK HUB

Kepada semua yang rindu berbuka puasa kat luar tu, marilah berbuka puasa di Me'nate Steak Hub. Satu jenama restoran yang tidak asing dan antara steakhub Halal yang terbaik di Malaysia tau. Tak mahu ketinggalan memeriahkan ramadan kali ini, Me'nate Steak Hub tetap turut serta mempromosikan pakej buffet ramadan dengan tawaran harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak.


Mengekalkan SOP seperti yang diarahkan, tetapi tetap meriah dengan lebih daripada 70 hidangan dari pelbagai pilihan barat dan juga tempatan. Selain itu ada juga pakej Ramadan Special Group Steak untuk semua yang merindui hidangan dari Me'nate Steak Hub. 


BITA V9, VITAMIN C DARI SHINJUMI OFFICIAL

"VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda cantik dan awet muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C" 

- sumber https://www.sinarharian.com.my/article/32382/LIFESTYLE/Femina/Manfaat-daripada-pengambilan-vitamin-C

 


Ternyata rata-rata kita semua menitikberatkan kesihatan ramai juga yang sudah mula perasan kepentingan Vitamin C. Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua Vitamin C dari SHINJUMI OFFICIAL. Seperti yang diketahui buah dan sayur adalah sumber terbaik bagi mendapatkan vitamin C. Tapi kini semua semakin sibuk, industri bekerja sudah bermula seperti biasa malahan ada yang terkejar-kejar dalam menjalani kehidupan sehari hari. 

 

KOLEKSI BAJU RAYA "MANISNYA SYAWAL 2021" DARI BAHARI ASYEK

Hey dah siap baju raya dah? Kalau belum kolin nak ajak korang semua memberi tumpuan kepada koleksi baju  raya "Manisnya Syawal 2021" dari Bahari Asyek. Semua koleksi  baju raya BAHARI ASYEK boleh korang dapatkan di facebook atau Instagram mereka. Kalau lagi senang, boleh terus Whatsapp mereka di 016-4819831 untuk pembelian. 

Bahari Asyek 03-5513 5310

Emel : bahariasyek@yahoo.com

Facebook: www.facebook.com/bahariasyek

Instagram:

www.instagram.com/bahariasyekofficial

Insta Online:

wwww.instagram.com/bahariasyek.co

 


CLOROX OMPUTEH BUANG BLACKHEAD DAN WHITEHEAD PADA KULIT MUKA

Masalah pada orang perempuan ni suka picit whitehead dan blackhead! Betul tak? Jadinya kena macam kulit muka macam kolin memang tinggal kesan atau scar hitam-hitam. Bukan pasal jerawat tapi pasal picit white head dan blackhead aje. Kadang-kadang ianya buat pori muka makin besar dan terbuka. Disebabkan itu kawan kolin ajak guna CLOROX OMPUTEH ni. 

CARA PAKAI CLOROX OMPUTEH

 

PEMINAT UDANG GALAH !! JOM KE D'EMPANGAN UDANG GALAH, PUTRAJAYA

D'EMPANGAN UDANG GALAH - PESONA BARU PUTRAJAYA 

Bila bercakap pasal Putrajaya mesti korang terfikir ada apa aje kan selain bangunan kerajaan yang cantik dan landskap yang menawan. Kadang orang ke sana untuk saja berjalan malam menikmati keindahan lampu-lampu yang cantik. Ataupun buat kaki jogging suka lah ke sana sebab taman semua lawa, pokok pun segar bugar. So buat kaki foodies mesti tanya ADA KE TEMPAT MAKAN SEDAP KAT PUTRAJAYA WEI???

Hey..meh rapat-rapat, now kat Putrajaya ada tempat makan sedap wei...LUBUK UDANG GALAH PUTRAJAYA nampak tak sepit udang terkeluar tu. Segala menu berasaskan udang galah ada disediakan di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Menjadi salah satu tempat makan yang kian popular di Putrajaya, D'Empangan Udang Galah yang terletak di Presint 5 ini memang antara yang wajib korang singgah. Konsep D'Empangan Udang Galah pula adalah sambil makan sambil berhibur ini memang menarik. Nanti kolin terangkan ye hahaha

nasi goreng udang galah

udang galah sweet sour

ROSE GOLD WATER, DARI BIO ESSENCE

Assalammualaikum semua. Korang suka pakai skincare apa? Selalu kolin share produk tapi mesti korang tertanya-tanya ROSE GOLD WATER, BIO ESSENCE. , pakai ke sampai habis! Well entri kali ini memang kolin nak kongsi satu produk yang kolin suka sangat pakai. Dan sampai habis!! 

                                                                  habisss weiiii

Kalau ikutkan Bio Essence adalah satu jenama skincare dipercayai. Ramai dah pernah guna kan, lagipun senang di dapati di farmasi atau pasaraya terdekat. Harga dia, tak mahal, tak murah..tak murah!! Tapi yang penting berbaloi. Untuk kulit yang sentiasa naik jerawat dan meningkat naik ke 40an ini produk rose gold water, bio essence ini memang terbaik.