Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

HIDANGAN NASI MENDI DARI RESTORAN JANNAT SABA' SEDAP BETUL

 Assalammualaikum korang. 

Buat peminat nasi mendi, ada port baru kolin nak kongsi. Tempat ini memang simple, dekat Ampang dan paling penting MURAH. 

Selalu kalau kolin makan nasi mendi mahal wei, yang ini boleh dikatakan berbaloi lah untuk poket sekeluarga terutama suami. 


ya betul, kedai ini orang melayu yang kolin nampak. Pandai dia masak...sedap tau.


Untuk makan malam kali ini kami ambil set ini. Dalam dulang ada nasi ayam dan juga kambing. Ada kuah iringan dan juga sambal. 

So makan ikut portion sendiri dalam dulang tu. 


KOLIN REVIEW RESTORAN JANNAT SABA'

Dalam satu dulang tu siap ayam dan kambing. Rasanya memang sedap wei. Nasi berderai, ayam dan kambing lembut sangat-sangat. Kedua-dua kuah tu pulak secukup rasa dan paling penting memang cukup untuk 4 orang sekeluarga makan. So kalau korang nak datang dengan kawan-kawan pun boleh. Satu dulang kongsi reramai. 

Ada beberapa set yang korang boleh pilih sebenarnya. So ikut lah selera masing-masing.

Inilah bil kami. RM79.00 untuk makan malam 4 orang. Rasanya berbaloi sangat. Sebab makan dia sedap weii...Cubalah nanti okay.



Sederhana sahaja restoran tak fancy sangat. Tapi selesa untuk sekeluarga makan dari kecil sampai orang tua. Datang dan cuba okay. Ni review ikhlas tau, doakan kolin murah rezeki ya korang. 

HIDANGAN NASI MENDI DARI RESTORAN JANNAT SABA' SEDAP BETUL !

2 comments:

  1. Wah menarik sangat nie Kolin.. nanti ada rezeki nak cuba juga lah bawak Abang Man dengan anak-anak ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kak sue..memang sedap. tapi baru pergi last week. harga naik lagi huhu

      Delete

loving me..loving you