Assalammualaikum korang semua. Sebenarnya banyak kali lalu depan Restoran Makan Sedap di Jalan Pahang ni. Yang memikat hati sebab semua seafood beratur dan mengunung kat situ. Memang macam pasar basah tau. Cara dia jual, korang ambil apa lauk korang nak dan akan di timbang. Harga timbang tu dah sekali masak lah. Satu lagi ini SEAFOOD, so harga memang mahal ye. Jangan lah bandingkan dengan kedai tomyam. Kolin kat sini sebab dapat gaji hahahah. So niat belanja keluarga makan sedap-sedap setiap gaji time.
Dia paparkan harga semua siap-siap. Masa timbang tu dia bagitahu juga berapa harga hidangan. Macam sotong dan udang kolin ambil tu buat sambal, dia cakap terus terang RM115 siap masak. Ketam sekor RM30, so kolin ambil 2 ekor. Jadinya siap masak RM60. Segala korang ambil dia akan bagitahu siap-siap. Kalau tak mahu boleh letak kembali tempatnya. Jangan risau tiada siapa akan marah atau judge. Lagipun duit kita kan, hak kita lah nak tau spend untuk tahap mana.
Kat sini bawa pinggan besar yang korang dah pilih semua lauk pauk yang hendak di masak. Dia akan timbang dan bagitau siap-siap harga.
Pilihan masakan pun ada kat situ. So korang boleh pilih siap-siap masa beratur supaya barisan tak lah panjang kan.
Meja makan banyak aje, tapi kalau waktu puncak memang jenuh juga.
Ni air ni bukan FREE macam buffet hahah. Ni korang order jug atau cawan. Nanti masa bayar bagitahu cashier apa yang korang minum okay.
ni lah tempat mereka bakar semua, betul-betul mengadap jalan besar jalan pahang tu, bertentangan dengan kedai motor.
Dan inilah pinggan kami. Semua lauk pauk dalam ni..hujung-hujung kolin bagitahu berapa harga okay.
RUANG MAKAN
Setakat yang kolin tengok memang banyak aje kerusi meja. Cuma kalau waktu puncak kena juga tunggu tempat nak duduk. Ada yang berbumbung dan juga tidak. Selesa la buat sekeluarga. Ramai aje datang dari kecil ke tua.
Nasi pun ambil sendiri, again bukan FREE tau. Masa bayar berapa pinggan nasi korang ambil. Kolin takut korang ingat ala-ala buffet dah termasuk dalam duit lauk yang dibayar tu. Ulam-ulam and pencicah free!!
REVIEW LAUK
Lauk pertama sampai, kerang gemuk. Yang ini memang meratah saja lah. Sebab lauk tak datang serentak. Memang kalau nak tunggu semua sampai, kebulur!
Ikan pari bakar, lauk kedua. Kegemaran alisa maisara. Sedap..kuah tu memang sedap. Anak-anak suka. Masa ni dah mula makan nasi sikit-sikit.
ni lauk ketiga, sotong goreng tepung. Selepas itu lauk ke empat sampai iaitu ketam sambal telur dan sambal udang harimau.
Last sekali ikan bawal bakar yang suami kolin suka. Again..perah limau dulu..sedap. suka...fresh..
Pada kolin memang okay makan kat sini. Tengah-tengah bandaraya KL kat Jalan Pahang lak tu kan. Korang dari Hospital Tawakal lama tu terus ke depan. Nampak sederet kedai motor, haa restoran tu bertentangan sahaja. So dia arah ke HKL semula.
Dah makan segala mesti korang nak tahu harga kan. Harga siap nasi, air dan semua lauk tu RM286.00. Ni makan seafood ..memang harga macam tu. Itu kalau nak makan sesekali masa dapat rezeki lebih, tak salahkan.
Kelemahan dia satu sahaja, tiada resit. Bayar boleh debit kad atau credit kad. Tapi resit apa yang kita makan senarai harga tu tak ada. Tapi dia bagitahu dah harga siap-siap awal masa sebelum masak tu. Cuma korang balik tak boleh tengok balik lah semua harga tu.
Lelain semua okay, layanan baik. Siap tanya makanan all okay ke tidak. Ha...last...dia tak mai serentak lauk-lauk tu. Nasihat kolin, apa sahaja yang sampai terus makan. Jangan tunggu oii...
Inilah dia review ikhlas kolin RESTORAN MAKAN SEDAP, JALAN PAHANG KUALA LUMPUR
ini bukan paid review atau sponsor ya. Ini sendiri ikhlas nak cerita dalam blog. Terima kasih baca blog kolin ya..babai
terliur plak aku tengok lauk pauk tu... huuu... sedappppp
ReplyDeletesesekali boleh ler..
Delete