Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog. Terima kasih buat semua yang terus menerus memberikan sokongan tuk kolin terus berblog dan berkongsi kisah.
AZAM 2022
Memang setiap tahun kita akan tukar azam. Rugi juga kalau tak simpan azam kan. Ni antara azam yang kolin cipta untuk diri sendiri. Doa laa kolin tercapai azam tahun 2022, walaupun kekadang semuanya ke laut dalam hahaha
No. 1
KOLIN NAK MENABUNG RM5
Well memang yang ini teringin nak buat. So kolin dah sediakan satu balang tinggi. Ala recycle balang popcorn hahahah. Minta anak bujang kolin tebuk bahagian atas untuk masukkan duit. So sekarang setiap kali ada duit warna hijau kita cuba masuk dalam balang tu. Balang tu dah pasang pelekat tebal tau. Tak boleh buka hahahah. Harap boleh lah disiplin menabung tu.
NO. 2
NAK DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL 60KG
Hal ini memang sukar buat kolin yang culas hahah. Umur meningkat dan kena kontrol dah berat badan. Makan malam pun kena elak nasi. So makan lebih sihat. Nak sihat bila meniti usia selepas 40an kan.
Untuk awal tahun 2022, setakat ini azam yang kolin ada. Selalu akan berubah bila dah bertukar bulan dalam setahun. Ada aim dan matlamat yang berubah-ubah sebenarnya.
Korang ada azam baru jangan lupa kongsi kat komen ya. Semoga semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan sepanjang tahun baru 2022.
SELAMAT TAHUN BARU 2022 BUAT SEMUA PEMBACA BLOG
babai
kakak aamiin kan azam baru kolin... aamiinnnnnn... Selamat tahun baharu 2022 buat adik kakak yang manis manja kelako .. sayang Kolin dunia akhirat.. lap lap u
ReplyDeletesemoga terlaksanakan... sis pun nak kuruskan badan jugakkk!!!
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Kolin.. semoga makbul lah azam tahun baru nie hokay..
ReplyDelete