Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Burn Cheese Cake & Cold Brew Coffee dari UNION ARTISAN COFFEE

haii korang..salam ramadan ke 28. Dan penghujung ini kolin nak berkongsi dengan korang menu moreh kolin beberapa hari lepas. Biasalah...kalau dah lepas berbuka, lewat sikit malam lapar sikit-sikit. Kali ni ada rezeki pula dari UNION ARTISAN COFFEE. Dia siap hantar Burned Cheese Cake yang viral tu dan jua Kopi Sejuk. Eh..sedap lahh...korang boleh 'check it out' di laman media sosial diaorang okay. 

#UNIONmakeusSTRONG #TakeUNIONHome 

Dah boleh order online dan mereka deliver ke rumah terus. Mana yang mencari kek cheese untuk hari raya atau nanti lepas raya nak sambut birthday ke kan. Mana lah tau dah jemu dengan kek dari kedai yang sama, boleh try kat sini. 


Buat 'coffee lover' pula, sila lah try kopi mereka. Satu kelainan sebab sejuk dan dalam botol macam hipstur gitu.




Inilah dia hidangan moreh kolin dua, tiga hari lepas. Nak cuba jangan lupa klik kat atas dan order terus okay. Terima kasih membaca entri ini.


SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN 

CARA BUAT CENDOL DI RUMAH!

Ha...siapa yang tak suka makan cendol? Dulu sebelum PKP ni memang banyak yang suka berlonggok bawah pokok sambil minum cendol kan. Lagi sedap kalau pepanas tu melepak minum cendol, jangan lupa pesan rojak sekali heheeh.Itu antara kenangan sebelum ini lah. 

Dah disebabkan semua tak boleh berniaga, tapi jiwa tu teringin nak makan cendol. So kolin pun buat sendiri oi..Resipi buat air minuman cendol ini mudah aje. Jom korang buat sesama, petang ni boleh hidangkan pada seisi keluarga.


 
Ini barang yang perlu korang ada
 
~Cendol ready made (beli kat kedai runcit jerr)
~Santan Super Light @ayambrandmy
~Gula merah/melaka
~ais secukupnya 
 
Caranya:

1. Letak cendol dalam bekas
2. Masukkan gula merah yang telah di masak dan dicairkan.
3. Masuk santan super light tu
4. Buh ais secukupnya. Kacau kacau sampai rata. Dah siap!

haa mudah kan, lagi satu korang yakin bersih sebab buat sendiri. Jangan risau korang, rasanya memang sesedap kat kedai. Nak lagi power boleh lah perah santan sendiri. Kolin guna santan light tu untuk jaga kesihatan.Santan selalu kang kolesterol naik pula. Kalau nak tahu, rasanya sama aje..sedap!

SELAMAT MENCUBA!

RESIPI AYAM PERCIK PALING SIMPLE

Assalammualaikum korang semua. Resipi paling mudah nak share juga dengan korang. Walau bulan ramadan bakal berlalu nanti, mana tahu masih ada yang nak cuba memasak ayam percik sendiri di rumah kan. Lagi bersih dan sudah tentunya satu keluarga akan suka dengan masakan kita. Masa ini lah nak bagi anak dan suami merasa air tangan kita kan.


Ini caranya nak buat ayam percik sendiri, kat rumah sendiri, tak payah membeli.

RESEPI AYAM PERCIK PALING MUDAH
.
Okay jom tengok resepi di bawah.
BAHAN-BAHAN A • 1/2 ekor ayam
• 2 kotak santan @ayambrandmy yang saiz kecil
• 1 sudu teh pes asam jawa (bancuh dengan air)
• 1 sudu teh halba
• Air secukupnya
• Gula dan garam secukup rasa
.
BAHAN-BAHAN B (DIKISAR) • 15 tangkai cili kering (saya guna 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar)
• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1 inci halia
.
CARA MEMASAK

1. Bersihkan ayam, kelar dan toskan. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.
 
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, asam jawa, halba, gula, dan garam.
 
 
3. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak. Pastikan kuah tadi sebati dengan ayam.
 
4. Letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar hingga masak sepenuhnya dan sedikit garing. Sambil tu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan supaya ia melekat cantik.
 
5. Siap dan sedia untuk dihidang.
 
 
.
Selamat mencuba!
kredit: Miss Nick Kitchen
 
Inilah hasilnya...itu gambar kolin tau. Bukan duk ceduk kat memana ye. Memang ikut aje resipi tu dan jangan derhaka. Insha Allah elok kejadian ayam percik kita tu. Satu lagi, kolin siap repeat buat sampai 3 kali tau. Sebab memang sedap betul laa..

Cuba okay...Selamat berbuka puasa semua :)

TONY ROMA'S MALAYSIA RAIKAN HARI IBU

Assalammualaikum semua!!! Kolin harap masih belum terlambat untuk kolin nak wish semua wanita yang bergelar ibu "Selamat Hari Ibu" atau "Happy Mother's Day".

Tahun 2020 ini istimewa sikit sebab wabak pendamik iaitu Covid19 kan. Ingatkan tiada apa yang istimewa tapi, syukur rezeki ada. PR dan team mereka tak pernah lupakan kolin blogger yang sendu ini. Sentiasa ada sahaja kejutan yang diberikan. Masa dapat mesej ada penghantaran bagi menghargai para ibu tu memang seronok. Ye lah..dah la bulan puasa, memang kolin tak memasak lah hari tu. 


Ucapan terima kasih buat Tony Roma's Malaysia yang sudi menghantar set hidangan untuk kolin sempena hari ibu yang lalu.


Sampai ke pintu rumah tau. Untuk korang yang teringin nak berbuka dengan Tony Roma's hari ini, sila order online okay. Be safe, jangan keluar rumah dan jangan terfikir nak makan kat luar ye. Cubalah elakkan! Sekarang dah mudah, order sahaja di hujung jari dan semua sampai depan rumah. Bekas makanan mereka tu semua boleh dipanaskan dalam microwave oven. So jangan risau kalau sampai dah sejuk okay. Terus boleh dipanaskan semula untuk berbuka nanti.


Inilah dua hidangan yang kolin terima hari tu. Dua set ini memang signature la kiranya kalau lunch kan. Set beef rib dan juga chicken set. 

Terima kasih sekali buat Pak Leh dan team Tony Roma's yang selalu raikan blogger! Semoga dimurahkan rezeki selalu :)

GUARDIAN MALAYSIA LANCAR SIRI THERMAL EKSKLUSIF TOKIDOKI YANG UNIK



Nikmati hidangan dengan koleksi bekas tahan panas dan sejuk Guardian tokidoki!
 
Berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki, jenama gaya hidup antarabangsa yang terkenal dan ikonik pada Oktober lalu, Guardian Malaysia hari ini melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Malaysia dan Singapura berkata;
“Kami sangat teruja untuk melancarkan promosi belian dengan belian untuk para pelanggan kami dan berdasarkan respon yang diterima daripada pelanggan untuk promosi siri kembara Guardian tokidoki yang lalu, kami percaya kolaborasi terbaru ini bakal mendapat sambutan yang lebih hangat.
 
“Seperti yang anda ketahui, tokidoki adalah sebuah jenama yang telah mencapai tahap pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Simone Legno.”

#STAYATHOMEMEAL DARI TONY ROMA'S MALAYSIA

Sebenarnya ini sebelum bulan puasa tau. Masa tu teringin dan teringat sangat dengan Tony Roma's, dah lama tak keluar rumah kan. So happy bila dapat tahu mereka ada provide penghantaran ke rumah hari tu, terus order sis! Seronok kita sekeluarga, dapat melepas rindu makan makanan kegemaran kami sekeluarga. INI SEBELUM PUASA, LAMBAT UPDATE



Ada 3 hidangan utama untuk #stayathomemeal dari TONY ROMA'S MALAYSIA iaitu:

- BBQ Chicken Strip with Asian Dressing and Mediterranean Rice cuma RM12 sahaja

- Crispy Chicken Strip with Asian Dressing and Aromatic Rice cuma RM12 sahaja

- Crispy Breaded Fish with Asian Dressing and Aromatic Rice RM12 sahaja


Selain itu ada 'soft drink' dalam menu tu juga. Selain itu ada Bountiful Beef Ribs RM52.80, BBQ 1/4 Chicken RM24.80, Spicy Chicken Pasta RM24.80, Aromatic Rice with Asian Deligh Chicken RM24.80 dan Mojo Chicken RM18.80. Mereka akan hantar mengunakan LalaMove, BungkusIt atau pun GrabExpress. Simple aje..dah order jangan lupa #JomTonyRomas.

Chopp...tapi ini promosi sebelum puasa guys. Untuk promosi terkini bulan puasa sila ke sosial media mereka dan tengok sendiri tau.

Selamat berpuasa semua!!!

ORDER E-JUADAH RAMADAN DARI SACC DAN KELAB GOLF SERI SELANGOR

Assalammualaikum korang semua. Dah berpuasa kan kita. Hari ini dah masuk hari ke 10 berpuasa dan sudah tentunya korang semua dah macam 'chef' masak macam-macam. Samalah dengan kolin. Tapi kolin rindu sangat nak pergi ke hotel atau mana-mana tempat bagi berbuka puasa dengan buffet ramadan. Rinduuu...

Disebabkan itu, kolin terus teringat salah satu tempat kolin suka berbuka dulu iaitu Shah Alam Convention Centre (SACC) tu. Terus tengok sosial media diaorang rupanya ada servis E-JUADAH yang kita boleh order online dan terus di hantar ke depan pintu. Haaa..ini lah dia pelepas rindu makan buffet ramadan kan. Kalau korang nak tau SACC adalah dimilik sepenuhnya oleh PKNS dan ianya adalah tempat prngurusan acara dan khidmat catering. Dan pada 2014, SACC telah diberikan kepercayaan untuk melebarkan kepakarannya di dalam menguruskan Kelab Golf Seri Selangor (KGSS).



E-JUADAH RAMADAN 2020 bermula dari 24 April sehinga 21 Mei 2020. Harga bermula dari serendah RM4.00 untuk satu hidangan dan harga set ramadan adalah RM90 sahaja. 

Untuk order korang kena ke dua link ini.

1. https://sacc.beepit.com
-Tempahan boleh dibuat sehingga 6 petang untuk penghantaran pada hari yang sama (konsep foodpanda/grabfood)
-Set Ramadan tidak dijual di platform ini kerana masa yang diambil untuk penyediaan adalah lebih lama maka tempahan lebih awal perlu dibuat.

2. https://sacc.storehub.me
- Tempahan perlu dibuat sebelum jam 2 petang untuk penghantaran pada hari yang sama.
- Tempahan awal boleh dilakukan mengikut tarikh penghantaran pilihan anda. 


Dan korang yang rindu nak makan buffet ramadan di Kelab Golf Seri Selangor tu boleh lah order. Kini menu ala carte pun ada Chef siapkan tau. Ada udang masak lemak cili api, ikan masin masak lemak nenas, daging goreng berlado, ayam kerutup dan pelbagai lagi. 

Kalau korang nak set ramadan macam kolin ni, korang boleh tengok 3 pilihan set yang ada:

SET KEBULI

BUAH TAMAR
BUBUR LAMBUK TIGA ABDUL
SALAD ARAB
NASI KEBULI
KAMBING BAKAR KEBULI
AYAM BAHMIA
RENDANG TELUR PUYUH
PAJERI TERUNG
KUIH BUAH MELAKA
KUIH TEPUNG PELITA 
BUBUR JAGUNG
AIR KHATIRA

SET NASI AMBENG (yang ini kolin order)

BUAH TAMAR 
MURTABAK RAJA
KERABU AMBENG
NASI PUTIH
MEE GORENG KAMPUNG
AYAM MASAK SEMUR 
UDANG MENTEGA TELUR MASIN
SAYUR GORENG JAWA
SAMBAL KENTANG 
POPIAH PISANG COKLAT
KUIH LOPIS
BUBUR KACANG HIJAU 
AIR BANDUNG SODA



SET NASI AYAM LUNAK

BUAH TAMAR 
ROTI JALA DAN KARI KENTANG
ULAM DAN SAMBAL BELACAN
NASI PUTIH
AYAM BAKAR
IKAN PEPES
KETUPAT SOTONG
TERUNG SAMBAL 
BEGEDIL
KUIH KETAYAP
KUIH TALAM 
BUBUR SUMSUM
AIR BANDUNG CINCAU

Jadi tak perlu murung pun kalau musim PKP tak leh makan buffet ramadan. Kita buat buffet dalam rumah okay. Jangan lupa order korang, cukup berbaloi dengan harga RM90 tu..makan 4 ke 5 orang tau. Tapi pandangan peribadi kolin lah kan, leh makan 7 ke 8 orang lah, banyak sangat. Siap membawa ke sahur haaa...


Lepas rindu dengan hidangan Kelab Golf Seri Selangor...Alhamdulilah Syukur!!!

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam BrandTM #DudukRumah

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam BrandTM #DudukRumah

Anda telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara anda yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.

Apa yang boleh anda lakukan?

Mari sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah.Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.

1.    Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur

A bowl of food on a table

Description automatically generated

Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda bolehmenyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.
https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html

2.    Pizza Tuna

A plate of food

Description automatically generated

Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda dan tambah sedikit jagung manisAyam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html


3.    Nasi Lemak Pandan

A plate of food with rice and vegetables

Description automatically generated

Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html


4.    Pasta Sardin

A plate of food with a fork

Description automatically generated

Seminggu anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html


5.    Kari Mackerel

A plate of food on a table

Description automatically generated

Tidak pernah masak kari tapi anda teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.

6.    Kentang Tuna Pedas

A plate of food on a table

Description automatically generated

Anda hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang anda ada. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html

7.    Sardin Gulung Goreng

A plate of food and a cup of coffee

Description automatically generated

Raikan kejayaan anda dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html  untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat.

DISINFECTANT SPRAY & ANTIBACTERIAL MULTIPURPOSE SANITIZER HARGANYA CUMA RM2.10 SATU. HANYA DI ECO SHOP!!

Assalammualaikum semua, dah PKP KETIGA tau hari ini. Tetap kena berhati-hati dan berjaga-jaga okay. Siapa yang tak pernah pergi kedai RM2 hahaha. Alah kedai RM2.10 yang dikatakan kedai paling berhantu di Malaysia. Masuk nak beli satu barang, keluar terus tiga plastik barang. Dari bajet RM2.10 terus ke RM120.20 haa...siapa yang tak tahu kan. Masuk situ macam-macam kita beli hihi

Kebetulan masa tempoh PKP kolin ada ke kedai Eco Shop yang ada dalam kawasan taman rumah kolin. Nasib baik lah kan. Dalam membeli penyapu lah, jug air baru lah, sekali kat kaunter depan nampak dua barang yang memang kita hunting. Dan ada jual mask 3 ply juga key, 50 pcs harganya RM52.00 tak silap kolin. Tapi elok dalam bungkusan lah. Bukan RM2.10 ya mask tu. Tapi lagi murah dari online yang RM70 untuk 50 pcs tu.



Okay 2 item yang kolin beli ini satu untuk spray barang-barang atau tombol pintu rumah. Kalau ketua keluarga keluar beli barang pun boleh guna juga tau. Balik membeli barangan keperluan, sebelum masuk kereta spray dulu badan baju. Kemudian spray lagi kat barang-barang, naik rumah boleh spray lagi. Harga untuk 100ml cuma RM2.10 sahaja. 

Dan item satu lagi Ganso tu, bentuk cecair bukan gel. Boleh gunakan untuk bersihkan tangan atau permukaan. So harga sama RM2.10 juga. Terpulang lah korang nak beli atau tidak, kolin beli dan pakai. 

Dan kalau korang nak tahu jenama terkemuka semua habis di pasaran. Dan menjadi satu trend pula ramai keluarkan sanitizer jenama sendiri kan. Terpulang, rezeki masing-masing. Cuma ada yang jual mahal tu, kolin kesian juga kepada golongan yang tak mampu tu. 

So untuk korang yang mampu, boleh lah beli dengan ramai pengeluar sanitizer kalau tengok di laman media sosial. Siapa yang dalam sukar, tapi kita tetap kena usaha agar terhindar dari covid19 ni, cuba beli yang ini okay. 2 item ini modalnya cuma RM4.20 sahaja. 

Setakat ni kolin pakai okay aje. Tapi kolin beli satu-satu, jangan panik beli banyak-banyak. Kesian orang lain pun nak beli juga okay. Ingat beli tu..ingat orang belakang juga. Ada ramai golongan tak mampu nak beli RM10 tuu..so yang ini cuma RM2.10 satu.

Semoga perkongsian hari ini dapat memberikan korang satu idea mana nak cari sanitizer murah demi poket yang makin menipis tu. Yang nak tanya elok ker tidak ka apa, boleh beli dari kapatalis yang duk kuarkan sanitizer atas nama mereka. Kilang yang sama, label aje lain..boleh juga. Terpulang pada poket memasing okay. Rezeki memasing....Take care korang...jaga diri. Duduk rumah dan #kitamestimenang. Terima kasih kepada semua barisan hadapan, jasamu hanya Allah SWT sahaj membalasnya. 

PATUHI LAH ARAHAN PKP, TOLONG DUDUK RUMAH !

Assalammualaikum semua. Dah masuk hari ke 26 kita semua duduk rumah. Perintah Kawalan Pergerakan yang memberi kesan kepada semua. Yang kita duduk rumah bosan, bayangkan yang kerja hospital mengadap orang sakit hari-hari. Bayangkan ATM, PDRM dan lelain yang duduk tengah panas dan hujan ribut tu pulak. Semua kerja keras, sebab apa, NAK BANTU KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA. 

Kolin faham ada yang tidak bekerja dan tiada pendapat masa PKP ni. Kolin mohon sekiranya ada pembaca kolin yang kenal asnaf atau mana-mana keluarga yang tiada barang untuk makan, atau terlalu sempit pada fasa PKP ini sila hubungi kolin. Komen kat bawah atau terus ke socmed kolin. Emel terus pun boleh di collin3108@yahoo.com. Kolin tak dapat letak nombor handphone kat sini. Bahaya pulak, masalah nya kolin pun cuma ada satu handphone, kalau ada support nombor tak apa. Kalau tak boleh, minta sesiapa maklumkan kolin ya. Kita cuba pastikan semua yang di dalam tempoh PKP ini dapat makan dan bertenang duduk dirumah. 

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ini kerajaan buat bukan untuk susahkan kita kawan-kawan. Dia nak bantu kita supaya kita semua terselamat dari virus covid19. Korang tau kan virus tu tiada ubat, tiada vaksin dan boleh menjuruskan kepada kematian. Kalau kita keluar kerja, terkena virus ini, menyusahkan diri dan keluarga. Bayangkan pula, anak-anak kita pula kena, kita tak mahu kan. 

Sekali lagi, kolin perasan banyak pula kereta atas jalan. Korang PLEASE STAY AT HOME, SILA DUDUK RUMAH. Bantu kerajaan dan semua 'frontliners' untuk menanggani masalah ini. #kitamestimenang. Lagi 10 hari nak berpuasa, kita nak beraya pulak lepas tu. Nak ker kita beraya dalam keadaan sekarang? Duduk rumah tak ke mana, duduk rumah makan apa ada, tak merasa rendang kat kampung! Tak mahu kan!!

Jadinya, jom lah kita sesama patuhi arahan PKP. Duduk rumah....

1. Masak
2. kemas rumah
3. lap rumah sampai berkilat
4. cat rumah
5. buat senaman bersama keluarga. Buat lah sit up challange atau plank challenge macam keluarga kolin. 
6. Cari dropship dan mulai berniaga online okay. Rezeki PKP ni lain macam tau. 
7. Sentiasa berdoa dan jangan putus asa. 
8. Buat lah rumah tu macam syurga kita, jangan pernah rimas kena duduk rumah okay.

Semoga semua yang baca ni dimurahkan rezeki. Kalau ada yang susah jangan malu! Kita sesama kongsi rezeki ya. Kita pastikan semua tak ketinggalan #nobodyleftbehind. Stay safe semua. Take care

ENYA MEMBERIKAN SOKONGAN DAN UBAH SEMULA PEMAHAMAN WANITA KETIKA PENJAGAAN DATANG BULAN



Tuala wanita PERCUMA untuk semua kaum Hawa
Enya memberikan sokongan dan ubah semula pemahaman wanita tentang penjagaan ketika datang bulan


Dalam tahun pertama sejak dilancarkan, jenama yang diterajui oleh milennial, Elaine Hong selaku Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutifnya, ingin mengubah cara kaum wanita melihat dan membeli produk penjagaan peribadi dan betapa pentingnya perkara tersebut. 

Enya, sebuah syarikat berasaskan teknologi diterajui wanita telah mendahului industri penjagaan peribadi wanita sejak dilancarkan pada tahun 2019 di Malaysia dengan produknya yang dijamin diperbuat daripada bahan organik. Terbaharu dalam usaha mereka untuk menawarkan penyelesaian holistik kepada golongan wanita moden, syarikat ini telah melancarkan produk baharu yang diperbuat daripada kapas organik dan ditawarkan secara PERCUMA kepada pengguna. Syarikat yang dikenali dengan pengalaman pengguna yang selesa semasa datang bulan ini kini telah melebarkan operasinya di Singapura dengan pelanggan setia tersendiri. 

“Kaum wanita kini lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan pada badan mereka khususnya apabila melibatkan penjagaan peribadi. Mereka membuat kajian sendiri untuk memastikan produk yang menjanjikan hasil yang terbaik dan syarikat pengeluar yang mempunyai nilai-nilai yang sama,” kata Elaine Hong. 



Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Elaine Hong, Enya menjadi jenama pilihan wanita yang menggemari elemen aestetik milennial, bahan-bahan yang diyakini dan terbaharu - langganan percuma seumur hidup. Jenama mereka menjanjikan tuala wanita daripada bahan kapas organik terus ke pintu pelanggan, mengikut kekerapan penggunaan mereka. Buat masa ini, Enya menawarkan dua produk yang boleh dibeli secara dalam talian yang menepati inisiatif mereka untuk menyokong dan menawarkan tuala wanita berasaskan bahan organik kepada kaum wanita. 

Tuala wanita kapas organik ‘Enya Basics’ : Penghantaran tuala wanita terus ke pintu setiap bulan secara mudah. Apabila anda melanggan Enya, pemotongan kad anda akan dibuat secara automatik mengikut kekerapan yang dipilih sama ada15 hari, 30 hari atau 45 hari. Kami akan menghantar email peringatan sebelum menghantar produk anda. Anda juga boleh menjarakkan atau membatalkan langganan anda tanpa mengira masa atau tempat. Pek pertama adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar kos penghantaran sebanyak RM10.00. Kos penghantaran tambahan RM8.00 akan dikenakan bagi pek kedua dan seterusnya. 



Penjagaan peribadi wanita daripada kapas organik “Enya Premium” - Kapas organik menawarkan pengudaraan yang lebih baik dan mesra terhadap kulit untuk bahagian tubuh yang sensitif. Sebab itu tuala wanita Enya menjadi pilihan wanita yang menitik beratkan keselesaan. Harga biasa adalah RM18.00, manakala pelanggan bulanan boleh mendapatkan potongan harga 17%, dengan harga RM14.90. 

Enggan menganggap datang bulan sebagai subjek sensitif untuk dibincangkan, Elaine berkata, “Kita semua sudah faham bahawa kitaran haid mempunyai kaitan dengan keseimbangan tubuh badan. Sebab itu kami berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk mewujudkan satu komuniti yang membolehkan wanita untuk berbincang tentang topik seperti ini secara terbuka. Kami hendak memastikan ada pilihan bagi penjagaan peribadi wanita yang mudah didapatkan menerusi Enya Basics. Kami juga mengajak kaum wanita di luar sana untuk menyertai perjalanan kami ini”. 

Tuala wanita kapas organik Enya menampilkan lapisan luar yang diperbuat daripada kapas organik yang mesra terhadap kulit tanpa penggunaan pewangi dan bahan kimia. Dengan ciri-ciri amat tipis dan cepat serap yang ada, anda pasti terlupa seketika yang anda sedang menggunakan tuala wanita ini sepanjang hari. 

Sejajar dengan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) di Malaysia, syarikat ini mempergiatkan penggunaan platform dalam talian mereka untuk menguar-uarkan tentang tuala wanita yang boleh didapatkan secara percuma. 




Dengan bekalan tuala wanita yang berkurangan di kedai-kedai dan semua orang mengehadkan pergerakan meeka, Enya mahu kaum wanita tahu bahawa jenama ini akan terus memenuhi keperluan peribadi mereka setiap hari

PENTINGNYA ADA DUIT SIMPANAN, KALAU TAK ADA JOM MULA SEKARANG!

Assalammualaikum semua. Entri ini kolin buat atas saranan seorang kawan. Thk you Azlinda, you make me come forward to say a few things.

Sebenarnya kolin bukan lah pakar, bukan bijak pandai pun tau. Tapi ini atas dasar pengalaman hidup yang kolin sendiri lalui. Dan ini lah dia sedikit pengalaman yang kolin nak berkongsi. Kolin banyak kali tanya kat orang 'KO ADA SIMPANAN SOLID 10K'?. Dengar macam kurang ajar sangat kan. Tapi itu lah dia, yang selalu aku tanya masa melepak dengan kawan-kawan. In fact sebelum covid19, aku tanya ramai kawan-kawan. Jawapan yang selalu dijawab...TAK ADA. 

Hurmm...gaji kecik, nak makan pun tak cukup macam mana nak menyimpan. Itu antara alasan yang selalu kolin dengar. Anyway itu lah alasan aku dedulu. Gaji tak cukup, nak menyimpan memang tak lah. Makan pun tak cukup, hutang melambak-lambak. Jadinya masa aku memuda dulu, memang tiada saving at all. TAK ADA!! Tapi ada satu kisah terjadi, macam rasa kena tampar, sejak tu aku mula menyimpan. Cash dan juga dalam Tabung Haji mahupun ASB. Bayangkan aku mula dalam RM10 sebulan tau. Tapi aku kuatkan semangat dan teruskan dalam diam. Mana tips menyimpan RM1 sehari pun aku ikut dah berapa tahun. Duit syiling sampai bertin-tin tau. Buat dah beberapa tahun! Orang holiday, beli kereta baru, shopping dan apa pun, aku chill aje. Paling-paling aku teringin beli la cincin emas baru..hahahhaa.

Dan sekarang dalam krisis covid19, aku syukur dengan keadaan saving yang ada. Boleh bantu keluarga dan mak aku sendiri. Bersyukur tindakan 'paksaan' tuk saving push diri sendiri tu aku buat. 

PENTINGNYA ADA SIMPANAN,KALAU KORANG TAK ADA MULA SEKARANG

Sekarang kalau korang perasan pelbagai bantuan yang kita dapat. Dengan pakej rangsangan BPN, 6 bulan kita tangguh pinjaman kita dan ada juga orang-orang lain dapat bantuan lain tu. So korang ambil lah kesempatan ini. Bila mana dapat bantuan dan kita semua dapat skip 6 bulan bayaran pinjaman tu simpan dengan cara berhemah. JANGAN SHOPPING! JANGAN INGAT ITU DUIT LEBIH!Target simpan semua dan kalau nanti semua tu akan berguna. Simpan bebaik korang! Simpan duit yang terlebih dari pembayaran loan yang boleh ditangguh tu. CASH IS KING!

Bukan semua boleh dibeli dengan duit. Tapi tanpa duit semua akan hilang, malah kasih sayang pun terbang melayang. So belajar dari kesilapan aku dulu yang tidak menyimpan. Sekarang aku paksa anak-anak menyimpan, baru sekolah aje pun, tapi tetiap bulan duit belanja sekolah yang mereka saving aku minta dah masukkan dalam tabung haji mereka. Inilah dia, inisiatif yang kolin terapkan. 

Buat korang yang tak ada simpanan. Target seribu setahun nak simpan. Lelama target lebih sikit okay. Simpanan tu penting. Jangan ikut orang nak bergaya kereta baru atau kereta besar. Kalau duduk rumah sewa, belajar duduk rumah sendiri, beli rumah!!! Jangan nak bergaya duduk rumah besar, rumah hebat, kereta hebat dan lelain. Kalau banyak loan credit card atau loan peribadi, try minimalkan. Kurangkan segala-galanya..kita cuba sesama okay. 

Itu sebab kolin bawa kereta umur 16 tahun tu, pasal tak mau ada hutang. Kenapa beli rumah satu aje, sebab tak mahu hutang. Umur 50 tahun bersenang lenang tanpa hutang, saving untuk anak-anak belajar sampai cukup, itu azam kolin.

Okay lah korang, kolin harap tak ada lah yang meluat baca entri ini ye hahahah. Ini sekadar picisan pengalaman kolin yang nak kongsikan dalam blog sendu ini. Semoga korang dapat sedikit pengajaran dan manfaat untuk semua. 

START MENYIMPAN DARI SEKARANG OKAY. Susah-susah mulakan dengan RM1 sehari yee. Kita cuba!