Rokok? Masalah ini memang dah lama membelenggu masyarakat kita sebenarnya. Merokok dikatakan mampu merosakkan kesihatan individu. Satu tajuk yang selalu dibahaskan di mana-mana jua. Namun begitu, pelbagai alternatif yang telah di cipta bagi membantu perokok tegar untuk berhenti dari terus merokok. Cara behenti merokok mengunakan alatan yang berisiko lebih rendah. Tiada pembakaran, tiada habuk atau pun asap lagi yang menganggu gugat orang sekeliling. Namun pengumuman baru-baru ini agak mengejutkan industri yang sudah memulakan usaha mencari alternatif bagi membantu perokok tegar untuk berhenti, iaitu pengenaan cukai.
Namun begitu, suami pernah pasang niat hendak berhenti dari merokok. Mungkin ada satu alat yang dapat membantu dia berhenti dari terus merokok biasa tu. Nak berhenti terus, memang susah!!! Jangan cakap senang tau, sebab kita sendiri bukan perokok.
Kebanyakkan syarikat tembakau sudah beralih arah untuk 'smoke-free' kalau korang nak tahu. Dan disebabkan itu ada pelbagai yang telah dicipta. Contoh macam gambar bawah ini, memang suami kolin sendiri gunakan sebagai salah satu cara berhenti merokok tembakau. Simple dan asap dia pun wangi lah bau. Ada pelbagai perisa hehehe
Tiga perkara yang bagus pengunaan alat alterntif ialah:
1. Bebas asap yang membahayakan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling.
2. Tiada lagi habuk rokok yang menyumbang kesan buruk kepada alam sekitar.
3. Tiada lagi pembakaran yang memberi kesan kurang baik kepada tubuh.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you