Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CARA HIDUP SIHAT

Berapa ramai dari kita semua jalani CARA HIDUP SIHAT? Tanya orang, tapi diri sendiri pun baru mula. Tahun ini kolin dah masuk umur 40 dan baru ada kesedaran untuk mula bersenam ringan dan makan yang berkhasiat. Namun begitu, susah juga kalau buat sorang-sorang dan tiada teman. Pergi briswalk sendiri aje, tapi kolin bernasib baik sebab kawasan perumahan kolin ramai yang suka berjogging sekeliling flat aje. Sangat praktikal dan tak perlu drive untuk ke taman untuk beriadah. Malas nak ke sana, cari parking dan ramai orang. Kalau kawasan perumahan ni, memang semua jiran yang kolin kenal dan jumpa hari-hari. Best kan!



Hari pertama kolin turun dan berjalan 4 kilometer. Setakat ni memang tak berjogging, takut juga badan terperanjat. Lagipun kolin takut salah berlari kaki sakit, lutut pun sakit. Sementara tak sakit kaki dan lutut ni baik jaga bebetul. 

Masa mula nak buat cara hidup sihat ni memang kolin malas sangat. Lepas subuh, biasa baring balik. Tapi terasa badan makin gemuk hahaha. Itu sebab mula berjalan tu. Dah tau tips dah, pusing 2 kali flat ni dari blok A ke blok E dapat 1 kilometer. So kalau tak pakai fitness band tu kita tau kira sendiri. Setakat ni kolin mampu buat 4km sahaja berjalan. Itu pun dah buat heart pumping. Ada pernah sekali buat 5km memang terasa betul letih. Tak tahu lah yang korang berjogging 10km tu memang kagum betul. 





Ada ramai kawan DM lepas tengok IG Story kolin mula berjalan tu. Sekmua bagi semangat dan kata buat perlahan-lahan ikut kemampuan sendiri, jangan ikut orang lain. Tu ada yang kawan gelakkan 4 kilometer, kolin gelak lah sama. Tak apa lah sekurangnya dah cuba untuk buat konsisten 3 minggu sekali. Kalau ikutkan masa PKP tu buat senaman dalam rumah aje ikut utube walk at home tu. Saja kali ini nak bersosial dan kenal-kenal jiran sepanjang WFH ni. Kalau tak biasa pergi kerja gelap pagi dan balik kerja gelap malam. 

Harapannya semoga semangat cara hidup sihat ni akan kekal menjadi satu matlamat dalam hidup. Nak sihat dan nak jaga kesihatan sendiri untuk keluarga dan yang tersayang. 

Korang semua jangan malas tau, start hari ini CARA HIDUP SIHAT!

2 comments:

  1. Bagus-bagus. Marilah kita sama-sama mengamalkannya secara rutin.Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam hihihi... (dah gemok baru insaf kembali )

    ReplyDelete
  2. wahhhh bagus sis kolin jauh juga tu dapat 4KM lebih. sy pun bekerja WFH banyak duduk aduhai nak kena mulakan sesi Senam From Home pula lepas ni hehe

    ReplyDelete

loving me..loving you