Tak sangka 2020 akan berlabuh pergi, namun jangan lupa 2021 menanti. Mungkin 2020 waktu sekolah sangat singkat, disebabkan pandemik yang melanda satu dunia. Namun begitu tahun 2021 sesi persekolahan bakal bermula seperti biasa, itu yang kita harapkan. Macam biasa saiz kaki anak-anak turut berubah. Kolin memang biasa dapatkan kasut sekolah terbaik dari Pallas. Setiap kali mesti beli kasut sekolah dari jenama yang sama. Keselesaan bila anak-anak sarung kasut sekolah ini memang tak boleh di pertikaikan.
Anak kolin yang pertama akan naik ke Tingkatan 3 dan yang kedua akan naik ke Darjah 6 tahun hadapan. Keduanya bakal menempuh tahun peperiksaan yang penting, sudah tentu kita nak bagi yang paling selesa buat mereka berdua. Mesti korang semua nak tahu apa dia keistimewaan kasut dari Pallas kan! Jom kolin senaraikan apa keistimewaannya.
KASUT SEKOLAH TERBAIK DARI PALLAS
Yang penting kasut dari Pallas mempunyai kusyen tumit getah (Rubber Insole). Ianya dapat memberikan lantunan yang lebih baik, lebih selesa dan menyerap hentakan dengan lebih bagus. Tapak kasut getah juga berupaya menjaga dan memberikan cengkaman yang kuat. Dengan itu, anak-anak dapat mengelak dari terjatuh, cedera dan sebagainya.
Ciri tambahan pula kusyen tumit dengan gerbang sokongan (Insole with Arch Support) yang dapat melegakan ketegangan pada otot kaki dan lebih selesa walau dipakai dalam masa yang lama.
Kebiasaan anak-anak akan pakai kasut dari pagi subuh sampai ke lewat petang. Sudah tentu semua kriteria ini menjadi pilihan ibubapa yang prihatin akan keselesaan anak-anak kita sendiri.
Selain daripada ciri-ciri keselesaan, kolin juga tengok pada rekaan kasut. Kasut sekolah Pallas memang cantik dan moden. Anak-anak pun suka bila pakai kasut tu nampak bergaya. Ye lah anak-anak sekarang dah pandai memilih gaya masing-masing. Tapi bila kolin pilih kasut jenama ini, kedua-dua anak terus setuju, senang...ambil dan bayar.
Untuk ibubapa yang masih mencari kasut sekolah baru, maklumlah saiz kaki sudah pasti berubah. Mahu atau tidak memang kena beli kasut baru kan, boleh lah beli terus di www.wow2wee.com
Kalau ada masa dan nak dapatkan terus pun boleh sahaja. Korang boleh ke pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia iaitu AEON, Tesco, Mydin dan sebagainya.
Pendapat peribadi kolin yang dah bertahun-tahun beli kasut sekolah anak ini memang tahan lama. Biasa dah 3 atau 4 bulan cepat rosak, tapi kasut dari jenama ini bertahan sikit. Jimat dari segi pengunaan dan harga pun memang mampu milik. Design pun lawa-lawa dapat memikat hati anak-anak. KASUT SEKOLAH TERBAIK DARI PALLAS memang tak boleh di sangkal. Jangan lupa tengok website tu dulu okay, mana satu nak beli, senang korang nanti.
Kak Sue pun pilih kasut Pallas juga untuk anak Kak Sue..
ReplyDelete