Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review

PERTAMA DI MALAYSIA 64MP QUAD CAMERA SNAPDRAGON - Pelancaran telefon pintar realme XT di Malaysia

realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai 64MP Quad Camera Snapdragon. ​Ia adalah yang pertama Malaysia di mana menyediakan resolusi gambar yang terbaik dengan butiran yang tidak dapat diperkatakan untuk pengguna mereka. Untuk model realme XT, ia memberikan pengguna - kebebasan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui fotografi.Dilengkapi dengan sensor Qualcomm® Snapdragon ™ 712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR, realme XT memastikan anda mengambil gambar dengan jelas dan terperinci. 


"Sebagai sebuah syarikat yang digerakkan oleh anak-anak muda, kita tidak hanya memahami pasaran sasaran kita tetapi kita berbangga untuk mengatakan bahawa kita juga ingin berkongsi   citarasa yang sama dengan mereka iaitu ‘Dare To Leap”.. realme telah membantu berjuta-juta pengguna setia di seluruh dunia, terutamanya anak muda untuk mengejar impian atau cita-cita   mereka dan mencapai matlamat mereka. Kini dengan realme XT, ia terus membantu pengguna telefon pintar untuk melangkah sedepan lagi dengan lebih bertenaga. Dengan semua ciri-ciri ini ada di dalam satu telefon pintar, kini pengguna mempunyai keupayaan untuk merebut detik-detik bergerak maju ke hadapan dengan segala cabaran yang ada tanpa risau. -kata ​Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia​.
 

HARI KEDUA DI HEALTHY BEAUTY MEDIA RETREAT BERSAMA GUARDIAN MALAYSIA

Assalammualaikum korang semua. Dah selesai hari pertama, hari kedua lebih manis. Pepagi lagi kami semua dah bangun awal tau. Bukan untuk sarapan tapi untuk senaman. Mengenali kolin memang akui lah, aku paling susah nak bersenam. Lagi rela jaga makan, tak makan kolin tahan lagi,  dari bersenam. Tahap pemalas untuk berpeluh tu sangat tinggi ye kawan-kawan. Itu yang bagus ikut trip macam ni, kita dikehendaki ikut jadual yang diberikan. Best tak best lah, memang mengeletar lah kaki kena buat squat dan sit up oiiii! Pagi tu rasa pishaaang aje hahaha


BEACH BOOTCAMP EXERCISE 
Tapi bila kita dihidangkan dengan view laut macam ni memang onz aje mood. Terima kasih Ms. Cruz yang sudi guide kami. Walaupun semalam dan timbang badan tu lemak berlebihan senaman memang malas hahha. Tapi rasanya kolin kena berubah dah kan. Gemuk! Walau korang tengok aku macam tak gemuk, hakikat badan aku banyak lemak tersembunyi huii



HARI PERTAMA DI HEALTHY BEAUTY MEDIA RETREAT BERSAMA GUARDIAN MALAYSIA

Assalammualaikum korang. Trip ini kolin pergi awal bulan oktober yang lalu iaitu dari 2 Oktober sehingga 4 Oktober 2019. Siapa sangka kolin bertuah dan terpilih untuk bersama-sama dalam trip yang meninggalkan satu kenangan manis buat kolin seumur hidup. Dari tidak mengenali antara satu sama lain, sehinggalah kami semua mesra dan saling menjaga satu sama lain. Itu lah dia apabila lebih 30 orang wanita bersatu dalam satu program. Girls power!

Hari pertama tu seawal 9.00 pagi kami berkumpul di Giant Shah Alam untuk menaiki bas. Selesai urusan pendaftaran kami terus menaiki bas yang disediakan. Seronok masa tu bukan nak kata lah, masa tu masing-masing masih perangai malu-malu lagi. Maklumlah hari pertama kan. Perjalanan sejam ke Avillion Port Dickson sekejap sahaja kolin rasa mungkin sebab kolin excited sangat kut. Tu rasa duk dalam bas sekejap aje hahhahha



Dalam perjalanan kami dihidangkan dengan snek ringan dari Nature's Heart. Makan kekacang dan biskut bersama air mineral memang terbaik untuk pagi kan. Maklumlah nak jaga badan. 

Pengalaman sertai KEMBARA RAHMAH ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2019

Assalammualaikum semua

Tak tergambar rasa bangga dan seronok sangat kolin pada hari ahad yang lalu. Pada 20 Oktober 2019, DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di Pusat Komuniti Pantai Eco-Park, Lembah Pantai sempena Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 2019. Jumpa depan-depan ni memang lain macam rasa. Dengan keramahan yang dipamerkan memang sesuai lah dengan hashtag di media sosial tu #AgongKita.


Tahniah juga buat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana telah berjaya menganjurkan program yang sangat bermakna. Jom, kolin kongsi pengalaman kolin dengan korang semua ya. Cukup bermakna program ini sebenarnya. 


LOKASI PERTAMA KEMBARA RAHMAH ZAKAT

Pagi-pagi ahad tu kolin dan kawan-kawan lain berkumpul di lokasi program kembara ini akan bermula. Lokasi pertama ialah Taman Metropolitan Batu yang terletak di Jalan Ipoh. Masa kat sini semua dah berkumpul dan ada lah sikit jamuan ringan sementara menunggu program bermula jam 8.30 pagi.



 sempat sarapan dulu sebelum berkonvoi

TIPS TRAVEL BERSAMA KELUARGA

Assalammualaikum semua dan semoga korang semua sihat selalu. Percutian bersama keluarga adalah benda yang sangat di tunggu-tunggu saban tahun kan. Hal ini kerana, masa inilah kita semua nak spend time dan masa dengan keluarga. Rapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga kita sendiri. Ye lah hari-hari biasa kita ibu bapa sibuk bekerja, tak ada masa yang banyak untuk diluangkan bersama anak-anak. Anak-anak yang sudah bekerja juga sibuk sampai ada ketika tiada masa untuk menziarahi ibu bapa di kampung halaman. Jadi untuk mendapatkan percutian yang berkualiti, perancangan yang rapi adalah sangat penting supaya ia bersesuaian dengan pelbagai jenis lapisan umur. Terdapat banyak pakej yang boleh ambil macam book cheap Cathay Pacific flights untuk ke Hong Kong. 


Thai Airways cheap flights untuk ke Thailand dan sebagainya yang ditawarkan oleh Traveloka. Hal ini kerana Traveloka banyak menyediakan pakej penerbangan yang menarik dan berbaloi dari tiket flight hinggalah ke pilihan mencari hotel. Malah, flight-flight ini juga boleh kita gunakan ke tempat-tempat lain kerana ada masanya ia menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang ada di Malaysia. Secara ringkasnya jangan kita limitkan pencarian tiket kita dengan gunakan apa yang ada di negara kita sahaja. 


MENU MASAKAN DI HUJUNG MINGGU

Hai korang semua, Assalammualaikum dan semoga korang semua jaga diri di musim hujan ni okay. Stay safe dan selalu ambil vitamin C bagi memastikan badan kuat sikit cuaca sejuk ni.

Sebut pasal hujan dan sejuk, kolin hari ini nak berkongsi dengan korang semua menu masakan kolin kalau di hujung minggu. Kolin memang biasa rajin masak bila hujung minggu aje. Kalau hari bekerja kadang tak sempat sampat aje dah maghrib. Tapi semalam kolin sempat masak mee goreng untuk makan malam. Kadang asyik beli makan diluar dah jemu. Tambahan lagi tengok 999 kat TV3 hari tu, punyalah kotor kedai tomyam kat penang tu bila kena serbuan. Terus jadi ngeri ! Lepas ini nak pergi kedai yang ada Gred A atau B kut, kita kena perhatikan dah tau. Kalau boleh biar kedai yang ada gantung pemeriksaan dari majlis perbandaran. 

MENU HARI SABTU


Kalau hujung minggu memang kolin menganas masak. Selagi boleh keluar menu dalam peti ais tu semua kolin masak. Tu mangkuk kecik sambal petai tempoyak (yana bagi), ikan keropok, masa lemak cili api ayam, ayam buttermilk dan last sekali sayur kailan tumis udang. Haaa..siap menu kan! 

MEMAAFKAN ORANG LAIN TAK AKAN DAPAT MEMBAIKI MASA SILAM, TAPI AKAN MEMBAIKI MASA HADAPAN KITA

Assalammualaikum korang semua. Kolin rasa menarik sangat nak kongsi petikan yang kolin copy dari Facebook ini. Selalu kita kata, haaa buat lah aku tak maafkan, esok merangkak lah ko kat padang masyar minta maaf dengan aku. Tapi penulisan di bawah kata dan menerangkan bahawa semua itu melambatkan kita nak masuk syurga. Apa kata kita maafkan dan biarkan Allah SWT yang soal dan hukum mereka. Itu yang dia kiaskan dalam petikan cerita.

SAYA MAAFKAN TAPI TAK PERNAH LUPAKAN 

Oleh itu semua yang baca entri ini kolin maafkan. Setiap malam sebelum tidur kolin cakap kuat-kuat kat diri sendiri. Saya maafkan semua orang! Ikhlas tak ikhlas, iye atau tidak semua tu urusan Allah. Janji kolin usaha kan. Tapi tak bermakna kolin maafkan, tapi lupa ya. Segala apa titik hitam terjadi dari saudara mara, bekas kawan, bekas bos atau sesiapa sahaja kolin ingat pernah jadi dan buat kolin tak pernah dilupakan. Tak pernah lupa uoolss. Sebab sejarah hitam tu lah mendewasakan kita kan.  So korang pulak baca okay. Terpulang maklum lah penerimaan kolin, tapi kolin rasa. Its okay....i let it go! Now i maafkan semua orang, supaya urusan i lebih mudah dan kolin lebih tenang menjalani kehidupan ini.


PENGALAMAN BERKHEMAH DI SG. PAUH CAMPSITE, CAMERON HIGHLAND

Assalammualaikum semua kawan-kawan. Semoga bulan Oktober memberikan korang seribu satu kemanisan dalam hidup ye. Baru ada masa nak berkongsi dengan korang semua yang kolin pergi camping masa cuti September yang lalu. Alah, kolin camping setahun sekali aje, bila teringin baru pergi. Tanpa perancangan, tanpa apa-apa pun persediaan,  kami terus tuju ke Cameron Highland, bertolak jam 6.00 pagi dari rumah. Bila sampai kat Tapah dalam jam 7.30 pagi tu, kami berhenti untuk makan dahulu. Bila dah siap makan, kami terus ke Tanah Rata dan sudah tentu kami berhenti di ladang teh untuk minum teh panas dan merasa kek kat sini. Tapi kalau nak tanya rasa kek tu, gagal. So baik korang nak melepak minum teh, beli satu kek sudah lah. Itu sebab kami bersarapan sesiap kat kedai makan Tapah, lebih murah dan lebih banyak pilihan. Satu lagi nak elak kesesakan sebab masa kolin sekeluarga pergi hari cuti bersambung. Seperti biasa cuti bersambung memang jem la atas bukit ni.


 minum dulu sambil menikmati pemandangan ladang teh

MENUJU CAMPSITE SG. PAUH, CAMERON HIGHLAND

Selesai minum kami terus ke campsite, gunakan waze. Nak ke campsite, korang boleh waze Pejabat Perhutanan Cameron Highland dan kena masuk pintu gerbang Kampung Taman Sedia. Korang mesti tak tahu kan ada perkampungan melayu kat sini. Lain kali kalau ke Cameron Highland, sila masuk kampung ini dan shopping segala strawberry, sayur dan makan dalam ni. Semua orang melayu jual tau, best! 


HOTEL FURAMA BUKIT BINTANG ADA BILIK BERTEMA "CASTLE", "SAFARI" DAN "UNDERWATER"

Percutian keluarga adalah sentiasa di nantikan setiap tahun kan. Untuk kami sekeluarga, cukup lah dapat tidur hotel yang best dan kalau lokasi tu dekat pun mengapa. Jadi cuti Hari Malaysia yang lalu kami sekeluarga bercuti di dalam bandar iaitu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tak perlu tempuh kesesakkan lalu lintas, duit minyak dan tol pun jimat juga kan. 

NAK HOTEL SESUAI UNTUK ANAK
DAN ADA TEMA YANG COMEL & SERONOK

Memang nak sangat bilik yang ala-ala bertema tu, teringin. Nak jadikan cerita, kami dapat tahu yang HOTEL FURAMA BUKIT BINTANG sudah pun melancarkan "Hotel's Theme Room" yang sesuai untuk sekeluarga dan antara bilik yang ada ialah Castle Room, Safari Room dan Underwater Room. 

Disebabkan anak-anak kolin sukakan ikan, ala-ala dasar laut kami terus ambil bilik Underwater Room. Kalau korang nak tahu, hotel ini dekat Bukit Bintang dan kawasan dia memang happening. So kalau nak ke Golden Triangle tu boleh aje jalan kaki atau pihak hotel menyediakan hotel tranfer juga. So kita check in dulu okay.



Sementara nak check in, mereka akan cuba buat sepantas mungkin tau. Kat lobi tu juga ada ruang mainan kecil untuk anak-anak. So kalau masa check in tu nak bagi mereka leka boleh lah bermain sekejap kat situ okay. Jadi mak ayah boleh bawa mereka ke FuramaLand supaya mereka leka dan kerja kita pun senang. 

Lindungi kulit wajah dengan BEAUTEA by SAFI

Hai korang semua, Assalammualaikum kolin ucapkan. Hari ini kolin nak berkongsi dengan korang produk yang baru iaitu pencuci wajah dari SAFI iaitu BEAUTEA. Dengan 100% ekstrak teh premium, ianya mampu melindungi kulit wajah dari pencemaran, stress dan juga kosmetik. Mesti korang semua tahu kan, setiap kali kita keluar rumah, wajah kita dah mula terdedah dengan 3 punca masalah kulit. Punca pertama ialah pencemaran macam debu, asap, kotoran malah sinaran UV pun punca. Kalau korang nak tahu, ini lah sebab muka korang ada masalah muka kusam, bintik-bintik hitam dan juga masalah penuaan pramatang! Siapa nak nak nampak tua sebelum usia kan! Satu beg kolin sapu uolllsss :)


Punca kedua ialah tekanan jadual harian yang sangat padat. Ada juga antara kita suka laaa berjaga sampai lewat malam. Itu yang punca kulit wajah mengumpul minyak di bawah lapisan kulit dan terus lah jadi jerawat. Tona kulit pun terus nampak tak sekata. Yang ketiga pula ialah sisa kotoran bahan kosmetik yang kita pakai hari-hari. Ianya akan mengumpul bakteria, jadikan pori tersumbat dan kulit nampak tua. Tambah pula kulit makin kasar, kering dan mengalami dehidrasi. Bahan kosmetik memang bantu kita tampil menawan, tapi awas ye, kalau tak cuci betul, memudaratkan!