Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PENGALAMAN BERKHEMAH DI SG. PAUH CAMPSITE, CAMERON HIGHLAND

Assalammualaikum semua kawan-kawan. Semoga bulan Oktober memberikan korang seribu satu kemanisan dalam hidup ye. Baru ada masa nak berkongsi dengan korang semua yang kolin pergi camping masa cuti September yang lalu. Alah, kolin camping setahun sekali aje, bila teringin baru pergi. Tanpa perancangan, tanpa apa-apa pun persediaan,  kami terus tuju ke Cameron Highland, bertolak jam 6.00 pagi dari rumah. Bila sampai kat Tapah dalam jam 7.30 pagi tu, kami berhenti untuk makan dahulu. Bila dah siap makan, kami terus ke Tanah Rata dan sudah tentu kami berhenti di ladang teh untuk minum teh panas dan merasa kek kat sini. Tapi kalau nak tanya rasa kek tu, gagal. So baik korang nak melepak minum teh, beli satu kek sudah lah. Itu sebab kami bersarapan sesiap kat kedai makan Tapah, lebih murah dan lebih banyak pilihan. Satu lagi nak elak kesesakan sebab masa kolin sekeluarga pergi hari cuti bersambung. Seperti biasa cuti bersambung memang jem la atas bukit ni.


 minum dulu sambil menikmati pemandangan ladang teh

MENUJU CAMPSITE SG. PAUH, CAMERON HIGHLAND

Selesai minum kami terus ke campsite, gunakan waze. Nak ke campsite, korang boleh waze Pejabat Perhutanan Cameron Highland dan kena masuk pintu gerbang Kampung Taman Sedia. Korang mesti tak tahu kan ada perkampungan melayu kat sini. Lain kali kalau ke Cameron Highland, sila masuk kampung ini dan shopping segala strawberry, sayur dan makan dalam ni. Semua orang melayu jual tau, best! 



 SILA BOOKING SEBELUM PLAN KE SINI OKAY

Pusing-pusing dan layan jem, akhirnya kami sampai ke Pejabat Perhutanan Cameron Highland. Kami terus ke tempat campsite dan bertanya pegawai yang ada kat situ. Sebenarnya korang kena booking tau sebelum berkhemah di sini. Tapi nasib kami baik, pegawai tu kata ada spot kosong setelah ramai yang dah berkemas keluar pagi tu. So untuk 4 orang berkhemah dia pun izinkan, rezeki anak-anak merasa nak berkhemah di sini! Terus kami patah balik kereta dan ambil segala keperluan. Terima kasih buat pegawai tu! Merasa kami camping satu malam di sini. Syukur!

 mereka tak terima ya walk in. 
So korang kena booking dulu okay! 
 ni harga nya untuk berkhemah di sini


 ni resit yang dikeluarkan untuk korang


ruang parkir agak terhad kat luar campsite. Kalau tak korang boleh parking kat area visitor jalan kaki jauh sikit aje. Tapi kalau nak selesa, parkir situ senang. Sebab luar ni sempit betul.


apa-apa masalah atau nak bantuan boleh call En. Haziq tu ye. Apa sahaja keperluan Insha Allah ada. Sebab kolin sendiri sewa fleet sheet dengan mereka. Sebab kolin bawa khemah sahaja, tapi tak ada pelapik plastik tu kalau lah hujan dan apa-apa kan. So kami sewa sahaja dekat sini. 

Bila berkhemah setahun sekali, sudah tentu barangan kami semua tak lengkap. Tapi tak mengapa, kami makanan semua pergi ke Kampung Taman Sedia beli siap terus. So tak ada masak-masak lah tengahari tu. Kami lebih kepada berehat dan memeriksa keperluan bermalam malam tu. Anak-anak pula sedang bermain di anak sungai yang terdapat di dalam kawasan campsite. Sejukkk.....

 ni anak sungai yang ada dalam campsite ni. 

 air cetek aje dan sejuk weii..

Dan kenalpasti tempat yang kami nak dirikan khemah, terus pasang lah kan. Nasib suami kita terer hahaha. Kita jadi ratu duduk tepi dan tunggu khemah siap aje. Ramai pun kat sini, so boleh lah korang bertegur sapa. Seronok kalau nak masuk komuniti berkhemah ni tau. 


laki dan anak bujang sibuk pasang khemah, kita selfie 
dan wefie aje pandai hahah



 

Dalam masa setengah jam siap dah tempat menginap kami satu malam. Kalau lah pegawai tu tak benarkan memang kami mencari hotel la malam ni. Tapi rezeki ada, merasa lah bercuti di Cameron Highland duduk dalam khemah. Sini surau ada, tandas ada, semua ada dan paling penting berpagar. Itu sebab tempat ini berbayar. Dan segala sampah sarap hendaklah di bawa keluar ye. Jangan tinggal!



Akhirnyaaaaa, siap lah tempat kolin sekeluarga. Walau serba kekurangan tapi syukur laaa...ala satu malam aje kan. 

 siap dah tempat kami port sekeluarga
dedua adik beradik tu dah kesejukkan itu yang duduk dalam khemah. Sejuk akibat mandi air sungai tadi hahaha. Tu tukar baju duduk dalam khemah dan baca buku.


penuh kawasan ni, ini lah jiran-jiran kami. Selesai pasang khemah semua dah kemas kami keluar mencari makanan tengahari. Macam kolin cakap, memang tak plan nak masak-masak masa kat sini. Segalanya dekat. Kalau malam korang nak pekena steambot pun boleh lah, jalan kaki aje ke kampung sedia ada tu. Untuk lunch tu, kolin try nasi lemak strawberry. Sedap la wei...dalam belas-belas ringgit lah sebekas. Tapi tak sangka memang sedap, ada sambal strawberry lagi tau. Nak cuba waze aje, nanti terus ke kedai tu.


Bila dah siap lunch, kami berehat aje lah. Kolin dan suami tidur dan anak-anak ada hiburan mereka memasing. Ada juga kawan-kawan dalam kawasan perkhemahan tu. Jadinya  meriah laa bunyi anak-anak bermain kan. Okay aje, sebab kolin rasa bagus daripada mereka mengadap telefon kan. 




Melepak la kami sampai menunggu petang. Selepas maghrib kami keluar ke Tanah Rata untuk mencari makan malam. Beli la satay, nasi ayam, buah-buahan dan sempat pergi DIY tau haha. Sebab kami baru perasan kami tak ada lampu!!! So tak akan nak bergelap kan. Nasib baik sekarang kat Tanah Rata area Maybank tu ada DIY dalam mall. So kami sempat beli air mineral, lampu dan spray nyamuk serai wangi untuk persediaan malam. Selesai membeli kami pulang kembali ke khemah dan makan! Tapi tak masak-masak tak best lah camping kan! So suami kolin masak maggi hahahha. Makan maggi di waktu dingin superb laa kan. 


 rezeki kami di lewat malam 


selesai makan malam semua kami terus ambil tempat masing-masing tidur dalam khemah. Ada 1 sleeping bag, suami kolin tidur kat luar guna. Dia kata nak rasa sejuk malam Cameron kat luar. Kami semua pakai toto, selimut dan bantal hahaha dah macam balik kampung kolin packing barang. Next round nak kurangkan barang, so kena beli sleeping bag sorang satu! Cuma tak tau lah bila lagi kami plan nak berkhemah lagi weii. Tapi itu kolin aim lah...next round kena beli lagi 3 sleeping bag. So no more usung toto dan bantal sana sini kannn.



 MALAM TERLALU SEJUK DI SG. PAUH CAMPSITE
Alaaa...tepat jam 11.30 malam suami masuk khemah hahahah. Tidur luar terlalu sejuk sebab hujan. Malam tu kolin terus terang tak nyenyak tidur sebab terlalu sejuk. Last cek suhu malam tu 13 darjah celcius sama dah macam pergi Korea dulu sejuknya. Mengigil kami anak beranak dalam khemah walau selimut sorang satu! Memang sejuk gilerrrr...korang yang nak pergi prepare okay. Bawa stokin sesiap dan nasihat kolin, tidur dalam sleeping bag adalah yang terbaik untuk tempat sejuk ni. 


nampak tak suhu masa tu, sejuk giler wei. Alhamdulilah bangun pagi tu kami semua masih sihat haha. Siap kolin panaskan air mineral nak buat air panas wei. Suami kolin dan alisa dah keluar beli sarapan. Ali Imran aje masih tidur lagi pagi tu.





akhirnya guna bara malam tadi, air panas juga. Alhamdulillah...pagi tu hujan pula sambil kami bersarapan. Memang melepak aje lah kami dalam khemah sambil baring. Lebih kurang jam 12 tengahari, kami kemas khemah dan bersiap untuk pulang. Sebab kami bayar kan untuk 1 malam sahaja. 

 sempat lah selfie berdua tunggu hujan reda

Time nak kemas pun kolin tengok aje, semua anak-anak dan suami selesaikan. Kemas segala terus masuk kereta dan makan tengahari di Tanah Rata sebelum turun balik ke Tapah. Sebab apa tak berjalan-jalan, sebab jalan terlalu sendat dan padat akibat cuti berantai ahad ke isnin. So korang ada terasa nak pergi tak kat sini? Kalau nak pergi prepare segala-gala okay. Ramai bawa anak kecil dan kebanyakkan mereka seronok cuaca sejuk kat sini. 
 



Oh lupa, satu lagi kat sini ada laluan trail hutan tau. Lainkali teringin juga nak cuba. Kolin dan suami sempat masuk separuh jalan aje saja bergambar. Kena pakai kasut betul dan pakaian yang sesuai rasanya. Korang yang suka aktiviti explore hutan, boleh lah try kat sini wei.


Selesai sudah cerita kolin bersama keluarga berkhemah di sini! Semoga kita berjumpa lagi di lain entri. Terima kasih sudi membaca perkongsian kolin okay. Love you!!!





2 comments:

  1. Seronoknya tengok Kolin ngan family berkhemah...ala..dapat masak megi pun okey apa nok...janji feeling berkhemah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a..barang banyak tak lengkap. Lagipun bukan selalu kami berkhemah..megi aje cukup hahaha

      Delete

loving me..loving you