Assalammualaikum semua
Tak tergambar rasa bangga dan seronok sangat kolin pada hari ahad yang lalu. Pada 20 Oktober 2019, DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di Pusat Komuniti Pantai Eco-Park, Lembah Pantai sempena Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 2019. Jumpa depan-depan ni memang lain macam rasa. Dengan keramahan yang dipamerkan memang sesuai lah dengan hashtag di media sosial tu #AgongKita.
Tahniah juga buat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana telah berjaya menganjurkan program yang sangat bermakna. Jom, kolin kongsi pengalaman kolin dengan korang semua ya. Cukup bermakna program ini sebenarnya.
LOKASI PERTAMA KEMBARA RAHMAH ZAKAT
Pagi-pagi ahad tu kolin dan kawan-kawan lain berkumpul di lokasi program kembara ini akan bermula. Lokasi pertama ialah Taman Metropolitan Batu yang terletak di Jalan Ipoh. Masa kat sini semua dah berkumpul dan ada lah sikit jamuan ringan sementara menunggu program bermula jam 8.30 pagi.
sempat sarapan dulu sebelum berkonvoi
Kalau korang nak tahu sebanyak lebih kurang
100 buah motorsikal berkuasa tinggi dan 20 buah teksi penerima bantuan
zakat Baitulmal MAIWP iaitu yang menerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli
akan berkonvoi dalam perjalanan sejauh 35.9km. haa kiri kanan semua motor berkuasa tinggi bersusun dah. Semangat untuk berkonvoi bagi merealisasikan Kembara Rahmah Zakat kali ini.
ini pula teksi yang sertai untuk sama-sama berkonvoi.
Tempat yang bakal kami berkonvoi hari ini, bermula dari Taman Metropolitan Batu dan bergerak ke Masjid Al-Mukhlisin Taman Alam Damai, Cheras dan berakhir di Pusat Komuniti Pantai Eco-Park, Lembah Pantai. Penuh dengan gelak tawa dan usik mengusik. Sebelum bermula sudah tentu ada taklimat dari pihak berkuasa. Setiap program kita kena ada SOP kan, supaya semua berjalan lancar dan selamat.
Di lokasi pertama ini, Kembara Rahmah Zakat 2019 di lepaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof dan Pengerusi MAIWP iaitu YBhg. Dato' Seri Syed Hussien Alhabshee tepat jam 9.00 pagi. Dahhh...mula, seronoknyaaaaa....
LOKASI KEDUA KEMBARA RAHMAH ZAKAT
Konvoi kami semua menuju ke lokasi kedua iaitu Masjid Al-Mukhlisin yang terletak Taman Alam Damai. Di mana lokasi kedua YB. Dato' Haji Kamaruddin, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama-sama menyambut konvoi kami yang tiba di kawasan Parlimen beliau sendiri. Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan juga.
Acara dimulakan dengan bacaan doa, supaya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Bermula dengan perasmian dewan baru oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid seterusnya terus penyampaian bantuan kepada golongan asnaf di sini. Bantuan Peralatan Kesihatan, Bantuan Perubatan berjumlah RM23.35 juta dan Bantuan Perniagaan RM3.13 juta turut diberikan (semuanya dalam bentuk mock cheque). Cenderahati turut diberikan kepada semua asnaf yang hadir seramai 200 orang. Ada juga jamuan yang disediakan buat semua hadirin.
Selesai semua acara tu di Masjid Al- Mukhlisin, kami terus bersiap sedia untuk ke lokasi ketiga. Seronok tau! Macam running man pun ada hahha. Sebab kita kena jaga masa yang diberikan juga. So cepat-cepat kami naik balik teksi untuk sertai konvoi ke destinasi terakhir. Kolin dan Qis satu teksi !
Masa ini baru faham kenapa MAIWP anjurkan program macam ini. Barulah orang ramai semua nampak, bagaimana wang zakat yang kita beri itu membantu golongan asnaf. Kalau lah korang berada di mana kolin berada hari ahad tu mesti rasa terharu bila tengok orang-orang tua yang menerima tu, muka gembira, tersenyum aje. Itu wang yang kita zakat tau! MAIWP agihkan dengan penuh hemah dan teratur. Satu lagi terasa macam VIP bila kami berkonvoi beramai-ramai ada polis yang menjaga, sekali seumur hidup merasa eskort polis tau!
Jom menuju ke lokasi terakhir. Lokasi di mana keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bakal mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di kawasan setempat.
Konvoi motorsikal besar dah sampai, tapi kami sampai dulu. Sampai terus cari tempat dalam dewan untuk acara seterusnya.

LOKASI KETIGA KEMBARA RAHMAH ZAKAT
Jom menuju ke lokasi terakhir. Lokasi di mana keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bakal mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di kawasan setempat.
Bantuan yang disampaikan terdiri daripada pakaian persekolahan kepada anak-anak asnaf bernilai RM5.1 juta, Bantuan Am Persekolahan sebanyak RM9.82 juta dan Bantuan Am Pelajaran IPT berjumlah RM12.45 juta. Selain itu, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan bantuan keperluan harian kepada 500 asnaf yang hadir. Kalau lah korang boleh tengok kehadiran semua yang datang, memang program yang penuh bermakna. Kolin secara peribadi memang seronok sangat nak turut sama dalam program sebegini. Kita boleh lihat sendiri bagaimana agihan tu di lakukan.
Sempat juga tetamu yang hadir beramah mesra bersama Seri Paduka Baginda. Yang pasti kolin happy sangat dapat tengok dekat-dekat. Ampun Tuanku.
Sempat juga tetamu yang hadir beramah mesra bersama Seri Paduka Baginda. Yang pasti kolin happy sangat dapat tengok dekat-dekat. Ampun Tuanku.
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan merupakan salah satu inisiatif MAIWP bagi memperhebatkan lagi hebahan mengenai usaha MAIWP sendiri dalam melaksanakan agenda pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan terutamanya dalam program agihan zakat. Ramai tak tahu, kali ini MAIWP berkongsi secara terbuka.
Lagi menarik, konvoi ini bukan sahaja membabitkan penunggang beragama Islam ye. Ada juga yang bukan, tapi inilah antara lain membuktikan bahawa agama Islam membawa mesej sejagat iaitu menyeru kepada kesejahteraan dan kedamaian selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Tak tahu kenapa, kolin rasa program ini sangat bermakna sebab melibatkan semua pihak. Yang penting matlamat sampai dan semoga lebih banyak lagi program sebegini dianjurkan. Bersama-sama kita bantu dan santuni golongan asnaf yang memerlukan ini bersama-sama.
Itulah dia cerita mengenai pengalaman kolin yang mengikuti program ini. Memang banyak pengalaman manis di timba walau program separuh hari. Siapa sangka konvoi walau kurang lebih 40km ini memberikan satu sisi menarik memperlihatkan agihan zakat yang diberikan. Tahniah buat semua yang terlibat, sebab apa! sebab program ini sukses!!
Babai korang, terima kasih membaca tau. Tahniah MAIWP
Jangan lupa tengok video yang kolin hasilkan tau dan terus subscribe ya....
Jangan lupa tengok video yang kolin hasilkan tau dan terus subscribe ya....
Alhamdulillah direzekikanNya kita sama-sama memeriahkan konvoi dan mewarwarkan satu program yang amat bermanfaat.. Tuanku memang spotting siap tegur kita lagi kan Kolin.. terbaik #MAIWP #KEMBARARAHMAHZAKAT #AGONGKITA
ReplyDelete