Assalammualaikum korang semua. Kolin rasa menarik sangat nak kongsi petikan yang kolin copy dari Facebook ini. Selalu kita kata, haaa buat lah aku tak maafkan, esok merangkak lah ko kat padang masyar minta maaf dengan aku. Tapi penulisan di bawah kata dan menerangkan bahawa semua itu melambatkan kita nak masuk syurga. Apa kata kita maafkan dan biarkan Allah SWT yang soal dan hukum mereka. Itu yang dia kiaskan dalam petikan cerita.
SAYA MAAFKAN TAPI TAK PERNAH LUPAKAN
Oleh itu semua yang baca entri ini kolin maafkan. Setiap malam sebelum tidur kolin cakap kuat-kuat kat diri sendiri. Saya maafkan semua orang! Ikhlas tak ikhlas, iye atau tidak semua tu urusan Allah. Janji kolin usaha kan. Tapi tak bermakna kolin maafkan, tapi lupa ya. Segala apa titik hitam terjadi dari saudara mara, bekas kawan, bekas bos atau sesiapa sahaja kolin ingat pernah jadi dan buat kolin tak pernah dilupakan. Tak pernah lupa uoolss. Sebab sejarah hitam tu lah mendewasakan kita kan. So korang pulak baca okay. Terpulang maklum lah penerimaan kolin, tapi kolin rasa. Its okay....i let it go! Now i maafkan semua orang, supaya urusan i lebih mudah dan kolin lebih tenang menjalani kehidupan ini.
INILAH PETIKAN DARI FB KAWAN
"Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pada kita...?"
Jawapan ustaz ringkas, tapi agak menyentap jiwa..
"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh ALLAH...."
Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT..
Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke..?
SEBAB ALLAH nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Seorang demi seorang akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke seperti itu..?
Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba2 mahu segera ke- SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..
Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak lah cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"
Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga..
Urusan kesalahan dia tu biarlah ALLAH selayaknya membalas.
Biarlah ALLAH menghakimi..
Biarlah dia ditanya dihadapan ALLAH kelak.
Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita..
Kita akan lebih tenang.
Inshaa ALLAH...
*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UnTuK MEMBENCI SESAMA SENDIRI..* 💕
Betul tu.. Sebaiknya kita memaafkanlah insan yang pernah menyakiti hati kita. Itu lebih baik dan hati pun tenang.
ReplyDeleteselalu cakap sebelum tidur. saya maafkan semua orang...saya nak masuk syurga cepat. Ameenn
Delete