Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Lindungi kulit wajah dengan BEAUTEA by SAFI

Hai korang semua, Assalammualaikum kolin ucapkan. Hari ini kolin nak berkongsi dengan korang produk yang baru iaitu pencuci wajah dari SAFI iaitu BEAUTEA. Dengan 100% ekstrak teh premium, ianya mampu melindungi kulit wajah dari pencemaran, stress dan juga kosmetik. Mesti korang semua tahu kan, setiap kali kita keluar rumah, wajah kita dah mula terdedah dengan 3 punca masalah kulit. Punca pertama ialah pencemaran macam debu, asap, kotoran malah sinaran UV pun punca. Kalau korang nak tahu, ini lah sebab muka korang ada masalah muka kusam, bintik-bintik hitam dan juga masalah penuaan pramatang! Siapa nak nak nampak tua sebelum usia kan! Satu beg kolin sapu uolllsss :)


Punca kedua ialah tekanan jadual harian yang sangat padat. Ada juga antara kita suka laaa berjaga sampai lewat malam. Itu yang punca kulit wajah mengumpul minyak di bawah lapisan kulit dan terus lah jadi jerawat. Tona kulit pun terus nampak tak sekata. Yang ketiga pula ialah sisa kotoran bahan kosmetik yang kita pakai hari-hari. Ianya akan mengumpul bakteria, jadikan pori tersumbat dan kulit nampak tua. Tambah pula kulit makin kasar, kering dan mengalami dehidrasi. Bahan kosmetik memang bantu kita tampil menawan, tapi awas ye, kalau tak cuci betul, memudaratkan!


CARA MENGATASI PUNCA MASALAH KULIT WANITA


Untuk atasi masalah kulit wanita, BEAUTEA by SAFI mengabungkan 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksidan dan bahan aktif semulajadi yang mmbersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. SAFI yang telah menguasai pasaran di Malaysia selama 2 dekad komited dalam penjagaan diri dan wajah ini memang memahami keperluan kita semua. Siapa sangka, inovasi sains kecantikan terbaharu SAFI ini ada sebuah makmal produk kosmetik HALAL terbesar di dunia yang berpusat di Subang Jaya. Produk yang bertaraf antarabangsa tapi masih mampu milik ini lah yang suka kolin nak berkongsi dengan korang semua. 

RANGKAIAN BEAUTEA by SAFI MENAWARKAN 3 JENIS PEMBERSIH DAN 1 SKRUB MUKA

Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran yang berbahaya. Membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Jadi korang yang suka mekap macam kolin, pakai yang ini sudah tentu membantu kan. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stress juga tau. Menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari semua radikal kat luar yang membuatkan kulit kita semua tak sihat. 

BEAUTEA by SAFI gel pembersih muka penghidratan - White Tea & Damask Rose (sesuai untuk kulit kering & normal)

*Menghidrat
*Mengecilkan Liang Pori

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah. Dirumuskan dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksidan agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori di wajah kita. 

BEAUTEA by SAFI gel pembersih muka anti jerawat - Green Tea & Neem (sesuai untuk kulit normal dan berminyak)

*Melindungi Kulit Dari Jerawat
*Mengawal Sebum

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupankan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ianya melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan parut jerawat. Ini paling sesuai dengan kolin lah rasanya. Muka penuh parut!!
BEAUTEA by SAFI pembersih muka detoks - Black Tea & Black Orchid (sesuai untuk kulit sensitif)

*Membantu Kulit untuk Detox
*Bebas Haruman dan Sesuai Untuk Kulit Sensitif
*Mencegah Tanda Awal Penuaan

Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur kirm ini sangat lembut dan bebas sabun. Dirumuskan dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoron dengan mendalam, membantu kulit untuk detox sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal. 

BEAUTEA by SAFI skrub penghalusan muka - Apricot Tea
(sesuai untuk semua jenis kulit) 

*Membuang sel mati agar kulit tidak tersumbat 

Krim skrub muka yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, mengelupas tanpa mengeringkan kulit. Ianya juga berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mencerahkan kulit. Hasilnya kulit tampil lebih cerah dan berseri. 

Buat korang yang dah baca panjang-panjang entri kolin hari ini, mesti nak tahu berapa ringgit kan produk ini. Harganya cuma RM23.20 (150g) dan boleh dibeli di pasaraya dan farmasi berdekatan. Kalau nak lebih banyak informasi sila klik www.safi.com.my atau www.facebook.com/SAFI.my atau www.instagram.SAFIMalaysia ikut yang mana korang nak klik okay. 

Ayuh bina keyakinan diri sendiri dengan berkongsi transformasi kulit sihat SAFI dengan memuat naik di profil media sosial berserta
#BEAUTEABYSAFI#SAFIMALAYSIA #PREMIUMTEACLEANSERS

Terima kasih SAFI. Ini adalah antara produk yang selalu dekat di hati kolin. Korang jangan lupa cuba dan dapatkan segera okay. Upload gambar dengan "tanda pagar" kat atas tu ye.

2 comments:

  1. Untungnya sekali grab banyak tu ha...jimat untuk 2-3 bulan....

    ReplyDelete
  2. Dah cuba yang rose tu. wangi ya amat! scrub dia pun best

    ReplyDelete

loving me..loving you