Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

HOTEL FURAMA BUKIT BINTANG ADA BILIK BERTEMA "CASTLE", "SAFARI" DAN "UNDERWATER"

Percutian keluarga adalah sentiasa di nantikan setiap tahun kan. Untuk kami sekeluarga, cukup lah dapat tidur hotel yang best dan kalau lokasi tu dekat pun mengapa. Jadi cuti Hari Malaysia yang lalu kami sekeluarga bercuti di dalam bandar iaitu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tak perlu tempuh kesesakkan lalu lintas, duit minyak dan tol pun jimat juga kan. 

NAK HOTEL SESUAI UNTUK ANAK
DAN ADA TEMA YANG COMEL & SERONOK

Memang nak sangat bilik yang ala-ala bertema tu, teringin. Nak jadikan cerita, kami dapat tahu yang HOTEL FURAMA BUKIT BINTANG sudah pun melancarkan "Hotel's Theme Room" yang sesuai untuk sekeluarga dan antara bilik yang ada ialah Castle Room, Safari Room dan Underwater Room. 

Disebabkan anak-anak kolin sukakan ikan, ala-ala dasar laut kami terus ambil bilik Underwater Room. Kalau korang nak tahu, hotel ini dekat Bukit Bintang dan kawasan dia memang happening. So kalau nak ke Golden Triangle tu boleh aje jalan kaki atau pihak hotel menyediakan hotel tranfer juga. So kita check in dulu okay.



Sementara nak check in, mereka akan cuba buat sepantas mungkin tau. Kat lobi tu juga ada ruang mainan kecil untuk anak-anak. So kalau masa check in tu nak bagi mereka leka boleh lah bermain sekejap kat situ okay. Jadi mak ayah boleh bawa mereka ke FuramaLand supaya mereka leka dan kerja kita pun senang. 


 ruang lobi 

 ruang lobi

 ruang makan dan minum di lobi


KENAPA HOTEL FURAMA BUKIT BINTANG TERBAIK UNTUK SEKELUARGA 

Jika korang nak tahu,  hotel ini menyediakan kemudahan untuk satu keluarga dan juga untuk business traveller. Bilik-bilik yang didekorasi mengikut tema ini adalah seiring dengan indoor playground yang ada di aras LG hotel ini iaitu WAKA WAKA KL. Itu lah kolin suka pasal hotel ini sebab budak-budak pergi sure seronok. Kita sebagai mak ayah, memang itu lah tujuan kan. Nak anak-anak seronok. Setiap bilik ada permainan "plush toy" yang boleh dimain sementara menginap di sini. Keseluruhan bilik dihiasi dengan dekorasi mengikut tema yang ada. Untuk kolin, ini lah dia dekorasi dasar laut! Cantik biru nyaaaa...


 memasing dah cop tempat tidur hahaha


Underwater Room yang bersaiz 55sqm dan ada katil 2 tingkat (bunker bed) dan juga satu katil bersaiz king. Ada TV, bean bag dan meja kecil untuk anak bermain. Yang penting selesa sangat! kolin suka lampu obor-obor tu dan hiasan pelampung di dinding bilik.  Kreatif dan memang menimbulkan mood percutian keluarga.




Tengok pun dah tahu selesa kan! Inilah dia bilik Underwater Room kalau korang nak ke Hotel Furama. 
 

BILIK YANG LUAS

Kalau itu bilik untuk anak-anak, kolin nak berkongsi pula bilik untuk parent tidur. Cukup luas dan selesa! Malahan ada juga sofa bed kat dalam bilik. Segala keperluan semua ada! Memang tak ada komplen langsung masa datang ke hotel ini. Semua baru, cantik, wangi dan paling penting kemudahan mereka tip top.


 saiz king wei. Muat tuk kami 4 orang tau






Selesai kolin bercerita pasal tempat tidur yang sangat selesa, kolin nak tunjuk kat korang apa sahaja kemudahan yang ada dalam bilik yang luas ini. Ada almari besar yang boleh korang susun baju korang, ada seterika untuk mengosok, ada peti besi untuk simpan barangan berharga dan juga semua keperluan membuat air, siap ada milo. Tahulah budak-budak kan suka milo. So lengkap segala kemudahan yang ada dalam bilik mesra keluarga ini. 



Sekarang kolin nak tunjuk pula tempat paling penting iaitu bilik air. Masih mengekalkan tema underwater tu, dekorasi bilik air juga menarik. Penuh dengan sticker comel berupa ikan dan hidupan laut tau. Alas kaki pun siap gambar ikan.



Malahan barangan keperluan untuk anak-anak siap ada. Korang yang nak bercuti ke sini  tak perlu risau. Siap berus gigi dan mandian mesra untuk kanak-kanak disediakan. Itu yang kolin suka betul lah menginap kat sini. Tinggal bawa baju dan keperluan aje, datang sini dan have fun! Relak, tinggalkan semua stress di rumah dan habiskan masa bersama anak-anak. Kadang-kadang itu yang kita perlukan, keluar dari rumah dan dapatkan suasana positif macam ini kan.



Itu lah dia perkongsian mengenai bilik keluarga yang dapat kolin kongsikan. Hotel yang boleh kita jalan kaki ke Times Square ini memang best. Lokasi  terbaik malahan hotel dia semua nampak baru. Maklumlah hotel ini memang kawasan larangan merokok ye. Bangunan hotel tidak boleh merokok tau. So bawa anak-anak dan sekeluarga tak perlu risau akan bahaya asap tu. Memang tak boleh merokok. Satu pengalaman yang manis dapat menginap kat sini. Siapa sangka kat KL ada hotel yang cukup menarik kan. 

SARAPAN PAGI UNTUK 4 ORANG
Bila korang menempah bilik ini, secara automatik ada pakej sarapan pagi untuk 4 orang. Pada kolin disebabkan hotel ini menerima pengunjung dari Eropah, Negara India, China dan pelbagai lagi, sarapan yang ada pelbagai. Dari masakan kampung sehinggalah masakan barat. Pendek cerita korang boleh makan apa sahaja dan hidangan mereka ditambah setiap kali habis. Kat sini masa beritahu nombor bilik tu sila ambil satu kad tu okay. So letak aje kad 'I'M TAKEN" atas meja dan semua pergi ambil makanan. So tak payah lah sorang nak tunggu kat meja. Konsep ini memang kolin suka dan pertama kali kolin tengok kat hotel. Jadinya semua boleh ambil sarapan pagi dan menikmati bersama kan. 




masa kolin menginap sini cuti Hari Malaysia, agak penuh juga lah bila makan pagi tu. Tapi korang tak perlu risau, makanan sentiasa di tambah dan kerusi meja cukup aje untuk semua. Yang penting makanan pagi kat sini memang lazat! Thank you chef!


 saja share gambar ni, sebab jarang kan hotel ada sarapan ni

KOLAM RENANG UNTUK KANAK-KANAK 
DAN DEWASA
Bersebelahan dengan Cafe Spices@Furama ada kolam renang ye. Boleh lah selepas sarapan korang ajak anak-anak mandi kolam sebelum check out. Kat sini kolam tak dalam pun dan paling best boleh tengok pemandangan KL.






Buat pengetahuan korang semua juga, hotel ini juga menawarkan pelbagai promosi dari masa ke semasa untuk semua keluarga yang nak menginap di sini.  Klik laman web https://www.furama.com/bukitbintang/promotions/Room-Promotions untuk update yang terbaru dari mereka. Mana tahu ada tuah untuk korang menginap di sini dan dapat main di Waka Waka KL tu tanpa limit. Haaa..seronok tau bebudak main dalam tu, bersih lagi. Sudah merasa duduk bilik bertema, kat sini ada 3 bilik bertema. Kolin harap nak cuba lagi dua lagi tu. Insha Allah masa hadapan, rezeki lebih boleh lah datang lagi. Hotel ini dibuka sejak Jun 2011 tau, dan mana yang tak tahu tu boleh mula pertimbangan untuk bercuti di sini ye. Bilik yang kolin duduk tu bermula harga dari RM450+ untuk satu malam. Kalau korang sendiri tengok berbaloi kan!

Selepas tu korang semua boleh lah ke Waka Waka KL aras LG sahaja bawa anak bermain di sini. Kena tengok kadang-kadang ada promosi tau. Siap harga bermain dengan hi-tea. Macam kolin join hari tu ada hi-tea untuk merdeka. So sambil tunggu anak bermain kami boleh lah menjamu selera kat situ. Kiranya macam lunch lah, ada satay, nasi lemak, roti jala, kek, dan pelbagai kuih muih melambangkan Malaysia. Untuk cerita penuh korang klik sini okay, https://alialisakreatif.blogspot.com/2019/09/sambut-hari-malaysia-di-waka-waka-kl.html



Terima kasih Hotel Furama Bukit Bintang kerana buat bilik bertema dan perkhidmatan hotel terbaik untuk percutian keluarga. Puas hati rasanya kolin dapat berkongsi dengan korang semua mengenai hotel yang kolin rasa terbaik buat seisi keluarga. Ada rezeki pasti kami kembali dengan bilik yang tema lain pula. Korang boleh lah rancang wei, cuti sekolah bakal bermula hujung November 2019 nanti. Nak jimat minyak dan tol, datang sini okay! 



Jangan lupa booking dan terjah website mereka untuk segala promosi terbaru mengenai hotel ini. Bye korang, terima kasih membaca entri ini.




  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you