Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TIPS TRAVEL BERSAMA KELUARGA

Assalammualaikum semua dan semoga korang semua sihat selalu. Percutian bersama keluarga adalah benda yang sangat di tunggu-tunggu saban tahun kan. Hal ini kerana, masa inilah kita semua nak spend time dan masa dengan keluarga. Rapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga kita sendiri. Ye lah hari-hari biasa kita ibu bapa sibuk bekerja, tak ada masa yang banyak untuk diluangkan bersama anak-anak. Anak-anak yang sudah bekerja juga sibuk sampai ada ketika tiada masa untuk menziarahi ibu bapa di kampung halaman. Jadi untuk mendapatkan percutian yang berkualiti, perancangan yang rapi adalah sangat penting supaya ia bersesuaian dengan pelbagai jenis lapisan umur. Terdapat banyak pakej yang boleh ambil macam book cheap Cathay Pacific flights untuk ke Hong Kong. 


Thai Airways cheap flights untuk ke Thailand dan sebagainya yang ditawarkan oleh Traveloka. Hal ini kerana Traveloka banyak menyediakan pakej penerbangan yang menarik dan berbaloi dari tiket flight hinggalah ke pilihan mencari hotel. Malah, flight-flight ini juga boleh kita gunakan ke tempat-tempat lain kerana ada masanya ia menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang ada di Malaysia. Secara ringkasnya jangan kita limitkan pencarian tiket kita dengan gunakan apa yang ada di negara kita sahaja. 


Bila kita ada perancangan untuk bawa keluarga pergi bercuti, biarlah ia bersesuaian untuk keseronokkan semua orang. Jadinya tempat dan aktiviti yang kita rancang mestilah yang boleh disertai oleh semuanya. Aktivitinya tidaklah boleh terlalu extreme sekiranya ada orang tua dan kanak-kanak tetapi ia tidaklah boleh terlalu santai sehingga tidak dapat dirasai keseronokkanya. Antara yang boleh di ambil kira ketika merancang percutian adalah: 


MASA PENERBANGAN 


Bagi pendapat saya, ini merupakan perkara yang paing penting kerana ia merupakan permulaan mood bercuti itu sendiri. Tiket penerbangan yang nak dibeli mestilah berseuaian dengan tempoh penerbangan, perbezaan masa dan tempat yang dituju dan juga masa ketibaan. Hal ini bagi mengelakkan diri terus terasa jetlag bila sampai di sana nanti. Kolin bagi contoh dengan 2 situasi okay, macam kat bawah ni. 

1. Korea: Perbezaan masa dengan Malaysia hanya sejam tetapi tempoh penerbanganlebih kurang 6 jam. Jadi untuk mengelakkan jetlag, sekiranya kita plan untuk terus beraktiviti kita boleh beli tiket tengah malam seperti 12am-1am supaya dalam flight kita boleh tidur bersesuaian dengan masa tidur kita. Sekiranya untuk lebih relax tidak ganggu masa tidur kita boleh flight pukul 8am-9am sampai nanti kita boleh terus check in hotel. 

2. Indonesia: Perbezaan masa dengan Malaysia juga sejam. Namun tempoh penerbangannya lebih singkat lebih kurang daripada 3 jam. Jadi masa yang lebih sesuai adalah antara 10am-12pm supaya bila sampai kita boleh terus check in hotel ataupun terus beraktiviti bergantung kepada setiap individu jugak ye. 


HOTEL DAN PENGINAPAN 



Sekiranya kita pergi negara ataupun tempat yang banyak aktivitnya di bandar, nasihat saya carilah hotel yang berada di tengah bandar. Hal ini bagi memudahkan pengerakan seharian ketika di sana untuk semua lapisan umur. Malahan pengangkutan juga lebih mudah untuk diakses berbanding kita pilih hotel yang sedikit jauh daripada bandar walaupun harganya lebih murah. Namun begitu, sekiranya tempat yang kita pergi aktivitnya lebih banyak di luar bandar atau pinggir bandar, hotel kita lebih baik berdekatan dengan tempat tersebut. Faktor lain yang boleh diambil kira ialah mudah atau tak untuk mendapatkan makanan terutamanya Muslim yang mencari makanan halal. Sebagai contoh di Krabi, yang aktivitinya lebih banyak berdekatan dengan pinggir pantai dan makanan halal juga mudah didapati di sekeliling Masjid Aonang. Maka carilah hotel yang berada di area Aonang berbanding Pekan Krabi. 



PENGANGKUTAN DI TEMPAT BERCUTI 

Ini merupakan perkara yang amat penting supaya ia bersesuaian untuk berjalan dengan lapisan umur yang mungkin ada orang tua yang tidak larat dan ada bayi yang memerlukan stroller. Bagi percutian yang seperti ini, lebih baik untuk kira cari pemandu pelancong yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan ataupun kereta sewa yang boleh dipandu sendiri ianya lebih convenient. Namun begitu, sekianya kita travel bersama ahli keluarga yang berkudrat lagi, pengangkutan awam seperti bas dan subway merupakan pilihan yang agak baik kerana ia dapat menjimatkan kos.  Malah kita dapat explora lagi cara hidup tempat tersebut dengan mengunakan public yang mungkin merupakan pengangkutan utama mereka seperti Jepun. 



Oleh itu, sekiranya kita ada merancang percutian bersama keluarga yang punya pelbagai lapisan umur, faktor-faktor ini perlu diambil kira. Secara ringkasnya, pastikan siapa yang akan kita bawa bersama. Sekiranya semua orang muda style backpackers, konsep ini boleh lah di aplikasikan untuk menjimatkan kos. Akan tetapi tidak boleh dipraktikan kalau pergi bersama anak-anak yang masih mengunakan stroller dan sebagainya. 



Itulah dia serba sedikit yang kolin boleh kongsikan dengan korang mengenai Travel Bersama Keluarga. Banyak juga sisi penting yang perlu kita semak agar perjalanan percutian itu lebih bermakna. So korang semua baca dan mana lah tahu perkongsian ini memberikan sedikit idea untuk semua. Terima kasih membaca entri ini ya. Selamat berhujung minggu kepada semua :)

4 comments:

  1. masyuk Datin bercuti sampai ke Hatyai
    setuju sangat dengan tips yang diberi
    perancangan penting tambah2 cuti dengan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali setahun kita holiday, tips dia menabung tau hahahah

      Delete
  2. syoknye hatyai..
    tq sis kongsi tips sbelum bercuti,so sy blh prepare awal2
    salam singgah dari saya ;)

    ReplyDelete

loving me..loving you