Assalammualaikum korang semua. Dah selesai hari pertama, hari kedua lebih manis. Pepagi lagi kami semua dah bangun awal tau. Bukan untuk sarapan tapi untuk senaman. Mengenali kolin memang akui lah, aku paling susah nak bersenam. Lagi rela jaga makan, tak makan kolin tahan lagi, dari bersenam. Tahap pemalas untuk berpeluh tu sangat tinggi ye kawan-kawan. Itu yang bagus ikut trip macam ni, kita dikehendaki ikut jadual yang diberikan. Best tak best lah, memang mengeletar lah kaki kena buat squat dan sit up oiiii! Pagi tu rasa pishaaang aje hahaha
BEACH BOOTCAMP EXERCISE
Tapi bila kita dihidangkan dengan view laut macam ni memang onz aje mood. Terima kasih Ms. Cruz yang sudi guide kami. Walaupun semalam dan timbang badan tu lemak berlebihan senaman memang malas hahha. Tapi rasanya kolin kena berubah dah kan. Gemuk! Walau korang tengok aku macam tak gemuk, hakikat badan aku banyak lemak tersembunyi huii
Masa ni semua pulun wei! Nak buat senaman ala-ala boot camp memang letih gile. Masa tu teringat nasi lemak dah lapar pun ada. Letih pun ada, kalau lah kolin amalkan hari-hari bangun pagi dan senaman macam ni sure boleh kurus 50kg oi. Tapi itu lah angan-angan, semoga dengan permulaan yang dimulakan oleh Guardian Malaysia ini menyuntik sedikit semangat pada kolin untuk mula jaga diri sendiri dengan bersenam.
Selesai aje bersama jurulatih kami Ms. Cruz (baju merah tu), sepatutnya kami semua ke cafe untuk sarapan pagi sebelum sambungan aktiviti lain. Kami semua bergambar kenangan, mak mak orang semua lupa diri!
yoga pose
lompat pose hahahha
dan akhirnya abang razak sudi keluarkan drone untuk tangkap gambar kami baring atas pasir tu....
Habis sesi foto gedik kami terus ke cafe untuk breakfast. Terus bersiap sedia untuk agenda seterusnya. Masa di Healthy Beauty Media Retreat bersama Guardian Malaysia ini memang tersusun jadual. Tanggungjawab kami kena ikut lah semua yang dinyatakan.
ni aksi bila ko dah makan kenyang-kenyang ye hahahhaa
MEAL PREPPING TO HEALTHY EATING
Jam 10 pagi sehingga 12 tengahari, kami akan diajar mengenai makanan sihat. Ms. Cruz berkongsi dengan kami pelbagai diet makanan yang sihat untuk kami. Ilmu yang dia ada kongsi bersama kami. Ada juga sesi soal jawab mengenai pelbagai diet yang pernah kami buat. Itu lah dia kalau dah 30 orang wanita berkumpul. Memang terbuka dan kami berbincang agar semua tahu cara pemakanan yang sihat dengan betul dan tepat. Jarang dapat pergi dan belajar perkara macam ini kan. So kena ambil kesempatan dan peluang agar ilmu tu kita dapat sikit pun jadi lah kan.
Habis perkongsian kami terus duduk dalam kumpulan dan dikehendaki membuat 'poke bowl' kami sendiri. Haa ini pertama kali kolin buat. Pelbagai isi dan juadah disediakan dan kami kena buat agar nampak menarik dah sedap. Ianya seolah-olah semua yang sihat dimasukkan dalam satu mangkuk dan diletakkan sos atau dressing. So kacau semua dan makan. Pemenang dapat hadiah!
ni semua barang asas yang diberikan setiap kumpulan ya
masa amek pelbagai makanan lain nak campur tu, sempat posing
aksi kami berlima nak buat poke bowl hahaha. Memasing nak menang sebab nak hadiah dari Guardian Malaysia. Sepanjang program ada sahaja produk yang diberikan tau. Memang mewah! tu semalam dan menang volleybowl, kali ni kunun pulun nak menang lagi lah. Tapi bukan rezeki kami hehehe
ini lah hasil dari kami. Poke bowl yang penuh ceria dan kasih sayang. Tengok dah menarik, masuk mulut lagi menarik..sedap gile
Tapi macam kolin kata, group kami tak menang. Tahniah buat group belakang kami yang menang. Rezeki! Tahniah buat mira, sabby, ajwen, nanie dan juga emma. Dema ni hebat buat poke bowl, siapa nak tempah sila hubungi mereka okay :)
Dah jam 12.00 tengahari kami berhenti untuk makan lunch dan berehat sebentar dan jangan ingat petang kami tak ada program ye. Ada juga tau, kolin dah bagitahu padat tapi masih boleh bernafas lah. Tak terkejar-kejar pun..selesa sangat. Sebab kami belajar banyak sepanjang berada di sini.
MENTAL HEALTH ISSUES AMONG YOUNG WOMEN WITH DR. SIVAKUMAR KUMARESAN
Sesi yang cukup menarik ini kolin rasa semua harus cuba hadir sekali. Mengenali dan mengetahui tentang diri sendiri sangat-sangat berbaloi. Kita semua tau kemurungan dan stress menjadi satu masalah besar. Ramai yang mula berniat atau ramai dah pun bunuh diri sendiri atas alasan murung. So sepanjang sesi ini berlangsung, Dr. Siva berkongsi satu amalan atau tips. Ada tips dan caranya untuk kita sentuh pada titik gembira kawan kita. Nak ajar pun tak berapa pandai, tapi kalau ada kelas sebegini sila jangan malu untuk join okay korang. Ini penting, untuk korang tau atasi masalah sendiri dan masalah orang sekeliling kita. Jangan jadi kat orang kesayangan kita masalah murung ini. Bahaya!
AROMATHERAPY BENEFITS FOR MENTAL AND SPIRITUAL HEALTH WITH AVI SPA
Buat makluman korang, hotel penginapan kami Avillion Port Dickson ada spa. Avi Spa ini antara spa yang terbaik dan 'high class' lah. Harga sangat berpatutan dan korang boleh lihat sendiri semua itu di laman web mereka. Therapist turut turun padang dan ajar kami semua cara urutan yang mudah yang boleh kami amalkan. Semua merasa therapist tu pegang, terus rasa 'hey i need a spa now!'
ini lah masa kami berlatih dan di ajar cara urut yang betul. Bukan tekan pada tulang ye. Lebih pada otot dan kami juga diberikan sedikit informasi mengenai minyak aromaterapi yang sesuai untuk digunakan kalau ada masalah kesihatan. Kolin secara peribadi, suka minyak bau serai! Rasa fresh terus kalau dapat bau tuu. Sesi ini pun ada contest tau, kena upload satu gambar dan caption di Instagram kenapa kita nak dapat free spa session di Avi Spa. So semua diberikan masa 15 minit. Tahniah buat Mira sebab menang! Siap boleh kawan lagi bersama-sama enjoy spa moment. Untung betul!
NATURE'S WALK
Petang hari kedua, kami tak bersenam atau bermain di pantai. Kami berjalan-jalan sekitar resort. Kalau nak tau hotel ini ada pelbagai tarikan alam. Ada merak, ayam dan pelbagai tumbuhan herba yang boleh korang lihat sendiri.
Tapi sebelum kami berjalan, Guardian Malaysia ini memang pemurah. Siap bekal kami dengan Buzz Away Spray ini. Bagus juga, takut nyamuk atau apa-apa serangga kan. So yang ini korang boleh dapatkan di Guardian terdekat. Bagus untuk sembur kat baju anak-anak. Daripada korang sembur yang kimia atau pasang ubat nyamuk, baik sebelum tidur sembur di langsir dan alas katil. Selama 8 jam tiada nyamuk akan dekat. Kolin memang lepas kena denggi, tetiap malam kolin spray ini kat tempat tidur.
Bukan itu sahaja, kecantikan tetap ada juga. Kalau tadi spray untuk nyamuk, minuman berkhasiat juga dibekalkan sebelum kami mula aktiviti petang tu. Minuman kolagen Joy Life memang sedap dengan rasa longan bersama bird nest. Kolin nanti nak beli kat guardian sendiri dan amalkan. Maklumlah dah ambang 40an ni semua kena mula di jaga rapi. Siapa yang tak mahu sihat dan cantik sampai usia tua kan! So korang minum ni..try tau.
ini mula burung merak yang dibiarkan berjalan-jalan dalam resort. Cantik sangat!
Dah puas meronda dan melihat sendiri kawasan resort ini. Kami semua balik bilik untuk berehat dan bersiap untuk aktiviti malam ini pula. Ye..malam ada aktiviti juga. Tapi malam ini lebih santai.
BBQ DINNER AT THE VERTE
Aktiviti yang relak, kami makan dan sambil berkaraoke. Masa ini memang relak habis dan nasib kami baik sebab tak hujan. Kalau hujan mesti abis basah lantai bagai kan. So makan dan kami beramah mesra sesama sendiri.
Inilah kawan semeja kolin! Makanan penuh pinggan masing-masing sebab memang lapar hahaha. Terima kasih laa Guardian Malaysia sebab sudi 'belanja' kami. Memang best Media Retreat bersama uols, tahun depan kalau buat jangan lupa laa ajak kolin (bodek kuat hahahaha). Masa makan siap, karaoke pun bermula, masa ini memang kolin lupa diri, dan semua kut lupa diri hahahha. Ada pula suara emas pandai menyanyi. Si farah dan emma korang berdua memang patut buat album lah. Suara telan kaset!
Malam yang penuh kemeriahan itu kami akhiri dengan nyanyian karaoke beramai-ramai. Manis malam tu, susah kolin nak cerita dalam blog. Tapi buat siapa yang ada kat sana sure faham apa kolin cakapkan ini. Nak repeat balik saat macam ini memang susah. Ianya berlaku sekali aje seumur hidup. Malam tu kolin balik dengan senyuman. Satu kenangan manis bersama-sama kawan-kawan yang baru kolin kenal. Terima kasih buat kenangan ini. Ada rezeki jumpa lagi, ada salah silap kolin..harap maafkan.
Itulah dia berakhir hari kedua kolin di HEALTHY BEAUTY MEDIA RETREAT bersama GUARDIAN MALAYSIA. Terima kasih sudi baca sampai habis entri panjang kolin. Tunggu di hari ketiga atau hari terakhir ya. Babai korang....
hahah gambar sebelum start karok bukan main mulia je muka memasing, selepas kejadian tak sanggup nak lihat masing2 macam mabok ketum hahahahah
ReplyDelete