Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EXPLORE THE TASTE OF AUSTRALIAN BEEF

Assalammualaikum semua. Sesekali kita pakai tajuk English boleh kan. Kali ini kolin ingin kongsikan pengalaman kolin memasak daging dari Australia. Biasanya kita takut nak cuba kan. Jangan risau ada sijil HALAL ye. Kalau tak halal, kita tak lah berkongsi di blog. Kita bagi semua mak-mak idea untuk try bahan masakan baru.


Buat pengetahuan semua, makan daging merah dalam masa 3 ke 4 hari dalam seminggu adalah disarankan oleh pakar nutrisi. Dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat, korang boleh dapatkan Australian Beef. Buat pengetahuan korang semua, daging ni memang memasak tempoh dia sekejap ya. Tak perlu lama, sebab tekstur daging tu lembut dan mudah empuk. Dan kalau nak tahu, daging adalah sumber protein, iron, zink dan pelbagai lagi nutrien terutama buat anak-anak. 

HALAVITA MAKANAN TAMBAHAN FORMULASI TERBAIK BUAT MASA KINI

Assalammualaikum semua. Zaman pandemik ini memang ramai memilih makanan yang lebih sihat untuk memastikan sistem imun badan dalam tahap terbaik. HALAVITA diformulasikan sebagai makanan tambahan yang berkualiti tinggi atau BCG. Apa itu BCG? Ianya adalah singkatan kepada tiga bahan dari sumer SUPERFOOD iaitu Habbatussauda atau black seed oil, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil dan juga ekstrak bawang putih atau garlic extract. 

Kalau korang nak tahu, 3 bahan ini memang terbaik untuk tubuh badan. Dengan itu, HALAVITA mengabungkan 3 bahan ini di dalam satu botol. Jadinya korang tak perlu beli satu-satu dah. Dalam satu botol ada 3 bahan terus! Nak makan pun senang, 1 biji pagi dan 1 biji malam. Didatangkan dalam bentuk softgel memang senang nak telan. Satu botol ada 60 kapsul softgel dan cukup untuk bekalan 1 bulan. 

ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK

 ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK

Buat pengetahuan korang semua, pada sebatang rokok ada pelbagai jenis bahan yang beracun antaranya mengandungi tar, dan karbon monoksida yang berbahaya dan ianya terbukti merbahaya dan memudaratkan kesihatan.  

Namun kini, kajian demi kajian yang telah dilakukan dan ternyata ada teknologi yang mampu mengurangkan kemudaratan bagi si perokok tegar dan orang sekeliling. Namun tabiat merokok bukanlah satu yang baik bagi seisi masyarakat. Bukan nak menggalakkan orang merokok, tapi lebih memberikan satu pilihan yang lain buat si perokok tegar.




KETAGIHAN MEROKOK

Bercakap secara dasar memang senang. Namun ketagihan merokok ini adalah sukar untuk diberhentikan. Buat pengetahuan semua, si perokok tegar tetap ada niat mencari pelbagai alternatif bagi mengurangkan kemudaratan akibat dari tabiat merokok.

Pelbagai kempen telah pun dilaksanakan oleh pelbagai pihak mahu kerajaan dan juga swasta, malah data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) lebih tujuh juta orang mati akibat merokok atau disebabkan menghidu asap rokok. 

 


Kesedaran dalam memberitahu masyarakat akibat bahaya rokok dan pelbagai kempen mengenai penyakit akibat dari tabiat merokok juga telah dikongsi secara meluas melalui media massa dan jua elektronik. Namun ianya bukan kerja senang untuk dilaksanakan.  


ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK TEGAR

Mengenalpasti asap rokok adalah sangat memudaratkan bagi  si perokok dan orang di sekeliling, sekarang terdapat alternative terbaru yang boleh membantu si perokok tegar mengurangkan kemudaratan dari rokok tembakau.

Buat pengetahuan korang, perokok sendiri memang mencari-cari cara mengurangkan merokok atau mungkin cara untuk berhenti. Malah Kerajaan pun ada membuka klinik khas untuk bantu golongan ini untuk berhenti terus dari tabiat merbahaya ini. Bukan nak cerita lah, pelbagai barang seperti vape, nano stick, produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran (heated tobacco products) dan pelbagai lagi alat atau ubat dicuba untuk mengurangkan ketagihan merokok ini. 


Paling menarik adalah informasi tentang produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran. Nama tu dah jelaskan yang ia ‘tiada pembakaran dan tiada asap’. Malah ianya dapat mengurangkan kadar kemudaratan disebabkan tiada asap pembakaran tembakau berbanding rokok biasa. 

Bukan itu sahaja, ia cuma memanaskan tembakau pada kadar yang betul dan cukup untuk melepaskan nikotin  dan rasa tetapi di bawah paras yang diperlukan.

Menurut laman web https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html memberitahu beberapa Fakta Membimbangkan Golongan yang dikenalpasti berpotensi menjadi perokok adalah seperti di bawah:

1.50% dari golongan lelaki Malaysia adalah perokok.

2. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.

3. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang tidak merokok. 

4. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.

5. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 billion setiap tahun untuk membeli rokok. 

KURANGKAN KEMUDARATAN TEMBAKAU

Buat pengetahuan korang, semakin banyak negara di Eropah sudah mula beralih kepada alternatif-alternatif. Walaupun ini produk altenatif namun ianya tidak bebas dari risiko. Masih boleh memberikan pilihan atau manafaat bagi perokok jika berjaya beralih sepenuhnya kepada produk alternatif berbanding merokok secara konvensional.

Buat korang yang ingin berhenti merokok, itulah tindakan yang paling tepat. Tapi kalau masih hendak meneruskan tabiat ini, korang haruslah memahami tentang alternatif lain yang kurang memudaratkan.

Tepuk dada, tanya selera! Setiap orang dari kita ada pilihan dan alternatif terbaru yang kurang memudaratkan bagi si perokok tegar sudah ada. Pilihan di tangan anda, ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK




MANJAKANI

Assalammualaikum semua. Manjakani adalah herba yang selalu dikaitkan dengan wanita. Dan kalau nak tahu orang dulu-dulu mana ada produk, semua yang mereka amalkan berasaskan herba dan ulam-ulam untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Menginjak umur 40an, kolin mula lah sedar diri sikit hahhhaha. Kalau dulu memang vitamin C, pil multivitamin, minuman kolagen dan pelbagai lagi produk kesihatan yang dijual difarmasi kolin amalkan. Jangan tak percaya, imedeen pun pernah makan. Tapi mahal tu kadang-kadang buat terputus bekalan. Maklumlah kadang-kadang ada bulan kita sesak juga oii.

MANJAKANI


SYUKUR DAH DAPAT TARIKH VAKSIN!

Assalammualaikum semua. Akhirnya kolin sendiri dah dapat tarikh vaksin untuk kurangkan kemudaratan kalau dijangkiti Covid19. Kena faham, vaksin bukan bermakna kita kebal tau, tapi kurang mudarat kalau kita dijangkiti. So korang buat pendaftaran kat aplikasi MySejahtera tu. 

Kalau korang nak tahu, ini pengalaman sendiri. Baru-baru ini kolin ke pasaraya, dan pegawai keselamatan situ tak bagi dah tulis nama kat buku, semua diwajibkan mendaftar masuk dengan mengunakan aplikasi MySejahtera. Jadinya ramai juga patah balik tau, sebab tak ada aplikasi tu. Macam pelik juga, bukan seorang dua tapi ramai. Mungkin mereka tak ada telefon cukup canggih nak adakan aplikasi tu.

MASAK LAUK KERANG

Assalammualaikum korang, selalu kalau dapat lauk kerang korang buat apa. Untuk kolin, kadang-kadang suka rendang kerang atau sambal kerang. Kadang kalau nak rasa manis kerang tu, kolin bakar atau rebus sahaja. Dan sekarang ini memang mahal betul kerang kan. Bila dapat kerang besar tu memang terasa juicy sangat. 

CARA MASAK LAUK KERANG PALING SIMPLE


Memula korang basuh kerang tu bersih-bersih

CARA SIANG UDANG KETAK ATAU UDANG LIPAN

Assalammualaikum korang, buat yang suka makanan laut dan belum pernah mencuba udang ketak atau udang lipan, nah kolin kongsi dengan korang macam mana nak siang udang ini. Kena hati-hati sebab cengkerang dia tajam. Satu lagi ada juga orang yang tak buang kepala dia. Tapi kolin memang kakak ipar ajar suruh buang. 



Udang ni kolin beli kat peniaga tepi jalan aje. RM7 sekilo, udang ni kira lauk rare tau susah nak dapat. Kalau balik ke sebelah kedah memang banyak. Tapi kalau kat KL nak dapat yang fresh memang sukar. Tu yang bila jumpa terus beli. Cuma kalau beli fresh kena masak terus, sebab kalu simpan nanti isi dia tak sedap dah.