Assalammualaikum semua. Sesekali kita pakai tajuk English boleh kan. Kali ini kolin ingin kongsikan pengalaman kolin memasak daging dari Australia. Biasanya kita takut nak cuba kan. Jangan risau ada sijil HALAL ye. Kalau tak halal, kita tak lah berkongsi di blog. Kita bagi semua mak-mak idea untuk try bahan masakan baru.
Buat pengetahuan semua, makan daging merah dalam masa 3 ke 4 hari dalam seminggu adalah disarankan oleh pakar nutrisi. Dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat, korang boleh dapatkan Australian Beef. Buat pengetahuan korang semua, daging ni memang memasak tempoh dia sekejap ya. Tak perlu lama, sebab tekstur daging tu lembut dan mudah empuk. Dan kalau nak tahu, daging adalah sumber protein, iron, zink dan pelbagai lagi nutrien terutama buat anak-anak.
AUSTRALIAN BEEF
Buat yang tidak tahu, australian beef diberikan makan rumput hijau organik dan kebanyakkan daging jenis wagyu yang mahal tu adalah dari sana. Kurang lemak dan paling bagus ianya rendah kolesterol. So peminat daging, boleh cuba. Malahan Australian Beef ini ada Omega 3 fatty acid yang sudah tentunya berkhasiat. Umur makin naik, makanan pun kena bertukar tau gais.
Menurut Meat & Livestock Australia (MLA), Managing Director Encik Jason Strong, Australia red meat atau daging merah australia adalah terbaik di dalam kelasnya tersendiri. Korang boleh layari https://www.beefcentral.com/news/red-meat-industry-urgespeople-to-get-more-facts-in-their-diet/
untuk informasi lebih lanjut.
Malahan baru baru ini MLA telah melancarkan "Red Meat, Green Facts" buat semua pengemar daging. https://www.redmeatgreenfacts.com
Ini adalah salah satu cara untuk semua mengenali mengenai ternakan di Australia di mana kesihatan dan kebajikan ternakan dijaga rapi untuk memastikan kualiti di tahap yang terbaik.
Beruntung kolin dapat bersama-sama di Media Webrinar bersama rakan media yang lain di dalam mengenali mengenai daging bermutu dari Australia.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur dan tak lupa juga kepada Chef Victor yang sudi berkongsi cara memasak daging dari Australia. Kita belajar tau nak EXPLORE THE TASTE OF AUSTRALIAN BEEF.
Satu ilmu baru dan mungkin perlahan-lahan boleh berubah kepada daging yang lebih sihat untuk santapan keluarga.
Nanti singgah Utube dan instagram untuk tengok hidangan yang telah kolin masak dari MLA okay.
Terima kasih penganjur bagi kolin join sekali dalam media webrinar EXPLORE THE TASTE OF AUSTRALIAN BEEF.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you