Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SYUKUR DAH DAPAT TARIKH VAKSIN!

Assalammualaikum semua. Akhirnya kolin sendiri dah dapat tarikh vaksin untuk kurangkan kemudaratan kalau dijangkiti Covid19. Kena faham, vaksin bukan bermakna kita kebal tau, tapi kurang mudarat kalau kita dijangkiti. So korang buat pendaftaran kat aplikasi MySejahtera tu. 

Kalau korang nak tahu, ini pengalaman sendiri. Baru-baru ini kolin ke pasaraya, dan pegawai keselamatan situ tak bagi dah tulis nama kat buku, semua diwajibkan mendaftar masuk dengan mengunakan aplikasi MySejahtera. Jadinya ramai juga patah balik tau, sebab tak ada aplikasi tu. Macam pelik juga, bukan seorang dua tapi ramai. Mungkin mereka tak ada telefon cukup canggih nak adakan aplikasi tu.


SYUKUR DAH DAPAT TARIKH VAKSIN

Nak dapatkan tarikh vaksin tu memang kolin mengaku kolin battle hahaha. Mengamuk rasa bila kena tekan banyak kali yang kita ni human, teka teki gambar bagai-bagai. Ingatkan memula tak dapat. Sekali subuh tu, dapat notifikasi yang kolin dapat suntikan vaksin pada 30 Jun 2021, jam 7.00 malam. Alhamdulillah

Tak kisah la vaksin apa, janji dah ada tarikh. Lagipun ikut pengalaman kawan-kawan, sebelum di suntik mereka akan interview dulu masalah kesihatan kita dan sebagainya. Kalau sesuai dia akan bagi, dan kalau tak sesuai dia akan bagi yang lain. So korang jangan memilih okay, dapat tarikh terus pergi jangan tak muncul pula. Ramai tau yang tak dapat dan masih menunggu tarikh vaksin. Kita yang dapat ini jangan lah buang masa orang lain.

Semoga hujung 2021 ini semua rakyat Malaysia telah divaksin dan kita boleh balik kampung, bercuti dan dapat buat aktiviti kita seperti biasa. 

PKP, duduk rumah memula aje seronok. Tapi bila lelama macam tak best pula kan. Rasanya baik macam kehidupan biasa tu. 

Doa sesama ya, semoga Malaysia terus pulih dari wabak ini. 

Syukur dah dapat tarikh vaksin!

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you