ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK
Buat pengetahuan korang semua, pada sebatang rokok ada pelbagai jenis bahan yang beracun antaranya mengandungi tar, dan karbon monoksida yang berbahaya dan ianya terbukti merbahaya dan memudaratkan kesihatan.
Namun kini, kajian demi kajian yang telah dilakukan dan ternyata ada teknologi yang mampu mengurangkan kemudaratan bagi si perokok tegar dan orang sekeliling. Namun tabiat merokok bukanlah satu yang baik bagi seisi masyarakat. Bukan nak menggalakkan orang merokok, tapi lebih memberikan satu pilihan yang lain buat si perokok tegar.
KETAGIHAN MEROKOK
Bercakap secara dasar memang senang. Namun ketagihan merokok ini adalah sukar untuk diberhentikan. Buat pengetahuan semua, si perokok tegar tetap ada niat mencari pelbagai alternatif bagi mengurangkan kemudaratan akibat dari tabiat merokok.
Pelbagai kempen telah pun dilaksanakan oleh pelbagai pihak mahu kerajaan dan juga swasta, malah data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) lebih tujuh juta orang mati akibat merokok atau disebabkan menghidu asap rokok.
Kesedaran dalam memberitahu masyarakat akibat bahaya rokok dan pelbagai kempen mengenai penyakit akibat dari tabiat merokok juga telah dikongsi secara meluas melalui media massa dan jua elektronik. Namun ianya bukan kerja senang untuk dilaksanakan.
ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK TEGAR
Mengenalpasti asap rokok adalah sangat memudaratkan bagi si perokok dan orang di sekeliling, sekarang terdapat alternative terbaru yang boleh membantu si perokok tegar mengurangkan kemudaratan dari rokok tembakau.
Buat pengetahuan korang, perokok sendiri memang mencari-cari cara mengurangkan merokok atau mungkin cara untuk berhenti. Malah Kerajaan pun ada membuka klinik khas untuk bantu golongan ini untuk berhenti terus dari tabiat merbahaya ini. Bukan nak cerita lah, pelbagai barang seperti vape, nano stick, produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran (heated tobacco products) dan pelbagai lagi alat atau ubat dicuba untuk mengurangkan ketagihan merokok ini.
Paling menarik adalah informasi tentang produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran. Nama tu dah jelaskan yang ia ‘tiada pembakaran dan tiada asap’. Malah ianya dapat mengurangkan kadar kemudaratan disebabkan tiada asap pembakaran tembakau berbanding rokok biasa.
Bukan itu sahaja, ia cuma memanaskan tembakau pada kadar yang betul dan cukup untuk melepaskan nikotin dan rasa tetapi di bawah paras yang diperlukan.
Menurut laman web https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html memberitahu beberapa Fakta Membimbangkan Golongan yang dikenalpasti berpotensi menjadi perokok adalah seperti di bawah:
1.50% dari golongan lelaki Malaysia adalah perokok.
2. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
3. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang tidak merokok.
4. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
5. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 billion setiap tahun untuk membeli rokok.
KURANGKAN KEMUDARATAN TEMBAKAU
Buat pengetahuan korang, semakin banyak negara di Eropah sudah mula beralih kepada alternatif-alternatif. Walaupun ini produk altenatif namun ianya tidak bebas dari risiko. Masih boleh memberikan pilihan atau manafaat bagi perokok jika berjaya beralih sepenuhnya kepada produk alternatif berbanding merokok secara konvensional.
Buat korang yang ingin berhenti merokok, itulah tindakan yang paling tepat. Tapi kalau masih hendak meneruskan tabiat ini, korang haruslah memahami tentang alternatif lain yang kurang memudaratkan.
Tepuk dada, tanya selera! Setiap orang dari kita ada pilihan dan alternatif terbaru yang kurang memudaratkan bagi si perokok tegar sudah ada. Pilihan di tangan anda, ALTERNATIF TERBARU YANG KURANG MEMUDARATKAN BAGI SI PEROKOK
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you