Assalammualaikum korang, buat yang suka makanan laut dan belum pernah mencuba udang ketak atau udang lipan, nah kolin kongsi dengan korang macam mana nak siang udang ini. Kena hati-hati sebab cengkerang dia tajam. Satu lagi ada juga orang yang tak buang kepala dia. Tapi kolin memang kakak ipar ajar suruh buang.
Udang ni kolin beli kat peniaga tepi jalan aje. RM7 sekilo, udang ni kira lauk rare tau susah nak dapat. Kalau balik ke sebelah kedah memang banyak. Tapi kalau kat KL nak dapat yang fresh memang sukar. Tu yang bila jumpa terus beli. Cuma kalau beli fresh kena masak terus, sebab kalu simpan nanti isi dia tak sedap dah.
Mana yang tidak tahu rupa dia inilah dia. Udang ketak, itu kolin panggil, tapi ada orang panggil udang lipan.
CARA SIANG UDANG KETAK / LIPAN
Ini cara kolin siang, korang boleh tengok video ni dari mula sampai habis okay. Kalau tak faham, boleh lah ulang semula.
Dan kolin sendiri suka kalau di goreng sebab suka gigit-gigit yang bahagian rangup. Cuma masa siang memang kena hati-hati. Boleh terkena jari dan terluka. Memang tajam cengkerang dia kiri kanan. Kalau perlu korang boleh lah pakai sarung tangan.
Rasanya!! Memang sedap. Kalau orang utara suka buat mee udang mengunakan udang ketak atau udang lipan ni. Memang sedap, manis dan terasa nikmat mee udang tu.
Rasanya selepas ini siapa yang tak pernah makan udang ketak atau udang lipan boleh lah cuba. Kalau nampak orang jual, beli sekilo dulu cuba makan sekeluarga. Kolin percaya selepas itu mesti korang semua suka.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk korang semua. Stay home, duduk rumah dan amalkan SOP yang ketat semasa keluar rumah.
Kolin doakan semua yang mengunjungi blog ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit wabak yang sedang melanda negara kita. Jaga diri gais
Inilah dia CARA SIANG UDANG KETAK ATAU UDANG LIPAN untuk korang semua.
Owh..tak pernah makan lagi. Kalau jumpa, boleh cuba.
ReplyDelete