Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TRIP TO PONTIANAK, 3 HARI 2 MALAM

 Assalammualaikum korang

Trip ini awal tahun hari tu, tapi lupa lah nak update.  Trip kali ini kolin pergi berdua dengan suami aje. Simple trip jumaat ke ahad. Disebabkan ada promosi dari AA penerbangan baru mereka ke Pontianak. Ikutkan kalau orang Malaysia nak ke sana paling mudah kena ke Sarawak dulu, naik bas 8 jam untuk ke Ponti. 

 

Tapi sekarang dari KL korang boleh terus ke sana. Terbang pun dalam masa sejam lebih sampai dah. 

HARI PERTAMA 

Sampai sana kami lepas aje imigresen dan terus dapatkan grab ke hotel. Sampai hotel suami terus ke masjid terdekat untuk solat jumaat, lepas tu kami lunch. Selesai lunch kami lepak bilik sebab nak tunggu motor sewa kami. 

Untuk lunch hari pertama kami makan di Amanah Bakso dan kami juga Es Krim Angi yang viral tu. 

 

Kat resto Amanah Bakso tu lawa kalau nak OOTD tau. 

Aiskrim tu homemade dan diletakkan di dalam belahan kelapa muda. Rasanya okay...saya bagi 7/10. Kalau kata orang tempatan aiskrim ni antara yang viral. 

yang ini nasi penyet bakar dari Amanah Bakso, rate dia sama 7/10.


Petang  motor yang kami sewa tu sampai, so kami terus ke destinasi pertama iaitu naik kapal ronda Sungai Kapuas, Pontianak. 

 


Memang different view kat sini. Sambil layan matahari terbenam, azan berkumandang sana sini, sangat mendamaikan. Bot ini bayaran naik dalam 30k sorang dan korang boleh order makan dan minum. 

 


Dia akan menyusuri Sungai Kapuas, sambil korang boleh tengok apa aktiviti orang tempatan sepanjang sungai. Mana yang daif, disitulah mereka mandi, basuh pakaian, basuh pinggan dan pelbagai lagi. So bersyukur kita di Malaysia masih ada bekalan air bersih tau. 



Habis menyusuri Sungai Kapuas, kami terus ke tempat untuk makan malam. Kat sini kami gerak naik skuter aje, dan on waze nak ke mana-mana. 

Malam tu kami dinner di Kampung Kecil. Rugi korang tak try wei, sedap dan murah betul. Kami ni makan dan melepak sampai tersandar. Masakan kat sini sedap. 

 

Kat sini memang viral dan selesa ya buat sekeluarga. Makanan sedap kolin bagi 10/10. Layanan pun baik sangat. Rasanya Restoran ini ada cawangan kat Jakarta juga. 

Selesai dinner kami balik ke hotel dan berehat, sempat lah pusing-pusing bandar sebelum sampai hotel. Tapi malam banyak tempat letak minum2 kopi. Kita dah kenyang balik sleep terus. 


 

HARI KEDUA 

Pagi itu kami sarapan kat hotel aje, lepas tu bersiap terus ke Rumah Rakdang. Tapi masa kami ke sana ada event, so tak dapat naik dan tengok bahagian atas. Dapat lah tangkap gambar tengok binaan cantik tu. 

Setelah itu kami nak ke Tugu Khatulistiwa. Rupanya kalau nak ke sana naik jambatan pusing jauh. So kami ikut orang tempatan naik motor merentas sungai dengan feri. Ikutkan jarak sangat dekat lah kalu dah guna perkhidmatan feri. Sampai kami ke seberang, guna waze kami sampai ke 

Tugu Khatulistiwa. Alhamdulilah. Tapi nak cakap panas ekk...kami sempat minum, melepak dan makan-makan sekejap sebelum gerak semula. 


ni gambar kenangan kami di titik tengah bumi. Sorang kat Utara, sorang kat Selatan. Unik kan tempat ini. 
Naik fery tu semula dengan motor, dan kami menuju ke Keraton Pontianak, iaitu Istana Kadriah.

 



Ikutkan dulu-dulu di Pontianak ada raja, tapi selepas di republikan semua sistem beraya di Indonesia telah tiada. 

Sekali lagi sampai di sini tengah renovate. Tapi syukur ada yang melayan kami. So kolin dapat masuk ke bilik sultan lama, dapat tengok binaan dan cermin 1000 tahun yang menjadi ikonik di istana. Ada rezeki kami dapat minum kopi yang dihasilkan oleh kerabat. Cuma kat sini hati-hati, ada sahaja yang cuba minta duit tips, duit Malaysia. So hati-hati jangan tunjuk kita banyak duit, kita orang Malaysia ni di anggap kaya di sana. Padahal kita pun menabung nak travel kan. 

kopi ni sedap. tapi overprice lah..
 

Selesai lawatan Istana Kadriah kami pulang semula ke hotel, tapi sempat lah makan Nasi Padang Salido. Memang rekemen wei...di Ponti ni memang lah kalau makanan atau kulineri ni. Baloi giler

 

Lepas tu kami berehat aje di hotel, sebab nak ronda naik motor dah panas kat luar tu tau. Dah petang tu kami keluar pergi kedai nak cari souvenior. Ada lah dua tiga kedai atau toko yang kami pergi. Sekali nampak ada tempat mengurut, kita berdua pun ambil pakej urutan suami dan isteri. Siap urut dah lapar kami ke Ayani Megamall

Kat sini kami beli pelbagai kek, biskut, coklat untuk di bawa pulang. Sebelum balik ke hotel makan malam dulu di Ikan Bakar Muara


Kedai makan ni pun banyak local yang sarankan. Kata viral dan sedap. Not bad juga, harga pun okay.

HARI KETIGA

Hari terakhir kami kat Pontianak kami bersarapan dahulu Warung Kopi Asiang kalau di sini mereka singkatkan kepada WARKOP. Minum kopi dan makan roti bakar. Sedap dan famous tau.

Selepas itu kami ke pasar (lupa la nama pasar tu) pulak. Sempat la shopping kain pelekat, selipar dan pelbagai lagi. Kami pergi awal pagi banyak kedai tak buka lagi. Tapi bagus juga so senang nak shopping. 

Selesai semua itu kami pulang ke hotel dan bersiap untuk ke airport. Kami tinggalkan kunci motor sewa kami di kaunter dan terus book grab.

Untuk trip kali ini kami pergi bawa 7 kilo bag masing-masing. Tapi balik kami ambil 20kg untuk ole-oleh dibawa pulang. 

kami bawa beg ikea aje, susun barang dalam tu, sampai airport wrap terus. Mudah
 

Alhamdulilah flight pun tak delay, kami selamat sampai di Malaysia. 

Trip ke Pontianak selama 3 hari 2 malam memang memberikan kenangan manis buat kami berdua. Ibarat Malaysia zaman 80an tau. Dengan banyak warung, tempat makan murah-murah. 

Terima kasih baca sampai habis :)  

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you