Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Mimpi jadi nyata apabila kolin sekeluarga dapat bercuti di AVANI Sepang Goldcoast Resort yang terletak di Bagan Lalang, Selangor ini hanya 1 jam 30 minit kalau memandu dari Kuala Lumpur. Jadi sesuai lah yang nak bercuti di resort yang damai, cantik, pemandangan laut dan tak mahu drive jauh-jauh inilah destinasi yang perlu korang datang.
ali imran, alisa maisara dan mama (cik timah)
Lebih kurang jam 2.30 petang kolin sekeluarga sampai di AVANI Sepang Goldcoast Resort. Urusan daftar masuk hotel bergantung kepada cutilah kan, macam kolin pergi ini masa cuti sekolah jadinya panjang sikit beratur. Maknanya kalau korang ke sini, jangan lah terkejut beratur panjang tu. Ada 4-5 kaunter dibuka sebenarnya. Sambil menunggu korang boleh minum air sejuk yang disediakan di ruang lobi ini. Kiranya welcome drink kat sini. Banyak ruang kerusi juga disediakan buat keluarga yang menunggu untuk pendaftaran masuk. Selesa sangat, sebab kolin bawa mama kolin kan. Jadinya tak lah mama kolin berdiri sambil menunggu.
Selesai pendaftaran masuk, kami terus tunggu 'buggy' untuk dihantar ke villa penginapan kami. Ini kali kedua kami naik. Hari tu masa berbuka puasa dah naik dah. Tapi setiap kali naik, setiap kali tu lah teruja hahahhaha... Rasa macam nak beli satu buat ronda-ronda kat taman tau. Seronok naik buggy !! Staff di resort pun semua peramah sangat. Korang nak tanya apa pun tanya aje, memang jawapan mereka memuaskan hati. Senyum saja !!
Untuk ke bilik penginapan korang jangan risau. Tak perlu jalan kaki pun. Kalau nak tahu AVANI ini adalah hotel atas laut tau. Memang lawa sangat..ala-ala pokok kelapa kalau view dari atas. Macam dalam gambar ini....lawa kan..
gambar ihsan AVANI SEPANG
Akhirnya ini lah bilik kami, bilik 702
Family Villa ada dua bilik, dua bilik air. Cukup untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.
Yeay..tak sabar nak tengok villa ni.
Ini bilik utama yang menempat satu katil saiz king
Ada kerusi rehat dan juga TV
Balkoni pun ada di bilik ini tau.
So boleh melepak sambil ambil angin laut.
Toilet bilik utama ada bath tub dan juga shower. Tak perlu bawa pengering rambut kerana ianya turut disediakan. Yang bertudung memang teliti bab pengering rambut ini tau. So korang tak perlu nak bawak yang dari rumah okay.
Toiletteries pun lengkap. Yang kolin suka packaging dia warna ungu tau. Bilik tidur dan bilik mandi memang besar kat sini.
Ini pula bilik kedua. Ada dua katil Super Single dan ada toilet juga tau. Almari pakaian pun ada. Yang lagi best ada balkoni siap kerusi meja untuk melepak kat luar.
Jadinya kalau korang pergi sekeluarga, malam-malam boleh melepak kat luar sambil ambil angin laut. Memang lawa dan paling best di Bagan Lalang adalah tempat yang sangat lawa untuk menyaksikan matahari terbenam. Ini balkoni di bilik no 2 kan, kalau bilik utama pemandangan pun tak kurang menarik tau.
Haaa..siap posing lagi hahahah. Tapi memang happy cukup segalanya-galanya di penginapan ini. Fasiliti lengkap !!
nak gosok tudung dan baju senang, dalam bilik ada sterika
Disediakan juga jubah mandi untuk tetamu
Ini pula ruang tamu di dalam villa. Ada meja tempat membuat kerja dan juga sofa untuk sekeluarga berkumpul.
Pintu bilik pun slide aje, buat korang yang nak datang bersama anak-anak kecil tak perlu risau pun. Ada penghawa dingin dan juga kipas. Memang terbaik Family Villa dari AVANI Sepang Goldcoast Resort ini. Tak sabar nak berkongsi dengan korang apa aktiviti yang boleh korang buat kat sini nanti.
terima kasih AVANI
Yang pasti kolin suka sangat !! Keluarga kolin happy sangat !!! Dan untuk korang yang masih mencari destinasi baru yang hendak diterokai, sila ke sini okay. Sure tak menyesal dan sure tak mahu balik hahahha. So inilah keluarga kami yang menginap di Family Villa, AVANI Sepang Goldcoast Resort. Kat sini ada WIFI di setiap villa juga. Jangan risau terputus hubungan okay.
Akhir sekali sudah tentu gambar sekeluarga di dalam Family Villa. Korang sendiri dah tengok betapa selesa dan kemudahan mereka cukup lengkap untuk percutian sekeluarga. Nanti kolin kongsi apa aktiviti yang korang boleh lakukan sekeluarga okay. Tunggu part 2 nanti okay. Thank you for reading !!!
Love,
Kolin Zainal
syok family villa beso ada bathtub lg...dlu stay traveller palm villa... bilik kecik skit yg muat la kami 3 beranak hehe..dlu namanya golden palm tree skarang dh tkr nama avani gold coast sepang
ReplyDeletelawa dah skrg...besar family villa ni
Deletesakan cik timah berjalan kan...seronok tgk.. :)
ReplyDeletemmg suka sangat cik timah oii
Deletemmg best kat sini..bilik pun besar..blh duduk ramai family..hihih
ReplyDeleteyup sangat selesa tau
Deletekos brp eh
ReplyDeletetgk agoda sis..kadang2 ada offer. biasa rm700 ke atas
Deletemaaf puan saya nk tanya pihak hotel akan check tak berapa orang duduk dlm satu bilik. saya dah booking untk bilik 2 bedroom villa. maksimum blh masuk 5 org. keluarga saya ni 7 org. so terlebih 2 org kt dlm bilik tu. time naik kereta buggy tu diaorang check tak berapa org untk satu bilik.
ReplyDeleteooh..tak cek pun... :)
DeleteMaaf Tumpang Iklan... Kpd yg Berminat utk bercuti di Avani Sepang harga kwn2 leh pm sy.. 2 bedroom family villa rm600 nett/nite -abu 0122208140.
ReplyDeletethank you en. Abu...
Delete