Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TRAVEL: Gunung Jerai, Yan Kedah - Destinasi tersembunyi, tak pergi rugi !!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Perjalanan kami sekeluarga kali ini ke Utara adalah tidak dirancang. Nanti hujung-hujung cerita kolin beritahu kenapa ya. Disebabkan tidak dirancang, maka kami yang keletihan ini pun mencari tempat penginapan hendak melepaskan lelah memandu sepanjang pagi tu. Suami kolin orang Yan, Kedah, jadi dalam perjalanan hendak pulang ke kampung tu kami lalu lah kawasan Gunung Jerai. Disebabkan masih awal, dalam jam 3.00 petang tu, suami ajak naik Gunung Jerai. Dia sendiri buka pintu rumah kampung, hari-hari tengok Gunung Jerai tapi tak pernah naik pun katanya. Merealisasikan impian dia dan demi aku yang memang kuat merayap ini memang naik lah jawabnya. Nak naik, kereta kena tip top ya..pastikan kondisi bagus. Sebab jalannya mendaki sahaja dan memang selekoh tajam. Tapi kalau korang tak mahu drive, korang naik sahaja van yang disediakan. Tak silap kolin RM10 untuk seorang penumpang. Bayar sahaja dan mereka akan bawa korang naik ke atas dengan selamat okay. Lebih kurang 10-12km juga lah nak naik atas Gunung Jerai ini, itu sampai resort aje tau. Bukan puncak Gunung ye..jauh lagi perjalanan nak ke puncak tu.



Mohon abaikan segala bendera tu ya hahahha. Maklumlah dah musim PRU kan. So kami pun naik ke atas dengan jayanya..tak tipu kolin memang ngeri sahaja masa naik atas tu. Jom kita naik...


Inilah dia dah sampai..tapi tak perasan gambar kabur hahha. Tapi its still a family picture kan. Masa ini dalam jam 4.00 petang, matahari agak panas. Kat atas tu terasa angin, tapi tak lah sesejuk kalau kita ke Cameron Highland atau Genting tu. Cuma terasa lah angin bayu tu. Tapi pemandangan dia..Masya Allah rugi tak datang!




Bila dah sampai atas tu ramai aje orang wei. Ingatkan takde orang kat atas tu. Tapi rupanya ramai orang lah. So kami pun pergi melawat-lawat kawasan. Jujur kolin cakap, memang teruja giler bila dapat naik Gunung Jerai ini. Hatta perjalanan tadi buat kolin berdebar-debar aje hahahha. Tapi... the view up here, worth million.


Kalau korang berada di tempat kolin berdiri tangkap gambar ini. Korang akan nampak petak-petak sawah dan pelbagai pemandangan kat bawah tu. Dan korang bole juga bergambar kat batu ini yang tertulis. PARAS KETINGGIAN 986M DARI ARAS LAUT. Kolin tak pandai laa nak ukur aras meter tu, tapi rasanya tinggi lah kut. Jom kita jalan-jalan lagi...



Kat sini ada Simple Day Cafe dan jua restoran resort. Kalau saja nak melepak minum kopi, sandwich dan makan kek, korang boleh lah melepak sambil menikmati bayu angin Gunung Jerai. Ramai yang datang tapi tak menginap pun. Mereka datang ambil angin dan bergambar. Mana-mana bakal pengantin yang berada kat Kedah tu, boleh lah consider tempat ini salah satu destinasi korang bergambar wei. Pre wedding ker, wedding ker atau pun post wedding. Banyak sangat tempat menarik untuk bergambar. 

Siapa sangka, kat Kedah sendiri ada destinasi menarik begini. Kolin sendiri yang dah menikah hampir 15 tahun dengan orang Kedah pun terkejut sangat. Memang tak salah lah keputusan kami anak beranak naik gunung ini tadi. 




 inilah lobi resort mereka. Sangat simple, belakang cafe tadi tu aje. Macam yang kolin cakap lah kan..disebabkan kami balik ini memang tak plan. Memasing tidur-tidur ayam aje, terus kami ambil keputusan untuk bermalam kat sini. Dan ini lah dia harga yang ditawarkan. Korang kena rajin telefon lah dulu kalau memang plan nak bercuti kat sini kan. Kalau plan boleh lah simpan duit tu, harga bilik agak tinggi lah pada kolin. Nasib baik baru lepas dapat kutu.

Dan kami pun dah dapat bilik nombor 512. Alhamdulillah...nak rehat puas-puas sebab dah keletihan giler. Jom tengok area bilik ada apa. Kolin sekeluarga dapat chalet hujung sekali, tepi tu hutan. So memang best giler..Jangan risau kat sini keselamatan semua ok aje. 


dari lobi tu, mereka akan pick up kita naik buggy tau. Naik buggy pergi ke kereta dan ambil semua barang-barang. Best kan perkhidmatan mereka. So korang tak perlu heret segala alam dari lobi itu untuk ke chalet. Memang kami ni yang dah penat kaki, suka lah naik buggy anak beranak. Lepas tu semua sibuk nak duduk belakang termasuk lahh aku hahahahha. Best wooiii

 hujung tu chalet kami
 lawa kan resort ini
 ini pintu masuk chalet kami

Depan chalet kami ada playground, swimming pool dan pelbagai lagi aktiviti. Yang boleh kolin katakan, siang memang sejuk sikit, tapi malam sejuk sangat. Sejuk yang bukan kat genting tu, tapi sejuk cuaca kampung. Seronok sangat. Rasanya kolin sambung part 2 lah mengenai penginapan kami satu malam dan makan di sini. 

So korang tunggu part 2 tau, jangan malas hahahaha
Terima kasih membaca..ada kesempatan sila lah ke Gunung Jerai. Buat apa ke luar, sedangkan dalam negara semua ada ngata orang aku pun keluar negara gak. Setakat ini dahulu, nanti kita sambung penginapan pulak ye.

Love

Kolin Zainal  

1 comment:

  1. Assalamualaikum, terima kasih Kolin berkongsi tentang trip ke Jerai Hill Resort. sejuk tak masa gi sana? tgk wiki kata suhu bawah 24C

    ReplyDelete

loving me..loving you