Wednesday, May 23, 2018

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Selamat hari ibu buat semua pembaca blog yang bergelar ibu ya. Kolin dan keluarga tidak lah beriya-iya menyambut hari ibu. Tak ada lah hadiah mahal-mahal atau apa pun. Tapi selalu mereka memang 'manis' sampai rasa kena minum ayaq banyak-banyak laaa. Tengah sibuk masak-masak beberapa hari sebelum puasa tu, hubby dan anak-anak belikan kek untuk hari ibu. Alahai...terima kasih laa sudi menghargai mami kan. Hari-hari memang hari ibu, tapi apa salahnya beli kek sedap dan makan ramai-ramai kan. Syukur ! Kita terapkan nilai murni, supaya anak-anak lebih sensitif kan. Asalkan dia ucap dan peluk pun dah cukup bahagia.



Tak ada sambutan apa pun, cuma anak bawak kek dan kami makan bersama-sama. Terima kasih papa dan anak-anak, semoga kita semua para ibu makin kuat dan tabah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita semua ya. Kita sesama usaha supaya menjadi seorang yang ibu yang lebih versatile dalam mendidik.


Masa nak tangkap gambar pun dengan muka comot main capai aje tudung sarung ahhahaha. Anak-anak gelakk aje..
 
Kolin doakan semua pembaca kolin yang bergelar ibu, diberikan seribu satu kebahagian, kesihatan dan jua dipermudahkan segala urusan. Semoga korang happy selalu !!!

No Worry be happy ya...Happy Mother's Day uoolsssss


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you