Assalammualaikum dan salam sejahtera
kalau hari tu kolin share pasal lokasi Gunung Jerai kan. Link sini
https://alialisakreatif.blogspot.my/2018/05/travel-gunung-jerai-yan-kedah-destinasi.html#more
Jemput baca ye...selain makan aje kerja kolin, kolin pun pergi berjalan ye, tahi lalat ada 3 di kaki hahahah. Bukan apa kolin suka share tempat atau hotel yang pernah kolin menginap bersama keluarga. Semoga hotel atau resort yang kolin share kali ini memberikan korang informasi yang dicari ye. Kali ini kita tidur satu malam di Puncak Gunung Jerai, Kedah Darul Aman.
Jemput baca ye...selain makan aje kerja kolin, kolin pun pergi berjalan ye, tahi lalat ada 3 di kaki hahahah. Bukan apa kolin suka share tempat atau hotel yang pernah kolin menginap bersama keluarga. Semoga hotel atau resort yang kolin share kali ini memberikan korang informasi yang dicari ye. Kali ini kita tidur satu malam di Puncak Gunung Jerai, Kedah Darul Aman.
kolin nak kongsi dengan korang semua penginapan kami satu malam kat The Jerai Hills Resort. Masa tu ada promosi tau, semua jenis bilik yang ditempah harga sama RM288. Jadinya kami yang berempat diberikan bilik yang mempunyai 3 katil super single. Cukup selesa, tapi agak sempit sedikit lah nak mencari ruangan nak bersolat. Yang lelain semuanya okay aje.
Bilik yang kolin dapat No 512 ni lupa pulak jenis apa. Tapi buat korang yang nak datang bercuti kat sini. Inilah dia gambar bilik kolin. Katil tersusun rapi, bilik bersih dan bau wangi.
ye suami saya seronok tengok katil bersusun tu hahahaha
Katil tu dah muat lah untuk kami sekeluarga. Ada televisyen tapi semua rancangan Njoi aje lah. Banyak channel yang tak subscribe. Wifi sepatutnya ada, tapi disebabkan chalet kami hujung sekali memang tak dapat wifi langsung. Oh..lupa nak kata..line digi kat atas sini tak dapat ye. Bila kami nak guna internet terpaksa ke bahagian lobi resort atau ke restoran. Itu aje lah kelemahan bila korang memang kaki update tu. Nak streaming LIVE pun tak boleh. Memang out ler..so malam tu kami pun tidur awal hihi. Tapi bukan sesaja tidur awal, memang kami kepenatan pun.
Ada toilet dan ruang mandi yang berasingan. So tak lah berebut bilik air. Semua peralatan ada, macam membuat air panas, kopi dan teh, seterika baju, sejadah, peralatan mandian dan jua peti besi buat korang yang nak menyimpan barangan berharga korang tu.
Setakat ini bilik penginapan kami memang selesa. Ada kipas tau, aircond takde. Mungkin sebab cuaca sejuk kat sini nanti kan. Dan korang jangan risau, semua tingkap-tingkap telah dipasang jaring. So tak perlu risau binatang kecil-kecil masuk bilik pun. Dan buat makluman, kolin tak jumpa apa-apa unggas atau binatang pun.
posing gini wajib bila kami sekeluarga cek in, lepas tu print kat photobook buat kenangan
Inilah keluarga kecil kolin. So malam nanti kami tidur sini ya. Kolin nak share apa aktiviti korang boleh buat. Beruntung pulak bilik kami ni dekat dengan kolam renang dan jua taman permainan kanak-kanak. So petang tu selepas dapat bilik, anak-anak kolin sibuk lah dengan aktiviti semua tu. Budak mana penat weii...yang best kat sini, kolam renang dewasa dan jua kanak-kanak ada gelungsur tau. Memang sapa nak lepas gian tu....boleh naik 10 kali takde sapa akan marah..tak ada pun bunyi wisel tu tau. Selalu nak naik gelungsur kat kolam renang kena prittt...pritt..prittt..haram katanya ...kekanak only hahaha. Kat sini boleh naik uolss
Boleh lepak sini sambil minum kopi
dari depan bilik penginapan
ada kolam dewasa dan juga kanak-kanak
Disebabkan semua tidak dirancang, malam tu kami sekeluarga makan malam di Restoran Puncak Kedah. Kami tak memilih stimbot tapi kami memilih ala carte. Inilah dia antara yang kami order untuk isi perut kami malam tu. Sup ekor dengan nasi putih, Hokkien Mee with Beef, Char Kuey Teow dan Nasi Goreng Special. Nanti korang datang sini, minta aje menu, macam-macam ada. Yang penting rasanya boleh tahan sedap laaa
Bil kami malam tu lebih kurang RM80. Tapi semua sedap, portion besar, so korang boleh ke sini tak perlu bawa bekal lah. Order sahaja kat restoran. Kalau ada anak kecil, tak boleh ke restoran boleh order dari bilik aje. Senang kan. Ini lah restoran tu
Satu lagi tambahan korang boleh beli apa-apa jajan kat kedai yang dibuka 24 jam dalam resort ini. Harga agak mahal, tapi boleh lah beli buat kudap-kudapan. Esok pagi tu makan breakfast pun kat tempat sama jua secara buffet lah kan. Tambah untuk kanak-kanak RM15 untuk seorang, boleh lah tak mahal sangat.
inilah 2 kanak-kanak tu
Boleh dikatakan penginapan kami satu malam di The Jerai Hills Resort, Gunung Jerai ini adalah satu kenangan yang manis. Jatuh cinta dengan landskap yang ada. Dengan udara dan kemanisan semua pekerja resort yang cakap loghat utara. Mereka semua tak sombong, so masa check in jam 2.00 petang dan check out 12.00 tengahari. Lepas ini boleh lah korang masukkan destinasi ini sebagai salah satu tempat nak dilawati tahun ini kan. Di Gunung Jerai ada banyak destinasi lain boleh korang pergi. Macam gambar kat bawah ini.
Kolin sekeluarga cuma ke Tapak Geologi Telaga Tok Syeikh. Masa datang tu nampak lah warga tempatan mandi dan katanya berubat. Terpulang lah kan, tapi kami dapat lah merasa dingin air telaga perigi tu. Dan kat sini ada seorang pakcik menjual pelbagai barangan. Kami sempat membeli tikar mengkuang tau. Harganya cuma RM30 sahaja...murah giler!!! tikar mengkuang tu kan handmade dan rumit pembuatanya. Tapi ini rezeki suami lah duk bodek-bodek minta kurang hahahha.
ni lah dia kisah travel kolin sekeluarga di sini. Semoga bermanafaat buat korang kalau nak ke sini nanti. Banyak sangat gambar sebenarnya. Nak padat masuk sini pening memilih. Tapi jangan risau, datang ke Gunung Jerai dan bersantai lah ikut cara korang ye. Kalau ada rezeki memang kami sekeluarga nak pergi lagi.. babai
ni lah dia kisah travel kolin sekeluarga di sini. Semoga bermanafaat buat korang kalau nak ke sini nanti. Banyak sangat gambar sebenarnya. Nak padat masuk sini pening memilih. Tapi jangan risau, datang ke Gunung Jerai dan bersantai lah ikut cara korang ye. Kalau ada rezeki memang kami sekeluarga nak pergi lagi.. babai
Love,
Kolin Zainal
Bestnya! nampak cantik sgt subhanallah. sejuk lg tak atas sana masa Kolin pegi?
ReplyDelete