Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN: Jom berbuka puasa di Concorde Hotel, Shah Alam - 'The Best of Kota Anggerik'

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Shah Alam memang dikenali dengan Kota Anggerik. Dan tahun ini ramadhan buffet dari Concorde Hotel Shah Alam mengambil tema tersebut dan menyediakan pelbagai juadah hebat yang ada di Shah Alam. Kiranya kalau korang nak makan Nasi Kandar Seksyen Sembilan, nak makan belanga di Sekyen 6 tak perlu susah payah. Datang sahaja berbuka puasa di Concorde Hotel Shah Alam segalanya ada. Terima kasih buat Chef Along dan team yang bersungguh-sungguh menyediakan semua hidangan lazat ini. 



Menurut kata Cik Amilia Alias, Director of Sales & Marketing, menyatakan sebagai hidangan utama iaitu Sup Gear Box dan bubur lambuk adalah satu hidangan istimewa. Dan sekali lagi tahun ini untuk menyambut puasa ramadhan mereka bawa kan buat semua peminat mereka. Dan hampir 400 kilo 'gear box' di pesan untuk memenuhi permintaan tau. Itu yang dikatakan oleh Encik Patrick Ng, General Manager. Nak cerita pasal menu ada lebih 100 hidangan yang bakal dihidangkan. Antaranya Asam Laksa, Daging Rendang Tok, Sambal Petai Pedas Manis, Ayam Kari Kapitan, Kacang Panjang Tumis Belacan, Kambing Panggang Berempah Bawang Putih dan tak lupa jua Sup Kambing Mamak. Kalau manisan yang lainnya ada Apam Balik Oat Rangup dan Turkish Ice Cream. 








Tahun ini harga promosi dari sekarang sehingga 16 Mei 2018 hanya berharga RM100 nett untuk seorang. Manakala harga biasa buffet ramadhan mereka ilah RM128 nett untuk dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak dari umur 4 sehingga 12 tahun. Untuk pertanyaan korang boleh telefon di talian 03-5520 8000 atau emel terus tempahan korang kepada vasanthi@concorde.net. Mudah kan !! Tempatnya luas, kalau korang nak berbuka puasa beramai-ramai mohon telefon buat tempahan awal okay. 


 ni sup gear box yang femes tu




Disebalik promosi buffet ramadhan, setiap tahun Concorde Hotel Shah Alam yang istimewanya adalah edaran bubuk lambuk yang diadakan setiap tahun. Ianya telah pun menjadi satu tradisi bagi semua penduduk di Kota Anggerik atau Shah Alam untuk hadir sama dan mengambil bubur lambuk dari hotel. Bukan nak kata lah mereka masak dari jam 7.00 pagi dengan 300kg beras dan lebih kurang 8000 ribu bekas bubur lambuk berjaya diedarkan buat semua. Dibuat secara 'drive-tru' sahaja, korang tak perlu pun parking, lalu dan ambil. Ada juga dihantar kepada masjid dan rumah-rumah anak yatim. Kalau tanya kolin, bubur lambuk Concorde Hotel ini memang tak pernah dilepaskan. Kalau korang pergi buffet ramadhan mereka, boleh cuba jugak. Mana lah tahu terlepas kan edaran hari tu. Teringin nak merasa, boleh rasa nanti. Kolin suka bubur lambuk seafood mereka, boleh makan 2 mangkuk 


Terima kasih Concorde Hotel Shah Alam kerana murah hati menjemput kolin. Korang jangan lupa tengok mereka di IG dan Facebook untuk lebih banyak promosi dan lauk-pauk sempena ramadhan nanti. Rugi tak cuba, sebab chef kat Concorde Hotel masak sedap uollssss...




Suka makan bubur lambuk,

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you