Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN: Makan Nasi Daun Pisang di "Curries N Claws" di Citta Mall PJ

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii korang, puasa dah pun masuk hari kelima. Dan hari ini kolin ingin berkongsi dengan korang tempat makan baru yang kolin rasa patut kongsi. Inilah dia Curries n Claws yang terletak di Citta Mall Petaling Jaya. Lokasi senang dan tak padat pun, korang boleh terus ke arah Subang Airport lama dan pasti nampak Citta Mall ini. Aras G sahaja, boleh parking depan kedai pun. Kenapa kolin kata lain dari yang lain, sebab makan nasi atas daun pisang !!! Nasi, 3 jenis sayuran iaitu (green, starch, fried), kari, salted deep chili, pickles dan rassam dihidangkan sekali pada harga RM10.90 sahaja !! Murah, sedap dan pastinya memberikan pengalaman yang lain buat korang yang belum pernah makan nasi daun pisang. Selalu masyarakat India sahaja kan makan atas daun pisang. Kini dah semua rakyat Malaysia boleh cuba, berbilang kaum atau bangsa. Korang kalau macam kolin belum pernah, sila pergi okay. Kalau sebelum ini tak tahu nak makan kata mana, ini yang kolin kongsi dengan korang ini.





Bagi kolin yang sememangnya pertama kali makan nasi daun pisang ini memang rasa pelik. Bukan apa selalu makan dalam pinggan kan. Tak tahu nak rasa macam mana, tapi kolin tunggu sahaja sampai semua di hidangkan. Terkejut sangat, sebab sedap dan memenuhi selera buat kami sekeluarga. Ada 3 jenis sayur dan kuah tu korang boleh pilih masa dia nak hidang nanti. Papadom pun besar sangat, yang kolin pilih kuah kari ikan. Tapi jangan risau, kuah kari dia memang sedap dan tak berapa pedas sangat.


Inilah dia nasi daun pisang yang telah selamat dihidangkan dengan 3 jenis sayur dan papadom.


Antara banyak-banyak sayur, kolin paling suka peria goreng garing ni. Memang pernah try masak sendiri, tapi jadi. Yang ini tak pahit, ranggup dan sedap sangat. Korang patut cuba tau, makan kat sini sambil tu sila lah order air minuman Mango Lassi. Sesiapa kaki makan mangga tu mesti teruja kalau dapat try minuman ini. Penuh, padat dan sendat dengan rasa mangga mereka tu. Nikmat lain macam bila makan nasi daun pisang teman air Mangga Lassi ini.





Dah siap terhidang ini, korang semua mai jemput makan mehhh
Kalau dah order nasi daun pisang siap dengan 3 jenis sayuran. Yang mana selalu makan lauk tu mesti tertanya kan. Kali ini kolin cuba kari ketam (sekitar RM40) mereka dan juga juadah paling laris mereka adalah "The Burner". Hidangan The Burner mempunyai ikan, udang, sotong, kepah, ketam dan kerang-kerangan. Boleh dimasak dengan dua cara iaitu Rassam atau Tomyam ini sememangnya sesuai untuk makan 4 orang tau. Harga RM49.90 sememangnya berbaloi buat yang ingin cuba masakan ala India ini. 


the burner

kari ketam

Lihat pada gambar sahaja tak cukup, korang kena ke Curries n Claws di Citta Mall dan rasai sendiri tau. Disebabkan kolin menulis ini di bulan puasa, korang boleh lah cuba time berbuka nanti. Curries n Claws mempunyai ruang makan yang besar dan sesuai untuk seisi keluarga. Tempatnya bersih, parking pun senang memang antara tempat yang menjadi pilihan kolin kalau ingin dapat makan dan bersantai bersama keluarga. 

KOLIN REVIEW
1.Kolin sekeluarga bukanlah peminat makanan Masyarakat India, tapi kali ini kami memang suka dan bakal datang lagi. Sebab sedap dan anak-anak pun duk tanya bila lagi nak pergi
 
2. Nasi, 3 sayuran dan 2 ke 3 kuah yang mereka beri pada harga RM10.90 sangat murah dan berbaloi. Papadom pun ada tau.
 
3. Kari ketam dengan mengunakan ketam yang segar memang memikat hati kolin. Terasa kari tu, tak terlalu pedas dan sesuai kalau nak bagi anak-anak makan. 

4. The Burner yang berharga RM49.90 memang penuh dengan makanan laut sehinggakan kolin yang dah habis makan nasi terus meratah, sebab penuh padat tak kedekut.  
 
 

Bulan puasa ini sudah tentu korang kena call untuk buat tempahan lah kan. Korang boleh call di talian 03-7734 1933. Ini lah dia alamat penuh mereka buat korang yang nak cari nanti

Curries N Claws
G-10 Ground Floor Citta Mall
No. 1 Jalan PJU 1A/48, PJU 1A
Ara Damansara
Petaling Jaya 





Dah kenyang pun, dan semua habis tau, sebab hidangan di sini berbaloi untuk dicuba.



Makan pun dah selesai....tutup la daun tu hahahah. Malu makan abis dan banyakkkk

Bagi yang nak tahu lebih banyak promosi, sila lah terjah Facebook atau Instagram mereka. Search sahaja Curries N Claws pasti ada. Sebab kolin dah pun like dan follow mereka. Tak sabar nak kembali dan makan nasi daun pisang lagi. Mereka juga menghidangkan pelbagai jenis makanan, maklumlah Restoran Malaysia. Tapi yang kolin nak kongsi kali ini, nasi daun pisang, kari ketam dan jua the burner dari mereka. Cuba dulu, datang dulu dan ceritakan pada kawan-kawan yang lain juga ya...

Selamat berpuasa korang, selamat mencuba !!! 





Love,

Kolin Zainal 





3 comments:

  1. meriah makan nasi daun pisang..aku tgk video ko aritu kemain lg kn...pernah mkn kt area bangsar...yummy nmpk ketam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah...meriah ye. Tapi memang sedap makan sini. Alhamdulillah rezeki

      Delete
  2. peria ker petola ..? hahaha tapi yang penting sedap

    ReplyDelete

loving me..loving you