Assalammualaikum dan salam sejahtera
Cuti hari pekerja yang lalu, kolin sekeluarga memang tak tahu nak makan apa malam tu. Tapi hubby ajak ronda-ronda sebelah Sg. Buloh sebab dia kata area situ banyak kedai makan. And memang banyak lah rupanya...ada kedai tomyam, western dan pelbagai lagi. Tapi kedai yang ini kolin rasa dah ramai orang makan dan review kut. Tapi buat kolin inilah pertama kali kolin sampai ke sini. Sejak buat food review ini memang suka cuba kedai-kedai baru hahaha. Tapi yang ini review ikhlas tau, tidak berbayar. Buat korang yang berdekatan atau jauh, yang masih belum cuba boleh lah datang ke
A & J Burger Grill & Western
Kedainya shoplot biasa, ruang parking tiada masalah rasa kolin. Masa kolin sampai ada meja panjang di ruangan tengah yang penuh dengan ahli keluarga makan bersama. So korang nak buat family gathering atau apa pun nak berkumpul reramai tu, boleh ke sini. Tapi rasanya boleh buat tempahan kut. Korang boleh search IG mereka @anjgrillwestern. Dan DM sahaja, sangat-sangat aktif di dalam Instagram. Untuk malam tu, kolin berlima termasuk lah cik timah aka mama. So nak order sekali untuk semua orang makan, kami memilih Talam 4. Apa yang ada dalam Talam 4 ini, dia ada semua. Cuma korang kena pilih nak spaghetti atau nasi.
Kami yang lapar memilih nasi lah kan. Ada lamb, beef, chicken, meat ball, cheezy sausage, coleslaw, wedges dan juga fries. Tapi setalam besar tu semua lengkap lah untuk semua orang RM85 sahaja. Dan paling kolin suka, air suam atau air sejuk, korang ambil sendiri aje kat depan kedai tu secara percuma. Rasanya untuk 5 orang makan western dan ada nasi tu murah lah RM85 kan. Tempat pun cantik dekorasi, tak panas, tandas dan surau pun ada. Haaa..boleh lah nak berbuka puasa kat sini nanti, tak perlu keluar dari kedai pun. Semuanya ada disediakan. Kalau tak habis korang boleh minta bekas tau, tapau terus bawa pulang. Tak membazir pun.....
Menu yang lelain kolin tak cuba lagi, tapi mana tahu ada rezeki kolin kembali ke sini dan cuba nanti boleh lah share dengan korang semua. So ini lah dia review ikhlas kolin yang datang makan malam kat sini. Kalau sedap kita bagitahu orang, tak sedap kita bagitahu owner. Tapi A & J Burger Grill & Western sedap !! Sila cuba okay...Talam 4 ini untuk sekeluarga memang berbaloi ...
Love,
Kolin Zainal
Alhamdulillah . Thx sebb review kedai kami.. Really appreciate it..
ReplyDeletesesama tuan
DeleteHaha...Sally pernah review masa kedai ni kecik...yg dah bukak besar ni belum sempat g lagi...sally selalu makan burger dorang kalau g rumah kazen kat sungai buloh...
ReplyDeletei review sesuka jerr..nanti lah boleh try menu dia lelain tu
Delete