Tuesday, May 22, 2018

HOTEL: Review Deluxe Room, Tower 2, First World Hotel, Genting Highland

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Buat korang yang ada plan nak short getaway ke Genting Highland nanti, kolin nak share dengan korang apa mengenai bilik penginapan kolin satu malam di Deluxe Room, Tower 2, First World Hotel, Genting Highland.  Selalu kalau kolin booking dapat Tower 1 tau, yang betul-betul dekat dengan kaunter daftar masuk tu. Tapi kali ini kolin perlu berjalan kaki sehingga ke hujung, agak menarik lah reception bawah tu. Macam baru renovasi dan tampil sangat cantik dengan dekorasi moden. Inilah penginapan kolin untuk satu malam di Genting Highland. Inilah nombor bilik penginapan untuk kami berdua malam tu.


 

Agak kecil bilik dan sebenarnya sama aje saiz dengan bilik di Tower 1 yang pernah kolin stay sebelum ini. Cuma warna dan dekorasi agak moden dari yang Tower 1 itu.


Aksi seorang kawan yang sudi teman kita pergi cover events. Dapat lah kami duk berdua sambil tu berborak laaa sampai ke pagi.



 




Inilah bilik yang boleh kolin kongsikan dengan semua. Mana tahu sebelum pergi korang nak tengok dulu keadaan bilik penginapan. Sesekali naik ke atas bukit ini ambil udara angin sejuk memang best. Lagipun banyak juga perubahan kat sini. Nanti tunggu semua dibuka, kita datang ramai-ramai ke kota keriangan ini okay. 

Love, 

Kolin Zainal

3 comments:

loving me..loving you