Monday, May 14, 2018

KONGSI: 123MAMANET salur bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal bersempena Ramadhan



assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuahnya kolin dapat bersama-sama dalam projek amal yang disertai oleh Media Portal Online iaitu www.123mamanet.com
Majalah Harian Wanita




Media Portal Online  yang telah ditubuhkan selama 3 tahun ini bertemakan solusi hidup sihat dan bahagia, telah bersama-sama mengadakan program amal CSR bersama MBSA, Program Eco Free Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diadakan pada hari ahad yang lalu, 13 Mei 2018.
Seawal jam 9.00 pagi semua para penderma telah berkumpul di booth masing-masing dan menyusun semua barang yang hendak diberikan. Buat pengetahuan korang, pasar ini tak perlu bawa duit pun. Semuanya percuma, ada kupon yang disediakan oleh pihak MBSA sahaja. Semua dari pakaian, barangan rumah, beras, tepung, gula dan pelbagai barangan pembersihan diri turut diberikan secara percuma. Ini adalah program #DariHati123Mamanet yang bertujuan meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam dan sekitar yang mahu membantu golongan yang memerlukan. 






Bulan puasa atau ramadhan bakal menjelang, sudah tentunya golongan ini memerlukan pelbagai persiapan. Mungkin korang tertanya-tanya, tak akan lah Shah Alam ada orang susah. Ada lah..orang miskin bandar. Kolin sendiri saksi bagaimana mereka memilih pakaian, tudung, kasut, handbag yang masih elok untuk digunakan. Mungkin keupayaan kewangan mereka hanya cukup untuk sara diri bukan lah untuk bermewah. Kita bersyukur sebab kita 'terlebih' sedikit dan dapat membantu golongan yang memerlukan kan. Membantu insan yang dalam kesempitan. 

Buat pengetahuan korang, booth 123mamanet menawakan pelbagai barangan keperluan secara PERCUMA. Pelbagai syarikat dan individu tampil memderma bagi menjayakan program pagi tu. Bangga kolin sebab ramai yang tampil membantu. Antara penaja yang bersama hari itu ialah Guardians Malaysia, Kedai Ayamas, Kidzania KL, Disney Channel, Anmum Official, The Coffee Bean, QSR Brand dan beberapa individu lain yang turut sama.  




Semangat ini lah yang kita mahu terapkan di dalam masyarakat di Malaysia membantu golongan yang kurang berupaya. Tiada kata lain yang mampu kolin ucapkan selain SYABAS kepada team 123Mamanet terutama yang kuat berusaha Puan Anie dan Puan Liza merupakan tulang belakang di sebalik Media Online Portal (Majalah Harian Wanita). Acara ini diadakan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen Shah Alam. Booth yang cepat habis semua barangan mereka ini turut dikunjungi oleh Dato Bandar MBSA iaitu Dato' Haji Ahmad Zaharin Bin Mohd Saad dan jua wakil rakyat Kota Anggerik. Lupa pula kolin namanya, tapi kedua-dua sporting laa bergambar dan membantu booth yang sesak diserbu. 
Kalau korang nak join CSR projek #darihati123mamanet lain kali sila emal mereka di mydeamarissa@gmail.com





Manalah tahu, korang terbuka hati untuk turut sama buat kerja amal dan bersama membantu golongan yang memerlukan. Buat kolin, terasa happy sangat tengok budak-budak ambil berus gigi, mandian dan pelbagai barangan harian lain. Syukur sangat mereka manafaat segala yang telah diberikan. Semoga 123Mamanet sukses selalu yaa. Terima kasih menjemput kolin menjadi sebahagian dari usaha murni ini. Sudah tentunya kedatangan ramadhan kali ini lebih manis dengan kenangan ini. Terima kasih 123mamanet. 


Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. Thank you berry-berry much tau sebab sudi bersama-sama kami untuk menjayakannya. Semoga untuk next projek amal #darihati123mamanet akan lebih ramai kawan-kawan blogger kita yang sudi untuk turut serta!

    ReplyDelete

loving me..loving you