Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN: Jom Iftar di Funtasia Hotel Bangi-Putrajaya


Assalammualaikum dan sejahtera

Macam tahun lepas juga, Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya tidak pernah mengecewakan. Dengan promosi kali ini JOM IFTAR yang bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 sudah pasti memberikan korang satu lagi pilihan kan. Harga sebenar RM120 nett dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak, akan tetapi sekarang ada promosi RM90 nett untuk dewasa dan RM45 nett untuk kanak-kanak. Apa yang korang boleh buat call mereka di talian 03-8210 2222 atau terus emeil sahaja tempahan korang ke fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com





Kenapa kolin suka ke sini, sebab restoran dia sangat selesa, besar dan wangi. Haaa..itu yang kolin suka...lagi best pemandangan kolam renang dari restoran tu memang sangat mempesonakan. Bila lah dapat staycation kat sini kan! Ianya terletak 30 minit dari Kuala Lumpur memberikan korang hidangan yang tidak akan dilupakan. Ada hidangan asli, hidangan western dan banyak lagi bagi memenuhi semua tetamu yang datang berbuka puasa atau iftar. 







Tahun ini Funtasia mengabungkan makanan jalanan atau street food untuk memberikan kelainan. Hidangan dari hotel 5 bintang ini, membariskan pelbagai lauk pauk yang pastinya membangkitkan selera buat yang seharian berpuasa.Ada lebih 200 jenis masakan yang ada untuk korang semua nikmati. Antaranya ada sup kambing, satay, nasi goreng seminit yang femes tu, lauk pauk asli kampung, western serta pelbagai buah-buahan serta manisan buat pemanis mulut. Jangan tak tahu, kolin suka berbuka makan manis-manis macam kek dahulu sebelum makan nasi. Maklumlah kalau kita puasa kan mulut seharian terasa kering dan pahit. Jadinya korang boleh lah cuba makan manis-manis nanti masa berbuka nanti. 








Hotel Bangi-Putrajaya untuk kali ini tidak ketinggalan meneruskan sokongan mereka kepada kempen "Care for Hunger" yang telah menyumbang sebanyak RM3.50 untuk setiap orang dewasa yang datang berbuka puasa di sini sepanjang bulan puasa nanti. Bukan itu sahaja sumbangan sebanyak RM25,000 pada ulangtahun ke 10 kerjasama antara mereka bersama Islamic Relief Malaysia. Buat makluman korang, Funtasia Kitchen, Harmoni Kitchen, Pastry Kitchen, Banquet Kitchen di sini telah pun dapat sijil Halal dari JAKIM tau. Parking yang cukup disediakan dan percuma ye. Surau pula ada di tingkat 2 hotel ini buat semua tetamu yang datang berbuka nanti. Buat tempahan cepat sementara ada promosi dan jangan pergi terjah aje, takut korang berbuka tiada tempat pula nanti kan. Jangan lupa kalau ke sini hashtag lah #JomIftar2018 #HBPBuffetRamadan2018 #SalamRamadan #hotelbangiputrajaya






Kalau hujung minggu malas masak tu, boleh lah datang kan. Jangan lupa korang, kat bangi tu aje lokasinya. Salam Ramadan buat semua. Lagi 2 hari nak berpuasa weiii...





Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you