Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sorrry.....kolin lupa nak update last episod pengembaraan kami di Kota Bharu Kelantan. Disebabkan banyak sangat tugasan lelain tu, terlupa terus. Tapi jom kita refresh balik semua cerita pasal Kelantan Trip yang kolin update sebelum ini okay. Dah pun hari last menginap di Holiday Villa Kota Bharu. Bilik mereka pun kolin belum up post review kan. Soon okay !! Bukan apa kita suka bagitahu apa yang ada dalam bilik, supaya kawan-kawan lain yang nak menginap di sini tau lah sedikit sebanyak informasi kan. Ini lah breakfast hari kedua kolin di sini. Simple tapi sedap
Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan terakhir Part 6. Mana yang terlupa dan tak baca lagi, dijemput sangat baca ye. Jangan tak baca rugi laa kan. Sebab kolin ada share pelbagai tempat menarik dan paling penting, tempat makan sedap mengigau tu.
Pagi tu memang anak-anak tak bangun pun breakfast, jadi hanya kami berdua makan di restoran hotel lah. Breakfast kolin dah review sebelum ini, menu yang agak lebih kurang sama aje kat sini.
Sempat la posing sekeping dua haa..buat kenangan, tak tahu lah bila lagi kolin akan sampai sini kan. Dari depan hotel ini, korang boleh lah seberang jalan. Ada gerai-gerai jual pelbagai jenis kuih dan makanan tempatan tau. So kolin beli nasi lemak, kuih dan ada satu hidangan ini sedap..Tapi tak tahu nama laa. Serunding tu manis. Nanti korang kalau pergi cari dan try makan ya.
Kolin pulak beli 2 aje, memang masa makan tu berebut. Nasi impit dan serunding manis tu memang menceriakan pagi kami yang perlu check out dah. Dah siap kemas, sempat lah wefie buat kenangan kami sekeluarga di Holiday Villa. Dan kolin nak ambil kesempatan terima kasih sangat-sangat kepada pihak hotel yang hadiahkan kami 'fruit platter' dan kad yang sangat sweet ini. Thank you !!!

kami dah siap-siap nak check out dah
terima kasih Holiday Villa Kota Bharu
Tempat pertama kami pergi selepas keluar dari hotel ialah Stadium Pink. Teringin nak tengok jasa Dato' Vida kat sini kan. Dapat bergambar luar stadium jadi lah kan. Panas masa ini..so cepat-cepat keluar kereta dan tangkap gambar laju-laju huhu.
Lepas itu kami ke Muzium Kelantan, malangnya under renovation. Tak dapatlah tengok-tengok apa ada kan. Terus masuk kereta la balik tak ada rezeki nak tengok muzium huhu
So kami nak ronda-ronda aje lah. Tapi dah nak waktu makan tengahari, kami berhenti makan di Mr. Pro Cendol. Kedai nampak menarik, besar dan pelbagai menu. Tumpuan kami cendol durian tu lah. Makan pulak nasi dengan ayam bakar. Boleh lah, harga pun tak mahal sangat. Berbaloi laa, dengan cuaca panas ni cendol memang teringin sangat lah kan.

nasi kerabu
Selesai makan tengahari, kami terus ke Rantau Panjang. Hari Isnin kan, sure tak jem dan tak ada orang pun shopping sangat. Perjalanan lebih kurang 45 minit kami sampai. Nak masuk dan keluar tu kena lalu kastam. Tapi masa kolin sekeluarga kat sana, memang nampak banyak motokar siam lah. Dah memang masuk sempadan sangat tau.
Ini pandangan dari jauh, lenggang aje kan. Sebab bukan time cuti sekolah pun. Jadi nak datang nak beli murah, datang bukan cuti tau.
Kolin tak membeli sangat pun, lagi pun beg dah siap kemas kan. Malas pulak nak punggah dan susun balik. Beli t-shirt dan jeans koyak-koyak tu 3 helai RM100 aje tau. Cuba time cuti, sure sehelai RM100. Lepas tu beli barang mainan tuk anak-anak. Masa untuk ke airport dah. Flight kami delay sejam lebih sebab Kuala Lumpur hujan lebat sangat. Jadinya duduk kat airport dan wefie sambil bersukaria makan itu ini lah sementara menunggu. Maklumlah masa kami pergi ini bulan Mac, musim hujan baru berakhir kan.

ali's family takes kota bharu..done !!!
Itu lah dia episod akhir kami sekeluarga mengembara di Kota Bharu Kelantan. Kenangan manis, orangnya manis dan pelbagai budaya dan ilmu kami dapat sepanjang berada di sini. Setahun sekali aje kita travel bersama keluarga. Kalau tanya mana dapat bajet, korang kenalah plan dan menabung bersama tau. Kolin siapkan tabung untuk kami berempat setiap kali merancang untuk bercuti. Syiling pun takpe, janji anak-anak semangat menabung bersama untuk kegunaan percutian tu nanti. Terima kasih AirAsia bawa kami pergi dan balik dengan selamat.
Kalau ada yang nak pergi, sila lah baca semua post yang dah kolin kongsikan tau. Kenapa nak pergi jauh, sedangkan Malaysia pun ada tau. Jumpa lagi...episod kami travel ya...Thank you membaca !!!
Terima kasih Kota Bharu, Terima kasih Holiday Villa KB
Babai,
Kolin Zainal
Bestnya Kolin, terliur tengok Nasi Kerabu tu huuhu fav tu mesti sedap kan?
ReplyDelete