Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MONEY CHANGER MURAH DI KUALA LUMPUR - SUKA MONEY CHANGERS SDN. BHD.

 Assalammualaikum korang, 

Kebetulan kolin ada upcoming trip hujung minggu ini. Dan pastinya nak tukaran wang yang betul murah lah kan. Sebelum mencari money changer viral ini, kolin pergi satu money changer kat kepong, harga dia 1 Juta Rupiah = RM255, punya lah mahal dekat RM15 tu. Kalau tengok online dalam RM240 atau RM239 macam tu. 

Akhirnya kolin ke Suka Money Changers Sdn. Bhd. yang terletak di Bukit Bintang. Paling best ianya kat tepi selekoh di bahagian luar. So boleh naik motor or kereta mudah lah nak ke situ. Sorang tunggu dalam kereta dan terus tukar duit. Pekerja dia peramah dan layan baik ye, tak garang pun. Tanya apa sahaja dan cakap berapa nak. Simple. 

Dan harga seperti yang kolin mahukan, 1 Juta Rupiah cuma RM240 yay!! Jom kita berbelanja yuk.

Tapi kalau korang ada masa, boleh ronda-ronda kawasan Bukit Bintang depan Sungei Wang tu ada 2 ke 3 lagi money changer kat situ. Mana lah tahu kan, kalau lagi murah. Kolin tak semak, tapi rate yang diberikan tu dah sangat okay.

Jadinya sesiapa yang hendak travel nanti, boleh call dulu untuk tanya rate okay. 



 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you