Sempena menjelang bulan Ramadan, seluruh umat Islam akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan telah lama dinantikan.
Chef-chef di Concorde Hotel Shah Alam akan mempamerkan masakan tradisional Melayu yang menarik dari 19 Februari -20 Mac 2026. Nikmati sajian pada bulan Ramadan ini di Melting Pot Cafe untuk berbuka puasa dengan tema JELAJAH RASA WARISAN untuk tahun ini. Sebanyak 4 jenis menu berbeza berselang hari dengan pelbagai hidangan minuman yang disediakan untuk anda semasa berbuka puasa.
Felix Yeo, Pengurus Besar berkongsi bahawa semua tetamu di jemput untuk menikmati pelbagai masakan yang lazat sepanjang bulan Ramadan seperti kambing panggang, 3 jenis bubur lambuk, kerabu perut lembu pedas, lemang, ketupat, udang masak lemak rebung, pelbagai masakan mee, goreng-goreng dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan bagi pengemar pemanis mulut akan mengakhiri sajian mereka dengan minuman pilihan seperti air bandung, air cincau, air tebu dan salah satu Concorde Hotel Shah Alam istimewa ialah Teh Tarik.
Sajian lebih daripada 100 hidangan bergabung untuk mencipta pengalaman iftar yang tidak dapat dilupakan kata Chef Eksekutif, Chef Alham Ahmad Daldiri.
JELAJAH RASA WARISAN berharga RM155 nett untuk dewasa, RM115 nett untuk warga emas dan RM85 nett untuk kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun.
Promosi bilik Ramadan & Rayacation (bilik sahaja), untuk menikmati percutian yang tenang sambil menhayati kemeriahan musim perayaan dalam suasana selesa dan bergaya. Menawarkan kadar bilik istimewa bermula daripada RM176 nett satu malam dengan pilihan tambahan harga istimewa untuk sarapan bufet/sahur pada harga RM60 net untuk dewasa/warga emas dan RM35 nett untuk kanak-kanak.
Kalau nak jimat korang boleh beli awal pada harga RM130 nett selagi baucar (early bird) masih ada.
Untuk tempahan boleh hubungi nombor di bawah:
atau emel ke vasanthi@concorde.net




No comments:
Post a Comment
loving me..loving you