Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

LUNCH HANYA RM15 DI SAMURAI YAKINIKU, SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang

Kalau kat shah alam tak tahu nak makan kat mana, meh kolin share satu tempat baru untuk korang pergi. 

Terima kasih juga sis anie yang jemput kolin lunch kat sini. Tempat yang kami berdua jamu selera bagi hidangan tengahari ialah di SAMURAI YAKINIKU.

Disebabkan promosi yang bakal tamat pada 30 September, kami berdua terus ambil kesempatan lah, sebab murah tau, RM15 per pax sahaja.


Terletak di Seksyen 9, Shah Alam, parking agak kritikal sedikit kalau masa lunch hour. So ikut lah nasib bab parking kereta tu. 

 

Jom kita BBQ sesama! Kalau tak mau bakar, sup pun ada. Tapi suka bakar-bakar ni...

Daging tu free flow tau. So memula kami ambil sorang 3 pinggan. Haa nipis sahaja. Sedap tau!

Siap ada nasi jepun tu! Miso sup pun ada. Itu semua boleh tambah kalau nak. Air pula, kami ambil air kosong sahaja demi kesihatan sejagat. 



Untuk kuah cicah-cicah tu korang kena eksperimen campur-campur mana nak. Ending dia kompom sedap, kalau tak sedap, campur lagi hahaha. Nak bagitahu, tiada peraturan atau limitasi nak sos macam mana okay. Just datang sini, relax dan enjoy the food bersama yang tersayang. 

Ini lah kesayangan saya yang ajak makan sesama. Terima kasih kak anie, siap belanja weiii...

Semoga Murah Rezeki Selalu :)


Jujur review, memang sedap. Baloi makan sini dengan kawan-kawan. Tempat pun selesa, ada toilet juga. Pekerja sini pun tak sombong, sangat membantu. Tanya apa-apa pun jawab sopan aje. 

Tapi sekarang harga dah berubah tau. Ini harga dia. 

Ambil set yang RM35 pun dah okay sangat dah. Kalau minat lamb ada juga tu. 

Memang akan repeat lagi tempat ini. Tak payah RSVP pun korang, pergi sahaja walk ini okay.

Ni review ikhlas untuk korang semua yang mencari tempat dating baru hehehehehe

Terima kasih baca blog kolin

2 comments:

  1. ahahah nanti kita p makan lagi yee... biar sampai tersandor kekenyangan hahahhah

    ReplyDelete
  2. aritu tgk kak anie share tu la sbb promo tp tk kesempatan nk pegi sbb jumaat die tutup time lunch ..buka balik lps 2.30pm...ada rezeki nanti bole la try set rm35 tu

    ReplyDelete

loving me..loving you