Assalammualaikum semua
Terlambat betul nak update kisah yang ini. Kisah penghargaan terhadap diri sendiri, 'self love'. Wanita ni perjalanan hidup dia kebanyakkannya berkisar pengorbanan. Bila ada ruang dan masa memang penghargaan perlu buat diri.
HAPPY BIRTHDAY TO DEAR SELF
Jujur 2024 ini membawa banyak sangat kemanisan dalam hidup seorang kolin. Macam-macam jadi dan bersyukur sangat-sangat sebab semuanya tak apa yang kolin kesali.
Paling manis, Allah jemput kolin menemani mama menunaikan haji. Bermula 28 Mei sehingga 11 Julai 2024 selama 45 hari di Mekah membuatkan kolin terasa bertuah sangat.
Dalam ramai-ramai jemaah dari Malaysia, nama kolin terselit, ada rezeki. Sebak sangat rasa tau.
Anak-anak pula menunjukkan kejayaan yang sangat positif dan mula dengar cakap. Itu aje yang kolin nak. Anak dengar cakap dan lembut hati. Semoga mereka berdua terus berjaya.
HAPPY BIRTHDAY TO DEAR SELF
Kolin nak bersyukur banyak-banyak. Dan doa banyak-banyak agar kesihatan kolin baik, keluarga kolin semua sihat-sihat. Anak-anak berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Semua adik beradik dimurahkan rezeki. Dan paling kolin niat sangat, kolin nak kuat-kuat cari rezeki nak sponsor orang pergi Umrah atau Haji.
Itu lah harapan kolin, my wishlist! Semoga ramai rezeki datang mencurah-curah dan kolin di masukkan di dalam golongan orang kaya raya, Amen!!!
Untuk korang yang membaca blog post ini, semoga korang sihat selalu, murah rezeki dan berbahagia sentiasa okay.
Salam sayang dari merdeka baby!!
Happy birthday! Wish u all the best & happy always!
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sentiasa.
ReplyDeleteBelated birthday beb. Moga dimurahkan rezeki selalu dan sukses dunia akhirat.
ReplyDelete